• Services
  • Sokongan Bukan Klinikal
  • Unit Perhubungan Awam

Unit Perhubungan Awam

TEL : 05-2085000 samb : 5127 / 5104

CARTA ORGANISASI

PENGENALAN

Unit Perhubungan Awam ditubuhkan pada tahun 2007 dan dikoordinasi oleh Bahagian Pengurusan Klinikal hospital yang diurus tadbir oleh Timbalan Pengarah Klinikal. Unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Penerangan dan dibantu oleh tiga orang Penolong Pegawai Penerangan. Unit Perhubungan Awam bertanggungjawab mengurus maklum balas awam daripada para pelanggan hospital yang diterima daripada pelbagai sumber di samping berperanan mengurus hal ehwal media.

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan perhubungan awam bagi mengekalkan hubungan baik antara organisasi dengan pelanggan hospital.

VISI

Mengekalkan imej positif Hospital Raja Permaisuri Bainun sebagai Pusat Kecemerlangan Perubatan.

MISI

Memastikan pengurusan maklum balas awam yang efektif dan efisien.

PIAGAM PELANGGAN

  • Mengurus selia maklum balas awam mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
  • Mengurus selia sumber-sumber maklum balas awam.
  • Mengurus selia permohonan media.

SKOP PERKHIDMATAN

Unit Perhubungan Awam bertanggungjawab mengurus maklum balas awam yang meliputi aduan, penghargaan, pertanyaan, permohonan dan cadangan daripada para pelanggan hospital yang diterima daripada pelbagai sumber seperti peti maklum balas, e-mel, surat, akhbar, media, telefon, laman web, Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA), 1Malaysia One Call Centre (1MOCC), Biro Pengaduan Awam (BPA) mahupun melalui hadir sendiri. Unit Perhubungan Awam juga berperanan menguruskan hal ehwal media.

WAKTU OPERASI

HARI MASA
Isnin - Khamis 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 12.15 tengahari - 2.45 petang

LOKASI

Unit Perhubungan Awam
Tingkat 4, Kompleks Rawatan Harian,
Hospital Raja Permaisuri Bainun
Jalan Raja Ashman Shah
30450 Ipoh
Perak darul Ridzuan