• Mengenai Kami
  • Perutusan Pengarah

Perutusan Pengarah

Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia  dan Salam Perak Amanjaya.

Saya amat berbesar hati untuk mengalu-alukankan anda ke laman web rasmi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) ini telah dilancarkan dengan jayanya. Pelancaran laman web ini merupakan salah satu langkah hospital ini dalam meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatannya kepada orang ramai selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan mutu ICT di Malaysia.

Menerusi laman web ini, orang ramai berpeluang untuk mengetahui banyak maklumat, informasi dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Hospital Raja Permaisuri Bainun. Bertepatan dengan visi hospital iaitu sebagai pusat kecemerlangan perubatan untuk melahirkan individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap dan mampu disedia dan diperolehi, berteknologi sesuai dan serasi pelanggan.

Hospital ini akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan. Semoga orang ramai dapat sama-sama mengembeling tenaga dalam usaha untuk merealisasikan visi ini.

Akhir kata syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam usaha untuk merealisasikan Laman Web Rasmi HRPB ini. Semoga dengan adanya laman web ini,dapat memberi banyak faedah dan manfaat kepada orang ramai.

Selamat melayari laman web Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Sekian. 

 

Dr Teo Gim Sian
Pengarah Hospital
Hospital Raja Permaisuri Bainun