• Mengenai Kami
  • Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

 

PIAGAM PELANGGAN

 

Teras Piagam

 

Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

 

  1. Kemudahan Untuk Pelanggan
    • Setiap Pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan yang sewajarnya daripada Kementerian ini tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosio-ekonomi.
    • Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan diberi perkhidmatan dengan segera.
  2. Taraf Perkhidmatan
    • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas
    • setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional
    • Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna
  3. Maklumat Perkhidmatan
    • Setiap pelanggan boleh mendapatkan penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya
    • Setiap pelanggan boleh mendapatkan laporan mengenai perkhidmatan yang diterimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan mengikut peraturan yang ditetapkan
  4. Pendidikan Kesihatan
    • Setiap pelanggan akan diberikan maklumat mengenai aspek-aspek penting dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit

 

Kewajipan Pelanggan

 

Untuk membolehkan Kementerian Kesihatan melaksanakan Piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk:

 

  • Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan
  • Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan
  • Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.