• Orang Awam
  • Kemudahan

Kemudahan di HRPB

KEMUDAHAN HOSPITAL

  • Perbankan & Kewangan
  • Mini market
  • Kafeteria
  • Masjid
  • Pondok Polis
  • Kemudahan Kerusi Roda

PERBANKAN & KEWANGAN

Terdapat 1 mesin ATM yang beroperasi di HRPB iaitu mesin ATM Maybank bersebelahan Hospimart. Mesin ATM ini berada di aras bawah bangunan utama.

ATM Maybank

KAFETERIA

Kafeteria Utama HRPB berlokasi bersebelahan Jabatan Kecemasan. Terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman dijual disini antaranya kuih-muih, nasi lemak, nasi ayam, masakan panas, nasi campur, air buah-buahan, roti, kek dan sebagainya. Kafe ini dibuka setiap hari ISnin hingga Jumaat dari jam 7.30 pagi sehingga 12 tengah malam. Sementara, Eden Bakery menjual pelbagai jenis roti, nasi ayam, nasi lemak dan kuih muih. Bakeri ini berada di aras bawah bangunan Kompleks Rawatan Harian.
 

Kafeteria Utama

Kafetaria ACC

 
PASARAYA MINI
 
Satu lagi kemudahan yang terdapat di HRPB adalah pasar mini iaitu Hospimart yang menjual pelbagai jenis barang keperluan harian, buku, makanan, minuman, 'top-up' dan servis mengecas telefon bimbit. Hospimart ini terletak di aras bawah bangunan utama. Sementara, gerai cenderahati terletak bersebelahan pintu masuk dewan bersalin yang turt menjual barang keperluan harian, makanan dan minuman. Hospimart ini dibuka 24 jam sehari.
 

Hospimart

Gerai Cenderahati