• Perkhidmatan
  • Klinikal
  • Jabatan Kecemasan Trauma

Jabatan Kecemasan Trauma

TEL : 05-2087006

CARTA ORGANISASI

 

OBJEKTIF

Jabatan Kecemasan & Trauma akan memberi kepuasan maksima kepada pelanggan yang memerlukan rawatan kecemasan setiap masa. Kami akan mencapai objektif ini dengan tindakan-tindakan seperti berikut :-

FUNGSI UTAMA

  1. Memberi pendidikan kesihatan berterusan kepada pesakit, keluarganya dan orang awam.
  2. Mempertingkatkan kemajuan perkhidmatan ‘personel dan profesional’ di Jabatan Kecemasan & Trauma melalui program latihan lanjutan dan pendidikan berterusan.
  3. Menyokong dan mengkaji projek-projek “ Rawatan Kecemasan” khasnya dari segi penjagaan pesakit.
  4. Menyediakan perkhidmatan yang terbaik melalui budaya kerja yang cemerlang.

POLISI

  1. Memberi perkhidmatan kecemasan setiap masa kepada pesakit yang tenat dan kritikal.
  2. Memberi perkhidmatan komprehensif yang meliputi ‘Pre-Hospital Resuscitation, Stabilization dan Definitive Care”.
  3. Menyediakan perkhidmatan ‘Pengurusan Bencana’, Perubatan Kecemasan dan Trauma, Penderaan dan Keganasan Rumah Tangga.
  4. Menyediakan kemudahan perkhidmatan yang berasaskan perikemanusiaan dan pritin kepada ekonomi dan budaya pesakit.
  5. Mengamalkan perkhidmatan mesra yang segera dan efektif.

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji :-

  1. Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan secepat mungkin mengikut keadaan pesakit seperti berikut :-
    Kes-kes kritikal dan tenat  Segera
    Kes-kes separa kritikal  <30 minit
    Bukan kecemasan  <90 minit
  2. Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.
  3. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan-santun, jujur dan ikhlas.
  4. Kes-kes yang memerlukan pemerhatian sementara akan ditempatkan di wad kecemasan.
  5. Pelanggan yang mempunyai masalah di Jabatan Kecemasan & Trauma, sila hubungi pegawai pegawai ini melalui operator ditalian 05-2087009 :-
    • Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma
    • Pakar Perubatan Kecemasan
    • Pegawai Perubatan (Y/M) Jabatan Kecemasan & Trauma
    • Penolong Pegawai Perubatan (Y/M) Jabatan Kecemasan & Trauma

VISI

Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun akan menyediakan perkhidmatan kecemasan yang terkini dari masa ke semasa untuk menangani keperluan pelanggan dengan meningkatkan tahap rawatan kecemasan yang berkualiti tinggi, berteknologi sesuai dan berupaya berubah mengikut persekitaran.

MISI

Menyelamatkan nyawa pesakit dengan tindakan kecemasan awal yang agresif dan efisien serta melakukan “prosedur Intervensi” untuk menstabilkan pesakit supaya pengurusan selanjutnya seperti rawatan yang tepat dapat dilaksanakan dengan segera.

WAKTU OPERASI

  • 24 JAM
  • PEJABAT :8.00  PAGI HINGGA 5.00 PETANG
  • ISNIN HINGGA JUMAAT