• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Klinikal
  • Jabatan Otorhinolaringologi (ENT)

Jabatan Otorhinolaringologi (ENT)

TEL : 05-2087402

CARTA ORGANISASI (Sedang Dikemaskini)

PENGENALAN

Jabatan Otorhinolaringologi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, adalah jabatan yang memberikan perkhidmatan kepada pesakit-pesakit yang mengalami masalah telinga, hidung dan tekak bagi kawasan Ipoh. Jabatan ini juga menerima rujukan pesakit-pesakit daripada seluruh negeri Perak, hospital-hospital dan  klinik-klinik kesihatan kerajaan dan hospital-hospital dan klinik-klinik swasta.

Jabatan ini diketuai oleh Ketua Jabatan & Pakar Perunding Kanan JUSA ‘B’ (M), Dato’ Dr. Gurdeep Singh Mann. Beliau dibantu oleh 6 orang Pakar, 6 orang Pegawai Perubatan, 3 orang Pegawai Pemulihan (Pendengaran), 3 orang Pegawai Pemulihan (Pertuturan) dan 20 orang kakitangan kumpulan sokongan.

Jabatan ini telah berpindah ke klinik baru, iaitu bersebelahan dengan Unit Komunikasi (bilik operator talipon) pada 5 April 2010. Jabatan ini sekarang mempunyai 9 buah bilik pemeriksaan pesakit, 1 bilik rawatan,13 buah bilik untuk kegunaan Unit Terapi Pendengaran dan Terapi Pertuturan, 1 bilik konferens dan 1 bilik makan / rehat.

OBJEKTIF

Jabatan Otorinolaringologi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan diagnostik, rawatan dan pemulihan yang bermutu kepada pesakit-pesakit teling, hidung dan tekak serta penyakit-penyakit yang berkaitan, bagi meningkatkan kualiti kesihatan mereka.

VISI

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti serta kepakaran yang berkesan kepada pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan.

MISI

Pesakit-pesakit yang menerima rawatan di Jabatan Otorinolaringologi Hospita Ipoh akan diberi layanan dan rawatan yang berkesan bagi memenuhi saranan kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang sihat dan berkualiti.

Jabatan Otorhinolaringologi terdiri daripada :

  • Klinik Otorhinolaringologi
  • Wad-wad Otorhinolaringologi
  • Unit Terapi Pertuturan
  • Unit Audiologi
  • Dewan Bedah Am
  • Dewan Bedah Kecil
  • Dewan Bedah ACC
  • Cochlear implants

Perkhidmatan-perkhidmatan yang dberikan oleh jabatan ini adalah :

  • Rawatan pesakit luar Otorhinolaringologi
  • Rawatan pesakit dalam
  • Pembedahan Otorhinolaringologi
  • Terapi pertuturan dan bahasa
  • Audiologi
  • Lembaga PERKESO

Klinik Otorhinolaringologi

Klinik Otorhinolaringologi memberikan perkhidmatan rawatan kepada pesakit baru, rawatan susulan, pembedahan, terapi pertuturan dan audiologi dan perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti laporan perubatan dan jemaah PERKESO.

WAKTU OPERASI (KLINIK OTORHINOLARINGOLOGI / ENT CLINIC)

HARI / MASA
8.00 pg - 1.00 tgh
Rehat
2.00 ptg - 5.00 ptg

ISNIN

Kes-kes kecemasan / MOT / Terapi pertuturan / Audiologi
1.00 tgh- 2.00 ptg
- sama -

SELASA

Klinik Pesakit luar / Terapi pertuturan / Audiologi
1.00 tgh- 2.00 ptg
- sama -

RABU

Kes kecemasan / GOT / ACC OT / Terapi pertuturan / Audiologi
1.00 tgh- 2.00 ptg
- sama -

KHAMIS

Klinik Pesakit luar / Terapi pertuturan / Audiologi
1.00 tgh- 2.00 ptg
- sama -

JUMAAT

Kes kecemasan / GOT / ACC OT / Terapi pertuturan / Audiologi
12.15 tgh-2.45ptg
- sama -

DEWAN BEDAH OTORINOLARINGOLOGI

Kes-kes elektif, kecederaan dan kecemasan jabatan ini dikendalikan di Dewan Bedah Am yang terletak di tingkat 3 bangunan utama Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Kes-kes untuk pembedahan kecil pula dikendalikan di Dewan Bedah Kecil yang terletak di dalam jabatan ini dan Dewan Bedah ACC yang terletak di bangunan Rawatan Harian.

Jumlah pesakit untuk kes-kes pembedahan pilihan (elective surgery) juga telah menurun pada keseluruhannya pada tahun 2010. Ini selari dengan pengurangan jumlah pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan di Klinik Pesakit Luar.

JADUAL PEMBEDAHAN

Hari pembedahan Jabatan Otorinolaringologi adalah seperti berikut:

HARI AKTIVITI MASA

ISNIN

Pembedahan kecil

(8.00 pg - 5.00 ptg)

RABU

Pembedahan am (8.00 pg - 8.00 mlm)

JUMAAT

Pembedahan am (9.00 pg - 3.00 ptg)

 

Pembedahan di ACC (9.00 pg - 3.00 ptg)