• Perkhidmatan
  • Klinikal
  • Jabatan Perubatan Am

Jabatan Perubatan Am

TEL : 05-2085000 samb : 7033

CARTA ORGANISASI

 

PENGENALAN

Jabatan Perubatan Am Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh menawarkan perkhidmatan rawatan pesakit luar dan dalam. Jabatan ini juga merupakan pusat rujukan tertiari bagi kes – kes dari hospital dan klinik di seluruh negeri Perak. Pelbagai bidang subkepakaran terdapat di dalam jabatan ini dan mampu memberi rawatan yang sempurna kepada pesakit-pesakit. Antara perkhidmatan rawatan yang ditawarkan merangkumi bidang Perubatan Am, Neurologi, Penyakit Berjangkit, kardiologi, Nefrologi, Hematologi, Gastroenterologi, Paliatif, Endocrinology dan Rheumatologi.

OBJEKTIF

  1. Memberikan perkhidmatan yang berkualiti serta mengurangkan waktu menunggu pesakit dari masa temujanji sehingga rawatan diberikan selama 90 minit.
  2. Memberi konsultasi dan rawatan kepada pesakit yang dirujuk dari Jabatan Luar atau poliklinik yang memerlukan input pakar-pakar perubatan.
  3. Pesakit-pesakit yang memerlukan perhatian perubatan akan diberi rawatan rapi untuk menstabilkan keadaan mereka agar penyakit yang dihadapi tidak membawa komplikasi
  4. Komited untuk mengurangkan kadar morbiditi dan mortality di kalangan pesakit.

VISI

Jabatan Perubatan akan menjadi pusat yang progresif, yang menawarkan perkhidmatan rawatan perubatan yang berkualiti tinggi, mesra pelanggan dan menjadi pusat rujukan tertiari terunggul.

MISI

Memberi perkhidmatan berkualiti secara professional, penyayang dan penuh keperihatinan agar dapat meninggikan taraf kesihatan dan kualiti hidup masyarakat.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Setiap pesakit akan diberi rawatan perubatan kerkualiti yang sewajarnya tanpa mengira agama, keturunan dan taraf sosioekonomi
  2. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas
  3. Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya akan terpelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang
  4. Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain
  5. Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan secepat mungkin
  6. Pendaftaran: 20 minit
  7. Masa menunggu pemeriksaan doctor: 90 minit (tertakluk kepada keadaan semasa)

SKOP PERKHIDMATAN

Jabatan Perubatan Am amat mengutamakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi agar keperluan dan kepuasan pelanggan tercapai. Ini dipastikan melalui semangat kerja berpasukan, berprofessionalisme, prihatin dan inovasi yang diamalkan oleh kakitangan di jabatan ini. Antara perkhidmatan sub-kepakaran yang ditawarkan:

  1. Unit Kardiologi
  2. Unit Neurologi
  3. Unit Nefrologi
  4. Unit Endokrinologi
  5. Unit Hematologi
  6. Unit Gastroenterologi
  7. Unit Paliatif
  8. Unit Penyakit Berjangkit
  9. Unit Rheumatologi

WAKTU OPERASI

Bil.

UNIT

WAKTU OPERASI

1.

Perubatan Am

  • Isnin, Selasa & Rabu: 8.30am – 1.00pm

2.

Kardiologi

  • Selasa, Rabu & Khamis: 10.00am – 1.00pm

3.

Hematologi

  • Selasa & Rabu & Khamis: 10.00am – 1.00pm

4.

Gastorenterologi

  • Rabu & Khamis: 8.30am – 1.00pm

5.

Neurologi

  • Isnin & Rabu: 8.30am – 1.00pm

6.

Endokrinologi

  • Selasa & Rabu: 8.30am – 1.00pm
  • Khamis (minggu ke-4): 8.30am – 1.00pm (Klinik Kes Baru)
  • Rabu (minggu pertama & ke-3): 2.00pm (Klinik Neuro-endokrin)
  • Rabu (minggu ke-2 & ke-4): 2.00pm (Klinik Thyroid)
  • Khamis (minggu ke-2 & ke-4): 2.00pm (Klinik Bariatric)

7.

Rheumatologi

  • Isnin: 8.30am – 1.00pm (Klinik Biologic)
  • Isnin: 2.00pm – 5.00pm (Klinik Ultrasonografi)
  • Rabu: 8.30am – 1.00pm (Klinik Rheumatologi Am)
  • Khamis: 8.30am – 1.00pm (Klinik Rheumatologi Am)
  • Selasa (minggu ke-4): 8.30am – 1.00pm (Klinik SLE)

8.

Nefrologi

  • Isnin & Selasa: 8.30am – 1.00pm (Klinik Nefrologi Am)
  • Rabu (minggu pertama): 8.30am – 1.00pm (Klinik transplan)
  • Rabu (minggu ke-3): 8.30am – 1.00pm (Klinik Hemodialisis)
  • Rabu (minggu pertama): 2.00pm – 5.00pm) (Klinik CAPD)
  • Khamis (minggu ke-2): 8.30am – 1.00pm (Klinik CAPD)
  • Khamis (minggu pertama & ke-3): 8.30am – 1.00pm (Klinik GN)

9.

Penyakit Berjangkit

  • Isnin, Rabu & Khamis: 8.30am – 1.00pm

10.

Paliatif

  • Isnin & Rabu: 9.00am – 1.00pm

LOKASI

Jabatan Perubatan Am adalah jabatan yang terbesar dan terletak di beberapa lokasi di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh:

  1. Kompleks Klinik Pakar (Kecuali Klinik Nefrologi & Klinik Paliatif) :
    • Pejabat Pentadbiran Jabatan Perubatan – Tingkat 1
    • Klinik Perubatan Am & sub-kepakaran – Tingkat 1
  2. Bangunan Utama:
    • Wad 1B (Wad perempuan) – Tingkat 1
    • Wad 1B (Wad Hematologi perempuan) – Tingkat 1
    • Wad 4C (Wad Nefrologi) – Tingkat 4
    • Wad 5C (Denggi dan penyakit berjangkit) - Tingkat 5
    • Wad 5B (Wad lelaki) – Tingkat 5
    • Wad 7A (Wad lelaki) – Tingkat 7
    • Wad 7A (Wad Hematologi lelaki) - Tingkat 7
    • Wad 7B (Wad Nefrologi lelaki) - Tingkat 7
    • Wad CRW dan CCU – Tingkat 7
    • Wad 8A (Wad perempuan) – Tingkat 8
    • Wad 8B (Wad perempuan) – Tingkat 8
    • Wad 8B High Dependency Unit (HDU) - Tingkat 8
    • Wad 8C (Wad kelas pertama) – Tingkat 8
    • Wad Diraja – Tingkat 8
  3. Kompleks Rawatan Harian :
    • Invasive Cardiac Laboratory (ICL) – Tingkat 2
    • Rawatan Harian Hematologi – Tingkat 2
  4. Bangunan Hospital Lama:
    • Wad & klinik unit Paliatif
    • Unit Hemodialisis 1
  5. Kolej Kejururawatan Lama:
    • Klinik Nefrologi
    • Unit Hemodialisis 2