• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Klinikal
  • Jabatan Psikiatrik & Kesihatan Mental

Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental

TEL : 05-2087436

CARTA ORGANISASI

KETUA JABATAN Dato’ Dr Ahmad Rasidi Bin M Saring

PAKAR -PAKAR

Dr Chandra Mohan A/L Panchadcharam
Dr Satnam Kaur A/P Harbhajan Singh
Dr Loo Tsui Huei
Dr Noor Izuana Binti Redzuan

PENGENALAN

Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental dimulakan pada tahun 1992 dengan seorang pakar sahaja tanpa wad khusus untuk psikiatri. Kini, jabatan telah berkembang sehingga adanya wad yang mempunyai 15 buah katil di Wad Lelaki dan 15 buah di Wad Perempuan. Khidmat yang diberikan pada umumnya adalah untuk kes-kes akut dari daerah Kinta, kes-kes yang dirujuk dari jabatan lain di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan hospital-hospital lain termasuk hospital yang dilawat oleh pakar-pakar psikiatri HRPB, iaitu Hospital Sultanah Hajjah Kalsom Cameron Highlands dan Hospital Gerik.

VISI

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental akan menjadi sebuah pusat rawatan psikiatri yang memberi perkhidmatan yang berkualiti, mesra, berhemah dan penyayang dikendalikan oleh anggota professional dan berkemahiran dalam menwujudkan sebuah masyarakat yang produktif dan mempunyai tahap kesihatan mental yang tinggi.

MISI

Memberi perkhidmatan psikiatri dan psikososial rehabilitasi yang holistik kepada pelanggan yang mengalami masalah kesihatan mental agar dapat mengintegrasikan mereka ke pangkuan masyarakat dan dapat menikmati kehidupan yang berkualiti. 

OBJEKTIF

Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Hospital Raja Permaisuri Bainun akan:

  1. Memberi perkhidmatan kesihatan mental yang komprehensif, efektif dan efisient yang merangkumi pesakit luar, pesakit dalam, rawatan psikiatri dalam komuniti, perkhidmatan kanak-kanak dan remaja, psikogeriatrik, therapi gantian metadon, liaison psikiatri dan perkhidmatan psikososial rehabilitasi.
  2. Menyediakan perkhidmatan kesihatan mental berasaskan standard yang diterima pakai untuk kepuasan pelanggan dan bagi keperluan pihak akreditasi dan pihak berkuasa.
  3. Mengintegrasi perkhidmatan psikiatri di hospital tanpa pakar.
  4. Memberi promosi perkhidmatan kesihatan mental untuk pesakit umum dan kumpulan sasaran tertentu.
  5. Memberi latihan untuk kakitangan jabatan.
  6. Menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk pesakit dan kakitangan.
  7. Menjalankan penyelidikan yang berorientasikan perkhidmatan dan menyediakan bukti untuk amalan klinikal.
  8. Memberi perkhidmatan yang mematuhi Akta Kesihatan Mental 2001.

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

POLISI

  1. Memberi perkhidmatan kecemasan setiap masa kepada pesakit yang tenat dan kritikal.
  2. Memberi perkhidmatan komprehensif yang meliputi ‘Pre-Hospital Resuscitation, Stabilization dan Definitive Care”.
  3. Menyediakan perkhidmatan ‘Pengurusan Bencana’, Perubatan Kecemasan dan Trauma, Penderaan dan Keganasan Rumah Tangga.
  4. Menyediakan kemudahan perkhidmatan yang berasaskan perikemanusiaan dan pritin kepada ekonomi dan budaya pesakit.
  5. Mengamalkan perkhidmatan mesra yang segera dan efektif.

ANGGOTA DI JABATAN

Pakar Perunding Psikiatri 2
Pakar Psikiatri 3
Pegawai Perubatan 14
Penyelia Penolong Pegawai Perubatan (U32) 1
Ketua Jururawat (U32) 1
Penolong Pegawai Perubatan (U29) 6
Jururawat Terlatih (29) 21
Jururawat Masyarakat 1
Pembantu Perawatan Kesihatan 17

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Rawatan Pesakit Luar Klinik Pakar
  2. Rawatan Pesakit Dalam
  3. Perkhidmatan Psikiatri Komuniti
  4. Perkhidmatan Komuniti Mental Masyarakat
  5. Pengesanan dan Pengesahan Penagihan dadah
  6. Detoksifikasi dan Pemulihan Penagihan dadah
  7. Rawatan Pemulihan Carakerja
  8. Perkhidmatan latihan, kursus dan latihan dalam perkhidmatan
  9. Perkhidmatan-perkhidmatan subkepakaran- Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Liaison Psikiatri dan Pskiatri Warga Tua

WAKTU OPERASI

1. KLINIK PESAKIT LUAR

HARI/MASA
PAGI
(Isnin - Khamis: 8.00pg - 1.00ptg)
(Jumaat: 8.00pg - 12.15tgh)
PETANG
(Isnin - Khamis: 2.00ptg - 5.00ptg)
(Jumaat: 2.45ptg - 5.00ptg)
ISNIN PSIKIATRI WARGA TUA (setiap minggu)
PSIKIATRI KANAK-KANAK & REMAJA
(ISNIN PERTAMA DAN KE-3)
WALK IN
KES BARU
PSIKIATRI KANAK-KANAK & REMAJA
WALK IN
SELASA KES ULANGAN
WALK IN
KES BARU
WALK IN
RABU KES ULANGAN
WALK IN
KES BARU
WALK IN
KHAMIS KES ULAGAN
WALK IN
KES BARU
WALK IN
JUMAAT WALK IN
SUNTIKAN
WALK IN

2. PERKHIDMATAN KOMUNITI MENTAL MASYARAKAT (MENTARI SIMEE)

HARI/MASA
PAGI
(Isnin - Khamis: 8.00pg - 1.00ptg)
(Jumaat: 8.00pg - 12.15tgh)
PETANG
(Isnin - Khamis: 2.00ptg - 5.00ptg)
(Jumaat: 2.45ptg - 5.00ptg)
ISNIN
(PAKAR MELAWAT: ISNIN PERTAMA DAN KE-3)
Lawatan rumah Kes Baru dan Kes Ulangan
SELASA - Kes Baru dan Kes Ulangan
- Rawatan Psikososial Rehabilitasi
- Kes Baru dan Kes Ulangan
- Rawatan Psikososial Rehabilitasi
RABU - Kes Baru dan Kes Ulangan
- Rawatan Psikososial Rehabilitasi
- Kes Baru dan Kes Ulangan
- Rawatan Psikososial Rehabilitasi
KHAMIS - Kes Baru dan Kes Ulangan
- Rawatan Psikososial Rehabilitasi
- Kes Baru dan Kes Ulangan
- Rawatan Psikososial Rehabilitasi
JUMAAT Hospital CME, Liaison dan Grand ward round Mesyuarat Jabatan/Jabatan CME

3. KLINIK METADON

HARI/MASA
WAKTU)
AKTIVITI
ISNIN 7.00 pagi - 2.45 petang Kes Baru/Kes Ulangan/Rawatan DOT
SELASA 7.00 pagi - 2.45 petang Kes Baru/Kes Ulangan/Rawatan DOT
RABU 7.00 pagi - 2.45 petang Kes Baru/Kes Ulangan/Rawatan DOT
KHAMIS 7.00 pagi - 2.45 petang Kes Baru/Kes Ulangan/Rawatan DOT
JUMAAT 7.00 pagi - 1.15 petang Rawatan DOT
SABTU 7.00 pagi - 11.00 pagi Rawatan DOT
AHAD 7.00 pagi - 11.00 pagi Rawatan DOT
CUTI 7.00 pagi - 11.00 pagi Rawatan DOT

4. KLINIK RAWATAN KETAGIHAN DADAH DAN ALKOHOL

HARI/MASA
WAKTU)
AKTIVITI
SELASA 2.00 petang - 5.00 petang Kes Baru
RABU 2.00 petang - 5.00 petang Kes Ulangan
KHAMIS 2.00 petang - 5.00 petang Kes Baru

LOKASI

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental terletak di tingkat 1 Kompleks Pakar

KURSUS/KEMPEN/SEMINAR/BULANAN YANG TELAH DIRANCANG SEPANJANG TAHUN (2016)

  • Workshop on Clinical Practice Guideline on Management of Bipolar Disorders in Adult
  • Workshop on Suicide Risk Management in Hospitals
  • 5th Ipoh Mental Health Convention
  • World Mental Health Day