• Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Perubatan
  • Unit Pemulihan Cara Kerja

Unit Pemulihan Cara Kerja

TEL : 05-2085000 samb : 5373

CARTA ORGANISASI

PENGENALAN

Pemulihan Carakerja merupakan profesyen yang mempromosi pemulihan dan kesihatan yang komprehensif. Matlamat utama adalah menggalakkan, memulihkan dan mengekalkan keupayaan kefungsian individu agar berdikari ke tahap optimum dan berfungsi dalam kehidupan seharian, sosial, pekerjaan serta aktiviti riadah mereka.

OBJEKTIF

  • Menggalakkan, memulihkan dan mengekalkan keupayaan kefungsian individu yang mengalami kecacatan fizikal,kognitif dan psikososial melalui aktiviti-aktiviti yang saintifik dan terpilih, yang mana ianya dipertingkatkan atau digredkan secara berterusan.
  • Menyampaikan perkhidmatan pemulihan yang berpusatkan kepada pelanggan (Client Centered Services) melalui intevensi yang disahkan secara klinikal (clinically proven) serta aplikasi ‘Evidence-Based Practice serta kaedah rawatan yang selamat berpandukan kepada tahap kesihatan pelanggan.
  • Memastikan pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan kami diberi peluang membuat keputusan berkaitan rawatan pemulihan yang ditawarkan.
  • Memastikan semua perkhidmatan yang ditawarkan kepada pesakit memenuhi tujuan rawatan dan kehendak pelanggan.
  • Memastikan perkhidmatan pemulihan diberikan kepada pelanggan oleh anggota yang berkelayakan dengan amalan rawatan yang sesuai, cekap, berkualiti dan berkesan serta seiring dengan peraturan-peraturan kerja, dan ‘standard of practice’ terkini yang sedang digunapakai oleh perkhidmatan Pemulihan Carakerja Malaysia.
  • Menyediakan persekitaran dan peralatan terapeutik yang kondusif dan selamat, selesa, bersih serta sedia diguna bagi tujuan penilaian dan intervensi rawatan pemulihan sepanjang masa pelanggan hadir mendapatkan perkhidmatan di unit ini.
  • Memastikan setiap anggota memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dalaman dan luaran dengan penuh rasa hormat, penyayang, mesra dan beretika seperti mana yang digariskan dalam kod etika perkhidmatan Pemulihan Carakerja Malaysia.
  • Mempromosi dan menitikberatkan aspek pendidikan dan latihan kepada anggota unit pemulihan carakerja melalui program pembelajaran berterusan dan program pembangunan berterusan (CME & CPD) serta latihan kepada siswazah perubatan, pelatih-pelatih separa perubatan, anggota-anggota hospital, pesakit dan penjaga dalam bidang rawatan yang berkaitan perkhidmatan Pemulihan Carakerja.
  • Menggalakkan jalinan kerjasama dalam program rawatan secara multi-diciplinary bagi mencapai hasil rawatan yang holistik kepada pesakit.

VISI

  • Unit Pemulihan Carakerja Hospital Raja Permaisuri Bainun akan berkembang sebagai pusat perkhidmatan pemulihan carakerja yang mampu menawarkan pengkhususan rawatan berkualiti, mudah diperolehi serta setara dengan perkembangan perkhidmatan kesihatan terkini. 
  • Unit Pemulihan Carakerja Hospital Raja Permaisuri Bainun juga akan berfungsi sebagai pusat rujukan dan pembelajaran bagi pelanggan, anggota kesihatan serta agensi-agensi luar melalui kepakaran dan pengkhususan rawatan pemulihan yang disediakan.

MISI

Unit Pemulihan Carakerja Hospital Raja Permaisuri Bainun akan berusaha memastikan pelanggan-pelanggan yang dirujuk kepada perkhidmatan kami akan ;

  • Mencapai sepenuhnya keupayaan dan kefungsian fizikal, sosial dan kognitif diri dengan kualiti kesihatan yang optima dan bermakna dalam semua aspek kehidupan seharian
  • Menerima sokongan dan intervensi terapeutik sepenuhnya berdasarkan rangkakerja pemulihan terancang ( frame of reference ) bagi mencapai tahap keberdikarian dan potensi diri yang diinginkan.
  • Berpeluang mengambil bahagian secara aktif dalam program pemulihan mereka sendiri melalui pilihan intevensi terapeutik yang ditawarkan.
  • Disediakan persekitaran rawatan pemulihan yang sesuai, selamat, mudah dicapai serta seiring teknologi dan keperluan terkini.

PIAGAM PELANGGAN

Semua pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan Pemulihan Carakerja mempunyai akses kepada piagam pelanggan kami yang menggariskan perkara-perkara berikut ;

    1. Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan berkualiti mengikut tarikh temujanji dan masa yang telah dtetapkan tanpa mengambil kira agama, keturunan dan taraf sosial ekonomi.
    2. Setiap pesakit berhak mendapatkan penerangan terhadap perawatan dan prosedur dari kami dari semasa ke semasa.
    3. Kami sedia bekerjasama dengan pesakit dan keluarga dengan memberi tunjuk ajar tentang keperluan rawatan di unit dan penjagaan di rumah sehingga pesakit berdikari ke tahap kefungsian maksima.
    4. Segala maklumat pesakit akan dirahsiakan kecuali dengan keizinan pesakit dari segi undang-undang.
    5. Pelanggan adalah berkewajipan untuk:
      • Mematuhi arahan Unit Pemulihan Carakerja
      • Menggunakan segala kemudahan yang disediakan dengan bertanggungjawab.

SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Pemulihan Carakerja di Hospital Raja Permaisuri  Bainun meliputi;

      1. Rawatan Pesakit Dalam
      2. Rawatan Pesakit Luar

Jenis – jenis Perkhidmatan Pemulihan Carakerja untuk Pesakit Dalam dan Pesakit Luar adalah seperti berikut :-

  • Pemulihan Carakerja di Bidang Ortopedik
  • Pemulihan Carakerja di Bidang Psikiatri dan Kesihatan Mental
  •  Pemulihan Carakerja di Bidang Pediatrik
  •  Pemulihan Carakerja di Bidang Perubatan Am
  • Pemulihan Carakerja di Bidang Neurologi
  • Pemulihan Carakerja di Bidang Pembedahan Am
  • Pemulihan Carakerja di Bidang Neurosurgery
  •  Pemulihan Carakerja di Bidang Plastic and Reconstructive
  • Pemulihan Carakerja di Bidang Onkologi
  • Pemulihan Carakerja di Bidang Kardiak

 

WAKTU OPERASI

HARI MASA
Isnin - Khamis 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 12.15 tengahari - 2.45 petang
Sabtu / Ahad / Cuti Umum TUTUP

LOKASI

Unit Pemulihan Cara Kerja terletak di Aras 1, Kompleks Rawatan Harian HRPB.