• Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Pembedahan
  • Jabatan Bedah Mulut

Jabatan Pergigian Bedah Mulut

TEL : 05-2087471

Carta Organisasi

PENGENALAN

Jabatan Bedah Mulut menyediakan perkhidmatan diagnostik, rawatan dan pemulihan yang menyeluruh dan komprehensif kepada pesakit yang berumur 17 tahun dan ke atas. Merupakan pusat rujukan dari seluruh negeri Perak meliputi kes-kes rawatan untuk bedah mulut dan kes-kes kecemasan dari Jabatan kecemasan. Secara keseluruhannya terdapat 35 perjawatan pelbagai kategori dijabatan ini dan dari jumlah ini sebanyak 27 perjawatan telah diisi. Di bawah jabatan ini terdapat juga Unit Patologi Mulut dan Perubatan Mulut.

OBJEKTIF

  1. Membantu dan memperbaiki permasalah bedah mulut dan pergigian setiap individu yang dirujuk dari pengamal perubatan / pergigian kerajaan atau swasta agar mereka dapat menjalankan kehidupan yang normal dan berupaya menyumbang khidmat ekonomi dan sosial yang produktif.
  2. Untuk menyediakan perkhidmatan khas iaitu prkhidmatan kepakaran diagnosa histopatologi mulut dan mendiagnosa serta merawat kes-kes perubatan mulut

VISI

Menjadi jabatan yang cemerlang, cekap dan mesra pelanggan dalam pemberian perkhidmatan oral dan maksilofasial serta menjalankan penyelidikan yang berkualiti

MISI

Untuk meningkatkan kualiti kehidupan pelanggan melalui penggalakan kesihatan mulut dan pemberian perkhidmatan oral dan maksilofasial yang bersesuaian, bertetapan masa dan komprehensif

PIAGAM PELANGGAN

  1. Setiap pesakit akan dilayan dengan mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun dan ikhlas
  2. Setiap pesakit akan didaftarkan dalam tempoh masa 10 minit
  3. Setiap pesakit akan diberi maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan
  4. Setiap pesakit akan diberi maklumat mengenai aspek-aspek penting rawatan dan pencegahan penyakit pergigian
  5. Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan pergigian dan bedah mulut yang sewajarnya, secara cekap dan profesional
  6. Rawatan akan dimulakan dalam tempoh 90 minit selepas pandaftaran kecuali dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan
  7. Kemudahan dan peralatan yang digunakan dalam surgeri rawatan adalah bersih dan telah melalui proses pembasmian kuman
  8. Setiap pesakit akan diberi penjelasan mengenai rawatan yang dijalankan
  9. Segala maklumat mengenai pesakit akan dirahsiakan dan hanya akan diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan, tertakluk kepada undang-undang.

SKOP PERKHIDMATAN

  • Berfungsi sebagai pusat rawatan utama negeri Perak untuk kes-kes pembedahan mulut termasuk kes-kes kecemasan bahagian muka (maxillofacial trauma), ketumbuhan mulut, pesakit medically compromised dan kes-kes rujukan dari disiplin dan klinik periferi yang lain.
  • Perkhidmatan pesakit luar.
  • Perkhidmatan rawatan temujanji.
  • Perkhidmatan pembedahan elektif.
  • Perkhidmatan pembedahan day care.
  • Perkhidmatan pembedahan kecemasan.
  • Joint clinic/ combine clinic.
  • Berfungsi sebagai komponen dan kerjasama dengan unit lain dihospital untuk memberi rawatan tertiary kepada pesakit selaras dengan objektif Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
  • Bertindak sebagai pusat latihan amali dan memberi kursus kepada personel pergigian dalam latihan.
  • Berfungsi sebagai pusat kajian dan sumber teknikal di Negari Perak.
  • Menyediakan perkhidmatan bagi kes-kes rujukan Perubatan Mulut dari semua klinik pergigian dan hospital dinegeri Perak.
  • Menyediakan dan memberikan perkhidmatan diagnostik patologi mulut kepada semua pelanggan dengan cekap, tepat dan berkesan.

WAKTU OPERASI

HARI / MASA
8.00 PG - 1.00 PTG
1.00 PTG - 2.00 PTG
2.00 PTG - 5.00 PTG

ISNIN

Kes Rujukan, Temujanji & Kes Kecemasan
Minggu Kedua dan Keempat
Hari Pembedahan & Kes Kecemasan
REHAT
Kes Rujukan, Temujanji & Kes Kecemasan
Minggu Kedua dan Keempat
Hari Pembedahan & Kes Kecemasan

SELASA

Kes Rujukan, Temujanji & Kes Kecemasan
Minggu Pertama dan Ketiga
Hari Pembedahan & Kes Kecemasan
Kes Rujukan, Temujanji & Kes Kecemasan
Minggu Pertama dan Ketiga
Hari Pembedahan & Kes Kecemasan

RABU

Kes Rujukan, Temujanji & Kes Kecemasan
Minggu Kedua dan Keempat
Hari Pembedahan & Kes Kecemasan
Kes Rujukan, Temujanji & Kes Kecemasan
Minggu Kedua dan Keempat
Hari Pembedahan & Kes Kecemasan

KHAMIS

Kes Rujukan, Temujanji & Kes Kecemasan Kes Rujukan, Temujanji & Kes Kecemasan
Minggu Kedua
Combine Clinic

JUMAAT

8.00 PG - 12.15 PTG
12.15 PTG - 2.45 PTG
2.45 PTG - 5.00 PTG
Kes Rujukan, Temujanji & Kes Kecemasan
REHAT
Kes Kecemasan / CDE

LOKASI

Jabatan Bedah Mulut terletak dilokasi bangunan kompleks pakar di perkarangan Hospital Raja Permaisuri Bainun. Wad Bedah Mulut berada di Wad 1A dan 2B.