• Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Pembedahan
  • Jabatan Forensik

Jabatan Forensik

TEL : 05-2087358

CARTA ORGANISASI (Sedang Dikemaskini)

PENGENALAN

Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh adalah satu Jabatan yang menguruskan semua kematian di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Jabatan Forensik Hospital raja Permaisuri Bainun juga menguruskan semua kes – kes medico legal di Daerah Kinta yang dibawa oleh pihak Polis Di Raja Malaysia. Bangunan Jabatan Forensik terletak di bahagian belakang Pusat Rawatan Harian bersebelahan dengan Unit Pengangkutan Hospital dan adalah sebuah bangunan yang baru dan terasing. Ia dahulunya dikenali sebagai Rumah Mayat dan sudah mula beroperasi sejak penubuhan hospital diawal tahun 1970an.

Perkhidmatan Forensik merangkumi pengurusan semua kes kematian di Hospital dari segi penerimaan, penyimpanan mayat dan urusan penyerahan mayat kepada pihak waris. Jabatan Forensik juga menjalankzn bedah siasat untuk kes – kes medico legal atas permintaan pihak Polis . Perkhidmatan Forensik ialah satu perkhidmatan yang sangat penting dalam menegakkan keadilan dan penguatkuasaan undang-undang negara. Ianya merangkumi bidang Patologi Forensik, Perubatan Forensik dan Sains Forensik.

Perkhidmatan Forensik semestinya bebas dan berkecuali dan tidak terikat dengan mana-mana pihak demi keadilan. Khidmat yang diberikan haruslah bukan semata-mata kepada pihak polis atau kerajaan sahaja tetapi juga bebas memberikan khidmat yang sama kepada pihak swasta dan juga pihak defendan. 

VISI

Jabatan Forensik memberikan perkhidmatan forensik yang berkualiti, perkhidmatan perundangan perubatan ‘medicolegal’ yang efisien, lengkap dan kos efektif.

MISI

Berkerjasama secara berpasukan untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti, efisien, berkesan, prihatin dan suai-alam sekitar ‘environmentally friendly’.

NILAI-NILAI

  • Kualiti
  • Professionalisma
  • Kerja berpasukan
  • Proses kerja yang cemerlang
  • Penyayang
  • Tulus
  • Adil
  • Berkecuali

POLISI KUALITI DAN OBJEKTIF

  1. POLISI KUALITI
    • Pengurusan mayat.
    • Perkhidmatan sokongan.
    • Perkhidmatan makmal Forensik
    • Perkhidmatan rundingan kes-kes perundangan perubatan.
    • Perkhidmatan rundingcara dan pengurusan kes bencana ramai-ramai.
    • Perkhidmatan rundingcara dan rujukan kes Perubatan Forensik
    • Pusat latihan, pendidikan dan penyelidikan forensik.
  2. OBJEKTIF KUALITI
    • Memberikan perkhidmatan Perubatan Forensik yang bebas, berkecuali dan tidak terikat dengan mana-mana pihak demi keadilan.
    • Memberi perkidmatan perundangan perubatan yang berkesan, efisien dan meyeluruh termasuk siasatan makmal.
    • Memberi khidmat nasihat, khidmat pakar dan pengendalian mayat yang lebih cekap dan mahir.
    • Menjadi pusat tumpuan untuk penyelidikan dan pengajaran forensik.
    • Melatih lebih ramai sumber tenaga manusia dalam bidang forensik.
    • Pengurusan kematian dibuat di bawah satu pentadbiran.
    • Menyiapkan rekod dan menyediakan laporan perubatan untuk kes-kes perundangan perubatan.
    • Meningkatkan mutu perkhidmatan sejajar dengan perkembangan teknologi baru untuk membenteras jenayah.
    • Menyediakan infrastruktur dan tenaga manusia yang cukup untuk menjalankan perkhidmatan yang lebih baik akibat peningkatan beban kerja di seluruh negara.

AKTIVITI

  1. Menerima kes-kes rujukan dari Jabatan Kecemasan, Day Care, Klinik-klinik dan Hospital Daerah.
  2. Melakukan prosedur klinikal seperti Modern Dressing (Advance Wound Care), catheterization, suntikan, FNAC, Haemorroid Banding, Suturing, Seroma Aspiration dan pelbagai lagi.
  3. Mengadakan perjumpaan diantara pesakit-pesakit kanser serta menubuhkan persatuan sokongan untuk bekas-bekas pesakit..
  4. Menyediakan latihan pratikal kepada Siswazah Perubatan dan Jururawat Pelatih.
  5. Mengadakan kursus berkala.
  6. Mengadakan bengkel untuk para Doktor.
  7. Rondaan oleh Pakar yang menjaga bersama-sama Pegawai Perubatan untuk memberi rawatan.
  8. Perbincangan kes sebelum pembedahan setiap minggu.
  9. Melakukan pemantauan bagi kursus Berkhatan untuk Penolong Pegawai Perubatan.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Menerima dan mengurus jenazah secara mengikut
  2. Ugama, kepercayaan dan budaya si mati.
  3. Pemeriksaan yang profesional, tulus dan berkecuali.
  4. Menyediakan laporan yang lengkap, komprehensif dan pada tempoh yang ditetapkan.
  5. Memberi perkhidmatan yang penyayang.
  6. Menyediakan tempat yang khas dan sesuai untuk keluarga menunggu.

STANDARD, GARIS PANDUAN ATAU KRITERIA YANG HARUS DIPATUHI

  1. Garispanduan berkenaan Pengurusan jenazah dan  bedah siasat  mengikut pekeliling yang dikeluarkan oleh  Kementerian Kesihatan. Malaysia ( Rujuk lampiran A)
  2. Garis panduan pengendalian jenazah dengan selamat (‘Safety Measurues in Handling Infectious Cases’) mengikut pekeliling Kemeterian Kesihatan.
  3. Mengadakan program latihan untuk anggota semasa sesi CME dan CNE.

PERKHIDMATAN

  • SKOP
    • Skop perkhidmatan adalah mengikut tingkat keselamatan mortuari.
    • Semua mortuari mesti mempunyai infrastruktur dan peralatan bagi tingkat keselamatan III untuk menjalankan pemeriksaan kes yang mempunyai jangkitan contoh Tuberculosis, virus hepatitis, HIV.
  • Menyediakan tempat dan peralatan untuk pemandian mayat / jenazah.
  • Memberi perkhidmatan menghantar mayat / jenazah dengan menggunakan kenderaan Hospital.

WAKTU PERKHIDMATAN

Isnin ke Jumaat : 8.00 pagi ke 5.00 petang

** Selepas waktu pejabat /Hari Cuti Umum : terdapat satu Penolong Pegawai Perubatan dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan yang bertugas untuk tujuan penerimaan, penyimpanan dan penyerahan kes – kes kematian.

LAPORAN BEDAH SIASAT

Semua permohonan  Laporan Bedah Siasat mestilah melalui Unit Rekod Perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

PROSES UTAMA DISIPLIN FORENSIK - PENGURUSAN MAYAT

  1. Pendaftaran:
    • daftar mayat / jenazah
    • kenalpasti mayat / jenazah
    • menyimpan mayat / jenazah
    • mengkelasifikasikan mayat / jenazah
  2. Bedahsiasat
    • Mengenalpasti jenazah yang akan diperkisa
    • Melakukan pemeriksaan luaran
    • Melakukan pemeriksaan dalaman
    • Mengumpulkan bahan-bahan keterangan (bukti)
    • Memberikan sebab-sebab kematian
    • Memberi permit penguburan
    • Rekonstruksi jenazah (menjahit)
    • Menulis laporan
    • Menyerah laporan kepada Pejabat Rekod
    • Melawat dan memeriksa tempat kejadian jenayah apabila perlu
  3. Pengurusan bahan-bahan keterangan:
    • Mengumpul bahan-bahan keterangan (bukti)
    • Mengisi borang-borang permintaan pemeriksaan jabatan kimia dan patologi
    • Menyerahkan bahan-bahan keterangan kepada pegawai penyiasat kes.
    • Penyimpanan mayat:
  4. Menyimpan mayat semnetara sebelum dituntut oleh waris :
    • Pengurusan penyerahan mayat semula kepada waris:
    • Menyediakan pengurusan mayat sebelum dituntut untuk urusan pengkebumian
  5. Mengurus mayat yang tidak dituntut

PROSES KERJA JABATAN FORENSIK

  1. PENGENDALIAN KES KEMATIAN DI WAD
    • Semua kes kematian di wad akan di maklumkan kepada Jabatan Forensik.
    • Penolong Pegawai Perubatan  di Jabatan Forensik akan mendaftar semua kes kematian di Buku Daftar Kematian.
    • Mayat/jenazah akan diserah pada pada waris yang menuntut dan segala butiran penyerahan mayat akan di catitkan dalam Buku Daftar Kematian.
    • Bagi mayat/jenazah yang tidak dituntut , mayat akan dimasukan dalam peti sejuk mayat sehingga di tuntut.
  2. PROSES  BEDAH SIASAT
    • Bedah siasat adalah dijalankan menurut Garis Panduan Bedah Siasat Mayat di Hospital - Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia  - Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 17/2008
  3. PENYIMPANAN MAYAT
    • Mayat akan disimpan didalam peti sejuk mayat pada suhu 2C – 4C sehingga dituntut oleh waris.
  4. MAYAT TIDAK DITUNTUT
    • Mayat adalah dianggap sebagai tidak dituntut jika melebihi TIGA hari untuk yang beragama islam dan EMPATBELAS hari untuk yang bukan beragama Islam.
    • Pihak Polis dan juga hebahan melalui surat khabar yang berkaitan akan dilakukan sebelum mayat diserahkan pada badan – badan agama yang berkenaan untuk tujuan pengebumian.
    • Surat Ketua Pengarah Kesihatan Bil 5/2008 adalah berkaitan.

PENDAFTARAN KEMATIAN - DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN OLEH PEMAKLUM ATAU WARIS SI MATI SEMASA HADIR KE PEJABAT JPN

  • Salinan Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) yang berwarna kuning;
  • Salinan Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) yang berwarna biru adalah untuk diserahkan pada penjaga kubur/tempat bakar
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati yang asal; 
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum; (asal dan salinan);
  • Perakuan oleh Pengamal Perubatan mengenai sebab-sebab kematian yang asal [Borang JPN.LM09 atau JPN.LM10 (Post Mortem)] sekiranya kematian berlaku di hospital.
  • Pendaftaran kematian MESTI dibuat dalam masa tujuh ( 7) hari dari Tarikh  kematian

INDIVIDU YANG LAYAK MEMBUAT KUTIPAN SIJIL KEMATIAN 

  • Ibu atau bapa si mati;
  • Suami atau isteri si mati;
  • Anak-anak si mati;
  • Adik-beradik kandung si mati
  • Pemaklum kepada kematian yang tercatat dalam Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin. 1/11).

BAYARAN

Tiada bayaran dikenakan.