• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Pembedahan
  • Jabatan Oftalmologi

Jabatan Oftalmologi

TEL : 05-2085000 samb : 7421

CARTA ORGANISASI (Sedang Dikemaskini)

PENGENALAN

Jabatan oftalmologi terdiri dari Klinik Oftalmologi, Dewan Bedah Oftalmologi, Pusat Rawatan Harian dan Wad Oftalmologi.

Klinik Oftalmologi merupakan pusat rujukan untuk kes mata dari kawasan Ipoh dan Lembah Kinta serta merupakan pusat rujukkan dari hospital-hospital lain di seluruh Negeri Perak. Beberapa perkhidmatan subkepakaran telah disediakan. Perkhidmatan tersebut adalah Glaukoma, Vitreoretina, Kornea, Okuloplastik, Medicoretina dan Paediatrik.

OBJEKTIF

  1. Menyediakan perkhidmatan pesakit luar yang cemerlang melalui diagnosa dan yang tepat secara professional.
  2. Menyediakan perkhidmatan pesakit dalam kepada pesakit mata dalam wad dan juga yang dirujuk dari wad lain.
  3. Memberikan perkhidmatan kecemasan untuk merawat kes-kes kecemasan
  4. Menyediakan perkhidmatan subkepakaran glaucoma, vitreoretina, kornea, okuloplastik, medicoretina dan paediatrik.
  5. Memelihara penglihatan dan mencegah kebutaan melalui program saringan mata, pendidikan kesihatan mengenai penjagaan mata dan latihan berlanjutan kepada anggota perkhidmatan kesihatan.
  6. Melatih pegawai-pegawai perubatan mata terutamanya yang menyertai program Sarjana Oftalmologi di universiti tempatan secara sistem terbuka

VISI

Jabatan Oftalmologi sebagai sebuah jabatan yang cemerlang dalam memberi perkhidmatan penjagaan mata kepada semua lapisan masyarakat.

MISI

Menerajui dan berusaha bersama-sama :

  1. Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat :
    • Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
    • Menghargai kesihatan sebagai aset paling bernilai
    • Mengambil tanggungjaeab dan tinfdakn positif demi kesihatan mereka
  2. Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu :
    • Mengutamakan pelanggan
    • Saksama tidak membebankan
    • Cekap
    • Wajar mengikut teknologi
    • Boleh disesuaikan mengikut persekitaran
    • Inovatif
  3. Dengan menekankan
    • Sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
    • Sifat menghormati maruah insan
    • Penglibatan masyarakat

PIAGAM PELANGGAN

  1. Memberi perkhidmatan yang cekap, tepat serta layanan mesra demi keselamatan pesakit
  2. Memberi perkhidmatan dan rawatan secepat mungkin bagi kes-kes rujukan.
  3. Memberi perkhidmatan kaunseling, serta pendidikan kesihatan kepada pesakit dan keluarga.
  4. Memberitahu kepada ahli keluarga tentang perkembangan pesakit.
  5. Memberi jaminan kehormatan dan maklumat kesihatan pesakit dipelihara dan dirahsiakan.
  6. Memberi kerjasama dan bersedia memberi bantuan dalam menyelesaikan masalah-masalah berbangkit.

SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan yang terdapat di Jabatan Oftalmologi secara umumnya terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Perkhidmatan Oftalmologi dan perkhidmatan Optometri. Perkhidmatan Oftalmologi yang disediakan bukan hanya rawatan kepakaran dalam bidang oftalmologi secara umum tetapi dikukuhkan dengan Perkhidmatan Subkepakaran Glaukoma, Vitreoretina, Kornea, Okuloplastik, Medicoretina dan Paediatrik. 

Perkhidmatan Oftalmologi:

  1. Klinik kes baru
    • Saringan kes rujukan adalah penting dan dijalankan untuk memastikan kes kecemasan mata diberi keutamaan dalma mendapatkan rawatan dan penjagaan mata dengan segera
  2. Klinik susulan jangkamasa pendek
    • Klinik ini bertujuan untuk merawat pesakit mata yang memerlukan jangkamasa susulan yang pendek.
    • Pesakit yang telah sembuh dari penyakit mata tanpa komplikasi dan tidak memerlukan rawatan mata yang khas akan di discaj.
  3. Klinik Umum
    • Klinik mata umum untuk pesakit luar dijalankan di bawah selian pakar mata.
    • Pesakit yang datang untuk rawatan dan susulan perlu menjalani ujian penglihatan akuiti.
    • Pesakit yang berumur 40 tahun ke atas dan mereka yang mempunyai sejarah penyakit glaukoma dalam keluarga seharusnya diperiksa untuk tekanan mata.
    • Usaha harus dilakukan untuk discaj pesakit yang berhenti memerlukan rawatan dan penjagaan mata khas.
  4. Klinik mata diabetik
    • Klinik mata diabetik diadakan sekurang-kurangnya satu kali seminggu.
    • Semua kes baru diabetik yang dirujuk ke jabtan ini dirawat dalam masa 6 minggu.
    • Perkhidmatan ini dijalankan di bawah penyeliaan pakar mata.
  5. Klinik subkepakaran
    • Menerima kes-kes rujukan glaukoma, vitreoretina, kornea dan okuloplastik dari hospital-hospital daerah lain di Perak.
    • Perkhidmatan subkepakaran medicalretina dan peadiatrik dijalankan oleh pakar subkepakaran yang datang dari Hospital Selayang sekali dalam 2 bulan.
  6. Klinik Pra dan Pos Pembedahan
    • Penilaian dan kaunseling sebelum pembedahan untuk pesakit mata haruslah dijalankan sebelum pembedahan mata.
    • Garis panduan berkenaan mendapatkan kanta intraokular untuk pembedahan katarak haruslah dipatuhi.

Perkhidmatan Optometri:

  • Melakukan ujian refraksi objektif,subjektif,sikloplegik dan EUA (refraksi di dalam dewan bedah) dan seterusnya menentukan preskripsi cermin mata yang sesuai bagi pesakit yang memerlukan.
  • Menentukan tahap penglihatan pesakit dengan jitu merangkumi semua peringkat umur, terutama bagi kes kanak-kanak istimewa dan tuntutan perubatan.
  • Menjalankan klinik Optometri Khas seperti Klinik Kanta Sentuh,Klinik Penglihatan Terhad, Klinik Penglihatan Binokular dan Klinik Pediatrik Optometri.
  • Melakukan ujian-ujian penglihatan yang khas seperti ujian medan penglihatan “Humphrey Visual Field,Ujian Bjerrum,Hess Chart dan ujian BSV (Binocular Single Vision).
  • Melakukan ujian pengukuran panjang aksial mata (A-Scan) dan mengukur kelengkungan kornea mata (K-Reading) bagi mendapatkan kuasa kanta intraokular (IOL) bagi pesakit-pesakit yang menjalani pembedahan katarak.
  • Pemeriksaan HRT dan Pachymetry.
  • Pemeriksaan Anterior segment OCT dan cornea topography.
  • Menjalankan Ujian Penglihatan Warna (Ishihara dan D15).
  • Membimbing, melatih dan memberi syarahan di bidang Optometri kepada Pegawai perubatan dan paramedik.
  • Membimbing pelajar-pelajar Optometri yang menjalani latihan Industri.

WAKTU OPERASI KLINIK

*Klinik Oftalmologi beroperasi setiap hari Isnin hingga hari Jumaat jam 8 pagi hingga 5 petang.
*Kaunter Pendaftaran akan mula dibuka pada pukul 7.30 pagi pada setiap hari bekerja biasa (Isnin hingga Jumaat).

HARI PAGI PETANG
ISNIN - KHAMIS Pendaftaran : 7.30 pagi - 1.15 petang
Rawatan : 8.30 pagi - 1.00 petang
2.00 petang - 5.00 petang

1. Rawatan Susulan Selepas Pembedahan

2. Rawatan Laser

3. Prosedur Minor

4. Klinik Rawatan tanpa Temujanji / Akut

1. Klinik Umum / Klinik Pemeriksaan Sebelum Pembedahan

  • Isnin : Glaukoma / Vitreo-Retine
  • Selasa : Vitreo-Retine / Diabetik Retinopati
  • Rabu : Okuloplastik
  • Khamis : Kornea
2. Klinik Sub-Kepakaran
3. Klinik Rawatan tanpa Temujanji / Akut
4. Rawatan Laser
JUMAAT 8.00 pagi - 9.00 pagi : Hospital CME

9.00 pagi - 11.00 pagi : Rondaan Wad

9.00 pagi - 12.15 tengahari :

  1. Klinik Umum / Klinik Pemeriksaan sebelum Pembedahan
  2. Pemeriksaan FFA
  3. Pemeriksaan RDP untuk bayi pra
2.45 petang - 5.00 petang : CME bagi jabatan Oftalmologi

BAYARAN PERKHIDMATAN PENDAFTARAN

  1. Warga negara Malaysia :
    • Rujukan Swasta RM 30.00
    • Rujukan Klinik Kerajaan. RM 5.00
  2. Warganegara Asing : RM120.00
  3. Pengecualian bayaran adalah bagi:
    • Kakitangan dan pesara kerajaan dan badan berkanun yang membawa surat pengesahan dari jabatan.
    • Pelajar sekolah atau penuntut pusat pengajian tinggi yang membawa surat pengesahan.
    • Orang kurang upaya yang berdaftar dengan jabatan kebajikan masyarakat.
  4. Rawatan susulan:
    • Warganegara RM 5.00
    • Warganegara Asing RM 120.00

CARTA ALIRAN PESAKIT DI KLINIK PAKAR OFTALMOLOGI

LOKASI

  • Klinik Oftalmologi terletak ditingkat bawah Kompleks  Klinik Pakar bersama-sama klinik-klinik pakar jabatan lain.
  • Wad Oftalmologi yang dikenali sebagai Wad 1A terletak di blok “A”. Bangunan Utama ini menempatkan pesakit lelaki, perempuan serta kanak-kanak. Terdapat 14 katil dikhaskan untuk pesakit lelaki 15 katil untuk pesakit perempuan. Manakala wad kelas 1 untuk lelaki dan perempuan adalah di wad 2C.
  • Dewan Bedah Oftalmologi pula terletak di dua lokasi iaitu di Tingkat 1, Blok “C” Bangunan Utama dan Tingkat 2, Bangunan Rawatan Harian