• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Pembedahan
  • Jabatan Pembedahan

Jabatan Pembedahan

TEL : 05-2087341/7342

CARTA ORGANISASI (Sedang Dikemaskini)

PENGENALAN

Jabatan Pembedahan Am adalah sebuah Jabatan Klinikal kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh yang merangkumi Klinik Pembedahan, tujuh buah wad-wad Pembedahan dan satu Unit Endoskopi.

Jabatan ini memberi perkhidmatan kepada pesakit-pesakit yang mengalami masalah  pembedahan di kawasan Ipoh dan menerima rujukan daripada seluruh Negeri Perak dan Cameron Highland,Pahang. Rujukan juga diterima daripada hospital- hospital periferi, klinik kesihatan kerajaan dan hospital-hospital dan klinik swasta.

Jabatan ini diketuai oleh Mr Yan Yang Wai yang merupakan seorang Pakar Perunding Kanan Pembedahan Gred Jusa B, dan dibantu oleh beberapa orang pakar, pegawai perubatan, doktor siswazah dan kakitangan kumpulan sokongan.

OBJEKTIF JABATAN

  1. Menyediakan perkhidmatan diagnostik dan kuratif yang cepat dan optima serta rawatan penyembuhan yang optima melalui kerjasama dengan lain lain perkhidmatan klinikal dan sokongan dari dalam dan luar hospital.
  2. Memberi layanan yang mesra, bertimbangrasa dan bersopan santun kepada pesakit bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.
  3. Melatih kakitangan dari semua kategori jawatan bagi memantapkan tahap pengetahuan, kecekapan bekerja dalam memberikan perkhidmatan pembedahan yang berkualiti.
  4. Memberi penerangan yang jelas mengenai setiap prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan lain.
  5. Memberi perkhidmatan yang cekap,tepat dan berkesan kepada pesakit dan keluarga.
  6. Mempromosi kesedaran awam tentang kepentingan pencegahan penyakit dan rawatan awal.

VISI

Menjadi sebuah Jabatan yang menyediakan perkhidmatan yang perubatan yang professional, mengutamakan pelanggan dan efisien selaras dengan perkembangan keperluan masakini.

MISI

Jabatan amat komited untuk menyediakan perkhidmatan pembedahan yang berkualiti bagi memastikan penyembuhan kesihatan para pelanggan melalui carakerja yang profesional dan beretika serta bekerjasama dengan lain-lain perkhidmatan kesihatan

PIAGAM PELANGGAN

Kami di Jabatan Pembedahan, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, bersedia dan berusaha membantu dan berkerjasama dengan anda dalam menyelesaikan apa-apa masalah berkenaan kesihatan anda, dan seterusnya bersetuju seperti berikut :

  1. Setiap pesakit akan diberi rawatan perubatan berkualiti yang sewajarnya.
  2. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  3. Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya akan terpelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.
  4. Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.
  5. Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan secepat mungkin iaitu:-
  • Pendaftaran – 20 minit
  • Pemeriksaan Doktor - 90 minit

SKOP PERKHIDMATAN

  1. KLINIK
    • Klinik Payudara.
    • Klinik Urologi.
    • Klinik Hepatobiliary & Gastro - usus
    • Klinik Colorectal.
    • Klinik Pembedahan Kanak-kanak.
    • Klinik Bariatric ( Obesity )
    • Klinik Onkologi.
    • Penyediaan dan Urusan pesakit ke unit Endoskopi untuk tatacara endoskopi seperti OGDS, 'Colonoscopy', 'Cystoscopy', dan ERCP.
    • Pengurusan kes-kes yang dirujuk ke Hospital Selayang,Kuala Lumpur dan Pulau Pinang (Radioterapi,PET Scan,Bone Scan,DTPA,RAI,TRUS Biopsy)
  2. WAD
    • Wad pembedahan perempuan
    • Wad pembedahan kanak kanak
    • Surgical High Dependency Ward
  3. RAWATAN HARIAN
    • Perkhidmatan Endoscopic
    • Perkhidmatan kes kes rawatan harian
  4. PEMBEDAHAN
    • Pembedahan elektif
    • Pembedahan kecemasan
  5. PATIENT SUPPORT GROUP
    • Mengadakan perjumpaan di antara pesakit - pesakit, serta menubuhkan persatuan sokongan untuk bekas bekas pesakit. Antara aktiviti sokongan pesakit adalah :
      1. Obesity Support
      2. Breast cancer support

AKTIVITI

  1. Menerima kes-kes rujukan dari Jabatan Kecemasan, Day Care, Klinik-klinik dan Hospital Daerah.
  2. Melakukan prosedur klinikal seperti Modern Dressing (Advance Wound Care), catheterization, suntikan, FNAC, Haemorroid Banding, Suturing, Seroma Aspiration dan pelbagai lagi.
  3. Mengadakan perjumpaan diantara pesakit-pesakit kanser serta menubuhkan persatuan sokongan untuk bekas-bekas pesakit..
  4. Menyediakan latihan pratikal kepada Siswazah Perubatan dan Jururawat Pelatih.
  5. Mengadakan kursus berkala.
  6. Mengadakan bengkel untuk para Doktor.
  7. Rondaan oleh Pakar yang menjaga bersama-sama Pegawai Perubatan untuk memberi rawatan.
  8. Perbincangan kes sebelum pembedahan setiap minggu.
  9. Melakukan pemantauan bagi kursus Berkhatan untuk Penolong Pegawai Perubatan.

AKTIVITI LAIN

  1. Mengadakan “Annual Dinner” peringkat Jabatan & Hospital sekali dalam setahun
  2. Mengadakan Perlawanan Futsal antara Jabatan peringkat Hospital sekali dalam setahun

PROGRAM

  1. Menganjurkan Bengkel “Basic Surgical Skills Workshop” sebanyak 4 kali dalam setahun peringkat Hospital Raja Permaisuri Bainun.
  2. Menganjurkan Bengkel ‘colorectal’ 2 kali dalam setahun peringkal Negeri Perak.
  3. Menganjurkan Kursus “Surgical Update” untuk Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat sekali dalam setahun peringkat Negeri Perak.
  4. Menganjurkan Kursus “Surgical Update” untuk Pakar & Pegawai Perubatan sekali dalam setahun peringkat Kebangsaan.
  5. CME dilakukan seminggu sekali iaitu pada hari Jumaat untuk kakitangan Jabatan Pembedahan.
  6. Mengendalikan Perhimpunan Bulanan peringkat Hospital sekali dalam setahun.
  7. Mesyuarat bulanan Jabatan diadakan setiap bulan.
  8. Mengadakan kursus serta seminar kepada anggota paramedik di bawah jabatan Pembedahan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
  9. Mengadakan program latihan untuk anggota semasa sesi CME dan CNE.

WAKTU OPERASI (KLINIK / ENDOSCOPIC CLINIC)

HARI

8.00 AM - 1.00 PM

2.00 PM – 5.00 PM

ISNIN

BREAST CLINIC

PAEDS. SURGICAL CLINIC

SELASA

UROLOGY CLINIC

 

RABU

UPPER GI CLINIC/GENERAL

 

KHAMIS

COLORECTAL CLINIC

 

JUMAAT

UROLOGY VISITING/ONCOLOGY VISITING/PAEDS. SURGICAL

 

LOKASI

Secara fizikalnya, Jabatan Pembedahan terletak di beberapa lokasi di bawah Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh iaitu :

  1. Pejabat Pentadbiran dan Klinik terletak di tingkat 1 Komplek Kilink Pakar
  2. Unit Endoscopic terletak di Kompleks Rawatan Harian
  3. Wad wad di bawah Jabatan Pembedahan terletak di Bangunan Utama Hospital.