• Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Pembedahan
  • Jabatan Pembedahan Neuro

Jabatan Neurosurgeri

TEL : 05-2087462

CARTA ORGANISASI (Sedang Dikemaskini)

PENGENALAN

Jabatan Pembedahan Neuro Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh merupakan jabatan yang menawarkan perkhidmatan konsultasi, rawatan dan pembedahan yang berkaitan otak, saraf tunjang, tulang belakang dan saraf periferi. Kes-kes yang diterima melibatkan kecemasan dan elektif yang merangkumi seluruh Perak, Cameron Highland, Pahang Seberang Perai Selatan, Kedah Selatan  dan Utara Selangor.

OBJEKTIF

  1. Menjadi pusat rujukan Neurosurgeri untuk negeri Perak dan kawasan sekitarnya
  2. Menjadi pusat latihan di bidang Neurosurgeri.
  3. Menggalakkan penyelidikan dan penemuan terbaru dalam   bidang Neurosurgeri.

WAWASAN

Untuk mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan Neurosurgeri dan sebagai pusat rujukan untuk penyelidikan, latihan, pendidikan dan pengkhususan kepakaran.

MISI

Untuk menyediakan perkhidmatan Neusurgeri yang efisen dan berkualiti melalui penyesuaian tertentu yang prosefional dan beretika.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Memberi rawatan secara professional dan berkualiti.
  2. Memberi layanan kepada semua pelanggan dengan penuhhormat mesra, baik, bertanggungjawab, jujur serta ikhlas.
  3. Memberi jaminan kehormatan, maklumat mengenai pesakit, penyakit dan rawatannya adalah terpelihara dan rahsia tertakluk kepada undang-undang.
  4. Memberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasukrisiko serta pilihan lain.
  5. Memberi perkhidmatan secepat yang mungkin.

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Memberikan rawatan dignosis, therapeutic, nursing dan rawatan rehabilitasi kepada pesakit.
  2. Memberikan rawatan perkhidmatan 24 jam.
  3. Memberikan khidmat, nasihat dan bimbingan kepada pesakit Neurosurgeri.
  4. Menyediakan rancangan latihan berterusan kepada kakitangan hospital.
  5. Jabatan ini menyediakan perkhidmatan seperti di bawah :-
  • Rawatan pesakit luar (Trauma, Non-Trauma & Neuro Endocrine)
  • Rawatan pesakit dalam
  • Pembedahan Neuro (Kecemasan & Elektif)
  • Day Care Surgery
BIL JENIS PERKHIDMATAN WAKTU PERKHIDMATAN
1. Klinik Non Trauma Setiap Hari Isnin & Rabu
8.00 pagi – 5.00 petang
2. Klinik Trauma Setiap Hari Selasa & Khamis
8.00 pagi – 5.00 petang
3. Klinik Endocrine Hari Rabu (minggu pertama & ketiga) setiap bulan
8.00 pagi – 5.00 petang
4. Hari Pembedahan Elektif Setiap Hari Selasa & Khamis
8.00 pagi – 8.00 malam

LOKASI

Jabatan Pembedahan Neuro adalah sebuah jabatan yang terletak di di Tingkat 1, Kompleks Klinik Pakar.