• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Pembedahan
  • Jabatan Pembedahan Plastik

Jabatan Pembedahan Plastik

TEL : 05-2087486

CARTA ORGANISASI (Sedang Dikemaskini)

PENGENALAN

Unit Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif telah mula beroperasi sejak 1 Disember 1994 dengan adanya seorang Pakar Perunding Pembedahan Plastik iaitu Dato’ Dr. M. Subramaniam. Pada awalnya unit ini telah bermula dengan menumpang di unit S.O.P.D ( Klinik Pembedahan Am) sehingga Julai 1996.

Pada bulan Ogos 1996, klinik ini telah berpindah bersebelahan bilik kecemasan. Pada waktu itu, unit ini hanya mempunyai dua orang Pegawai Perubatan, seorang Penolong Pegawai Perubatan, seorang Jururawat, seorang Penolong Jururawat dan seorang Penolong Perawatan Kesihatan.

Pesaraan Opsional Pakar Perunding Pembedahan Plastik Dato Dr. M. Subramaniam pada Mei 1999 telah menyebabkan fungsi klinik ini telah terbengkalai. Unit ini tidak dapat berfungsi sepenuhnya selama Sembilan bulan sehingga bulan januari 2000. Pakar Perunding Pembedahan Plastik dari Kuala Lumpur membuat lawatan sebulan sekali.

Unit Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif ini mula beroperasi sepenuhnya apabila Mr. Lim Yang Kwang, Pakar Perunding Pembedahan Plastik mengambil alih tugas pada bulan Februari 2000. Bilangan kakitangan sokongan tambahan dengan penambahan seorang Penolong Pegawai Perubatan pada 2001. Pegawai Perubatan di unit ini silih berganti. Unit Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif ini telahberpindah ke tempat baru di Kompleks Kilinik-Klinik Pakar pada bulan Februari 2004. Bilangan kakitanggan sekarang ialah Doktor Pakar dua orang, Pegawai Perubatan sepuluh orang, Penolong Pegawai Perubatan U32 seorang, Penolong Pegawai Perubatan U29 tiga orang, Jururawat KUP U32 dua orang, Jururawat Masyarakat seorang, Pembantu Tadbir seorang dan Penolong Perawatan Kesihatan dua orang.

Kemudahan-kemudahan yang terdapat di Unit Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif ialah:

  • Perkhidmatan Pesakit Luar
  • Pembedahan Plastik dan Kebakaran
  • Klinik Rawatan Kiloid
  • Klinik Rawatan Kebakaran
  • Pembedahan-pembedahan Kecil

OBJEKTIF AM JABATAN

  • Menyelamatkan nyawa.
  • Memulihkan struktur tubuh badan yang mengalami kecederaan untuk mengekalkan tahap kualiti hidupdan mengembalikan fungsi suatu penampilan yang normal.
  • Membaik pulih kecacatan akibat kecederaan,kecacatan semulajadi (congenital) atau neoplasia.

PRINSIP AMALAN

  • Keutamaan diberi kepada kes-kes kecederaan dan kecemasan
  • Rawatan segera disamping layanan yang mesra

WAWASAN

Sebagai Pusat Yang Terunggul ( Centre of Excellence ) yang menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan yang berkualiti tinggi di samping menjadi pusat rujukan kes-kes pembedahan plastik untuk Negeri Perak Darul Ridzuan

OBJEKTIF SPESIFIK

  • Memberikan rawatan tertentu untuk menyelamatkan nyawa dan mengelakkan komplikasi
  • Memberikan rawatan khas dan spesifik supaya pesakit dapat sembuh dengan cepat dan pulih kepada keadaan asal.
  • Memberikan rawatan yang berkesan dan kos efektif.
  • Memberikan rawatan susulan yang berkesan untuk mengelakkan komplikasi, khasnya untuk kes-kes kebakaran.

VISI

Selaras dengan visi KKM, Visi Hospital Raja Permaisuri Bainun adalah Negara menggembeling tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik

MISI

Kami berusaha untuk meningkatkan kemahiran profesionalisme, kerja berpasukan, inovatif dan produktiviti kami untuk membantu rakyat bagi mencapai aspirasi negara.

PIAGAM PELANGGAN

Kami di Klinik Pembedahan Plastik & Rekonstruktif, Hospital Ipoh bersedia dan berusaha membantu dan bekerjasama dengan anda dalam menyelesaikan apa-apa masalah berkenaan kesihatan anda dan seterusnya bersetuju seperti berikut :-

  1. Setiap pelanggan akan diberi rawatan perubatan berkualiti yang sewajarnya.
  2. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ilkhlas.
  3. Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa kehormatannya akan terpelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.
  4. Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.
  5. Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan secepat mungkin iaitu :-
  • Pendaftaran : 10 minit
  • Pemeriksaan doktor : 30 - 45 minit
MASA / HARI
8.00 pg - 9.30pg
9.30pg - 1.00 t/hari
1.00t/hari -2.00ptg
2.00ptg - 5.00ptg
ISNIN
Lawatan Ke Wad
Klinik
Rehat
Klinik Keloid
SELASA
HARI PEMBEDAHAN (8.00pg - 8.00 mlm)
RABU
Lawatan Ke Wad
Klinik
Rehat
Pembedahan Kecil/Laser
KHAMIS
HARI PEMBEDAHAN
Klinik Rawatan Kebakaran
(Minggu Ke 2)
JUMAAT
Lawatan Ke Wad
Pembedahan Kecil
Rehat
(12.15 t/hari – 2.45 ptg)
Mesyurat Unit Minggu Pertama CME
(Minggu Ke 2 dan ke 4 Mesyuarat Pakar)

LOKASI

Secara fizikalnya Jabatan Pembedahan Plastik & Rekonstruktif terletak di lokasi Komplek Pakar di aras bawah di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Ianya terletak di Blok C.