• Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Pembedahan
  • Jabatan Pergigian Pediatrik

Jabatan Pergigian Pediatrik

TEL : 05-2087472

 

CARTA ORGANISASI

 

PENGENALAN

Jabatan Pergigian Pediatrik menyediakan satu perkhidmatan komprehensif yang merangkumi perkhidmatan diagnostik, terapeutik, pemulihan, promotif serta pencegahan untuk kes-kes pergigian. Pesakit yang dirawat adalah dalam lingkungan umur 0 hingga 16 tahun pada masa rujukan. Jabatan ini juga merupakan pusat rujukan untuk seluruh negeri Perak bagi kes-kes rawatan bedah mulut dan kes-kes kecemasan yang melibatkan pesakit pediatrik.

 

OBJEKTIF

  1. Memberikan perkhidmatan kepakaran pergigian berunsurkan kaedah pencegahan, konservatif, kuratif serta pemulihan kepada kanak-kanak berumur 16 tahun ke bawah dengan penumpuan kepada kanak-kanak keperluan khas dan kanak-kanak bermasalah perubatan.
  2. Menentukan setiap anggota jabatan mendapat latihan dan pendidikan berterusan melalui Pendidikan Pergigian Berterusan, Perkembangan Professional Berterusan, Kursus Basik serta Kursus Pos Basik.
  3. Terlibat secara aktif dalam penyelidikan kesihatan  pergigian  serta aktiviti kualiti yang lain supaya dapat terus meningkatkan kualiti perkhidmatan.

VISI

Jabatan Pergigian Pediatrik berusaha untuk menjadi satu Pusat Perkhidmatan Kepakaran Pergigian Pediatrik yang cemerlang dengan memberi perkhidmatan yang menyeluruh, efektif dan efisien melalui satu sistem kesihatan yang  berpatutan dan mementingkan pesakit.

MISI

Meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak melalui promosi kesihatan pergigian dan menyediakan penjagaan kesihatan pergigian yang:

  • Responsif dan sensitif kepada keperluan pesakit
  • Sesuai dengan perkembangan teknologi terkini
  • Diberikan oleh anggota-anggota yang terlatih, berprofessional, mempunyai semangat berpasukan dan bersikap penyayang di dalam persekitaran yang kondusif, selesa dan ceria

 

 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Klinik Pakar Pergigian Pediatrik hanya menerima kes-kes rujukan sahaja.
  2. Setiap pelanggan yang dirujuk akan diberi temujanji terlebih dahulu untuk pemeriksaan dan rundingan diikuti dengan temujanji susulan untuk rawatan.
  3. Temujanji diberi akan berasaskan keutamaan dan kesesuaian masa.
  4. Keutamaan akan diberi kepada kes-kes yang memerlukan rawatan kecemasan.
  5. Semua pelanggan yang hadir mengikut masa temujanji akan diperiksa atau dirawat dalam masa 90 minit selepas didaftarkan.
  6. Penjelasan yang sewajarnya akan diberikan berhubung masalah yang dialami, pilihan rawatan, prosedur rawatan serta kos jika berkaitan.
  7. Segala maklumat berkaitan pelanggan akan dirahsiakan dan hanya pihak tertentu sahaja yang mempunyai capaian kepada maklumat tersebut.

 

SKOP PERKHIDMATAN

  • Berfungsi sebagai pusat rawatan utama negeri Perak untuk kes-kes pergigian pediatrik  termasuk kes-kes, trauma maksilo-fasial, lesi mulut, pesakit bermasalah perubatan dan kes-kes rujukan dari disiplin dan klinik periferi yang lain.
  • Perkhidmatan pesakit luar merangkumi konsultasi dan rawatan kepakaran pergigian  untuk kes-kes “Early childhood caries”,  kes anomali pergigian, kes klef bibir dan lelangit, kes periodontal serta kes patologi dan perubatan mulut.
  • Perkhidmatan kecemasan untuk kes-kes infeksi akut oro-fasial dan kes trauma pergigian serta trauma maksilo –fasial.
  • Rawatan pesakit dalam – menerima rujukan daripada disiplin-disiplin lain di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
  • Perkhidmatan pembedahan elektif, pembedahan day care, pembedahan kecemasan di bawah bius am.
  • Menjalankan rawatan di bawah sedasi dan inhalasi.
  • Rawatan restorasi advanced, rawatan kanal akar, interseptif orthodontics, prostesis maksilo-fasial dan lain-lain rawatan restoratif.
  • Perkhidmatan klinik konsultasi multidisiplin dengan bidang kepakaran pergigian lain dari kepakaran pembedahan mulut, ortodontik, restoratif dan periodontik.
  • Rawatan pergigian pencegahan.
  • Menjadi pusat latihan amali bagi pelbagai personel pergigian dalam latihan serta menjalan aktiviti pendidikan pergigian berterusan untuk semua anggota dalam perkhidmatan yang berkenaan.

 

 

 

WAKTU OPERASI

HARI

8.00am – 1.00pm

2.00pm – 5.00pm

ISNIN

Minggu pertama dan ketiga pembedahan bius am (day care)

Kes pembedahan mulut minor dibawah bius setempat

Kes rawatan susulan

Kes rawatan susulan

Kes rawatan restoratif kompleks

SELASA

Minggu kedua dan keempat pembedahan bius am GOT

Kes Rawatan susulan

 Kes rawatan susulan

RABU

Kes perundingan pertama

Kes 1st post op review

Kes rawatan susulan

Kes rawatan restoratif kompleks

KHAMIS

Kes rawatan restoratif  kompleks

Kes preop review

Kes perundingan pertama

Kes rawatan susulan

Minggu kedua – Combine Clinic

JUMAAT

Kes pembedahan mulut minor dibawah bius setempat

Kes rawatan Susulan

2.45 – 5.00pm

CDE/Journal Club/ Mesyuarat Jabatan

LOKASI

Jabatan Pergigian Pediatrik berlokasi di Tingkat 2 bangunan kompleks pakar di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Pesakit Pergigian Pediatrik akan dimasukkan di Wad 5D, Wad 6A, Wad 1A atau Wad 2B jika perlu.