• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Bukan Klinikal
  • Unit Kejuruteraan

Unit Kejuruteraan

TEL : 05-2085000 samb : 5095

Carta Organisasi

PENGENALAN

Unit Kejuruteraan merupakan unit sokongan klinikal diletakkan di Bahagian Klinikal hospital. Tujuan utama unit ini adalah mengawalselia perkhidmatan sokongan hospital oleh syarikat konsesi, Faber Medi-Serve Sdn.Bhd. (ditukarkan kepada Edgenta Mediserve Sdn. Bhd. melalui kontrak perjanjian Perkhidmatan Sokongan Hospital baharu mulai April 2015). Selain itu, tugas Unit Kejuruteraan termasuklah merancang, menyelaras dan memantau dan  projek – projek kejuruteraan yang dijalankan di kawasan hospital serta memberi nasihat teknikal berkaitan sistem-sistem kejuruteraan.

Unit kejuruteraan diketuai oleh Penolong Pengarah Kanan, J44 (Jurutera Elektrik) dan dibantu oleh seorang Penolong Pengarah, J41 (Jurutera Awam) dan seorang Penolong Jurutera (Awam) J29 serta seorang Pembantu Tadbir N17 yang digunasama dengan unit Pembangunan & Penswastaan. Operasi unit ini dikukuhkan lagi dengan bantuan daripada Unit Kejuruteraan Jabatan Kesihatan Negeri yang bertindak mengawalselia kesemua unit kejuruteraan di negeri Perak.

OBJEKTIF

  1. Memantau perlaksanaan penswastaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) di Hospital.
  2. Memastikan Khidmat Sokongan Hospital yang diberikan adalah cekap dan selamat.
  3. Melindungi kepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengguna-pengguna hospital dengan memastikan keperluan di dalam perjanjian konsesi dipenuhi.
  4. Memastikan Sistem-Sistem Kejuruteraan Di Hospital berada dalam keadaan baik dan berfungsi sepenuhnya.
  5. Merancang dan melaksanakan program – program di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ).
  6. Memberikan khidmat nasihat teknikal dalam bidang kejuruteraan.

VISI

Menyediakan organisasi terdiri daripada pasukan kerja professional yang cekap dan berkemahiran tinggi dalam penyediaan perkhidmatan kejuruteraan dan saintifik yang berkualiti dan berinovatif di Hospital Raja Permaisuri Bainun serta di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia.

MISI

Memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada:-

  • Pembangunan dasar yang berkaitan perkhidmatan kejuruteraan fasiliti kesihatan.
  • Perancangan, pelaksanaan dan pemantauan perkhidmatan kejuruteraan fasiliti kesihatan dan perkhidmatan sokongan institusi kesihatan.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Merancang dan melaksanakan program – program di bawah BPK.
  2. Melaksanakan projek baru dan naiktaraf di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia melalui tatacara pengurusan projek yang berkualiti dengan mengambil kira keseluruhan aspek kejuruteraan dan keperluan peralatan perubatan.
  3. Memberi khidmat nasihat teknikal dalam bidang kejuruteraan dan saintifik di bawah bidang tanggungjawab Operasi Kejuruteraan Hospital.
  4. Menyedia dan memantau perlaksanaan program penyelenggaraan kejuruteraan di bawah institusi kesihatan.
  5. Merancang dan melaksanakan program – program di bawah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPK), memberikan khidmat nasihat teknikal dalam bidang kejuruteraan dan memantau pelaksanaan projek - projek yang berlaku di dalam Hospital.
  6. Melaksanakan projek baru dan naiktaraf kemudahan kesihatan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia melalui tatacara pengurusan projek yang berkualiti, dengan mengambil kira keseluruhan aspek kejuruteraan dan keperluan peralatan perubatan.
  7. Menyedia dan memantau pelaksanaan program penyelenggaraan kejuruteraan di hospital serta klinik kesihatan dibawah pemantauan hospital.

SKOP PERKHIDMATAN

Fungsi utama unit kejuruteraan adalah :

  1. Membuat pemantauan terhadap PSH yang diberikan oleh syarikat konsesi serta memastikan sistem-sistem kejuruteraan di hospital berada dalam keadaan operasi.
  2. Memantau perlaksanaan penswastaan PSH bagi perkhidmatan pengurusan fasiliti (FMS), kejuruteraan fasiliti (FEMS), kejuruteraan biomedikal (BEMS), pendobian (LLS), pencucian (CLS) dan pengurusan sisa-sisa klinikal (HWMS) agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak dalam Perjanjian Konsesi.
  3. Mengeluarkan Non Conformance Report(NCR) terhadap segala ketidakpatuhan yang dilakukan oleh syarikat konsesi
  4. Memberi khidmat nasihat teknikal dan profesional termasuk penyediaan spesifikasi berkenaan kerja-kerja kecil kejuruteraan  dan pemantauan projek serta pembelian dan penggantian alat perubatan.
  5. Membantu dalam pengeluaran Sijil Perakuan Pelupusan bagi peralatan/aset mekanikal, elektrikal, dan biomedikal yang berkaitan dengan melakukan pemeriksaan fizikal dan teknikal apabila perlu. Kerja-kerja termasuk mengesahkan Sijil Perakuan Pelupusan peralatan jentera/ mekanikal.
  6. Menjadi Pegawai Penyelaras Aset dan urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset hospital.

WAKTU OPERASI

HARI MASA
Isnin - Khamis 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 12.15 tengahari - 2.45 petang

LOKASI

Bangunan Unit Kejuruteraan berada bersebelahan dengan Blok Unit Sumber Manusia, iaitu di dalam kawasan Kolej Kejururawatan lama