• Perkhidmatan
  • Sokongan Bukan Klinikal
  • Unit Pentadbiran

Unit Pentadbiran

TEL : 05-2085000 samb : 5030

CARTA ORGANISASI (Sedang Dikemaskini)

PENGENALAN

Unit Pentadbiran merupakan tulang belakang kepada Bahagian Pengurusan Hospital Raja Permaisuri Bainun. Ianya diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Gred M48 dan dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir Tinggi N26 serta 1 orang Pembantu Tadbir Kanan N22 dan 2 orang Pembantu Tadbir N22(KUP). Jumlah pegawai dan anggota di Unit Pentadbiran adalah seramai 91 orang.

OBJEKTIF

Memberi perkhidmatan yang efektif dan berkesan untuk mencapai matlamat Hospital Raja Permaisuri Bainun sebagai ‘Pusat Kecemerlangan’ dalam perkhidmatan ‘Pengurusan Pesakit’ (Patient Care).

VISI

Selaras dengan Visi KKM, Visi Hospital Raja Permaisuri Bainun adalah Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

MISI

Selaras dengan MISI KKM, MISI Hospital Raja Permaisuri Bainun ialah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:

  1. Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
    • Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
    • Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
    • Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
  2. Untuk Memastikan system kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
    • Mengutamakan pelanggan
    • Saksama
    • Tidak membebankan
    • Cekap
    • Wajar mengikut teknologi
    • Boleh disesuaikan mengikut persekitaran
    • Inovatif
    • Dengan menekankan:
    • Sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
    • Sifat menghormati maruah insan
    • Penglibatan masyarakat

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji bahawa:

  • Sentiasa memberi layanan mesra, prihatin dan bertanggungjawab.
  • 100% surat rasmi diterima dan diklasifikasikan sebagai SEGERA akan diedarkan/faks pada hari yang sama. Untuk surat diterima selepas jam 4.30 petang, pegawai atau anggota berkenaan akan dimaklumkan melalui telefon dan penghantaran surat akan dibuat pada keesokan hari bekerja.
  • 95% surat dalaman biasa akan diedarkan dalam tempoh satu (1) hari waktu bekerja.
  • 90% surat luaran biasa (malalui pos) akan dihantar dalam tempoh satu (1) hari bekerja (sebelum jam 9.00 pagi setiap hari)
  • 85% Pos Laju dan Pos Berdaftar akan dihantar pada hari yang sama (untuk penerimaan sebelum jam 4.00 petang)
  • 90% faks yang diterima akan diedarkan pada hari yang sama. Faks yang diterima selepas jam 4.30 petang akan diedarkan pada keesokan hari bekerja.
  • 95% fail baru dibuka serta merta dari tarikh permohonan diterima
  • 100% permohonan untuk penggunaan bilik mesyuarat, bilik konferens, bilik seminar dan auditorium akan dimkalumnkan status kelulusan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas permohonan diterima tertakluk kepada kekosongan fasiliti.
  • 100% permohonan untuk mendapatkan kenderaan rasmi bagi pegawai kerajaan Gred Utama/Khas diproses dalam masa tidak lebih dari tiga (3) hari bekerja dari tarikh mendapat permohonan dan dokumen lengkap dari pegawai dan ke JKN untuk tindakan selanjutnya.
  • 100% permohonan kenderaan jabatan akan diproses untuk kelulusan dalam masa tidak lebih dari tiga (3) hari bekerja dari tarikh menerima permohonan lengkap tertakluk kepada kekosongan kenderaan kecuali kes kes kecemasan.
  • 100% permohonan memasuki asrama Pegawai Perubatan dan Jururawat akan diproses untuk kelulusan dalam masa tidak lebih dati tiga (3) hari bekerja dari tarikh menerima permohonan lengkap tertakluk kepada kekosongan asrama.
  • 95% permohonan telefon bimbit oleh kakitangan yang berkelayakan akan diproses untuk kelulusan dalam masa tidak lebih dari tiga (3) hari bekerja dari tarikh menerima permohonan lengkap.
  • 50% permohonan telefon dan talian telefon akan diproses untuk kelulusan dalam masa tidak lebih dari tujuh (7) hari bekerja dari tarikh menerima permohonan lengkap.

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Pentadbiran Am
    • Daftar Surat Keluar dan Masuk
    • Sistem Fail
    • Pos Laju dan Kurier
    • Talian Telefon Hospital dan Asrama
    • Papan Notis/ Papan Kenyataan
    • Pergerakan Pemandu dan Kenderaan Jabatan
    • Pengurusan Bahan Api Hospital
    • Pengurusan Kad Inden Minyak Kenderaan Jabatan
    • Permohonan Talian Fax Jabatan
    • Kad Perakam Waktu
    • Kaunter Khidmat Pelanggan
    • Laporan Tahunan Jabatan
    • Urus Setia majlis, Aktiviti dan Mesyuarat Jabatan
    • Pengurusan Ahli Lembaga Pelawat
  2. Pentadbiran Personel
    • Permohonan Kelulusan Pembelian Telefon Bimbit
    • Permohonan Kelulusan Bayaran Caj Telefon Bimbit
    • Permohonan Rombongan Putugas Jemaah Haji
    • Permohonan Anugerah Dan Pingat Kebesaran
    • Permohonan Kuarters dan Asrama
    • Permohonan Parkir Kakitangan
    • Permohonan Kenderaan JUSA
    • Permohonan Kelulusan Kad Inden Minyak JUSA
      Permohonan Kad Touch N Go dan Tambah Nilai Untuk JUSA
    • Pengurusan Saman Kenderaan Jabatan dan JUSA
  3. Fasiliti dan Persekitaran
    • Parkir Pegawai Kanan Hospital
    • Papan Tanda (signages)
    • Bilik Mesyuarat
    • Bilik Seminar Pakar
    • Bilik Seminar
    • Bilik Konferens
    • Auditorium
    • Peralatan PA Sistem

WAKTU OPERASI

HARI MASA
Isnin - Khamis 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 12.15 tengahari - 2.45 petang

LOKASI

Unit Pentadbiran
Tingkat 4, Kompleks Rawatan Harian (ACC)
Hospital Raja Permaisuri Bainun
Jalan Raja Ashman Shah
31450 Ipoh, Perak