• Perkhidmatan
  • Sokongan Bukan Klinikal
  • Unit Teknologi Maklumat

Unit Teknologi Maklumat

TEL : 05-2085000 samb : 5340

CARTA ORGANISASI

PENGENALAN

Unit Teknologi Maklumat (ICT) adalah salah satu dari unit di bawah Pejabat Pengurusan Hospital Raja Permaisuri Bainun yang berada di aras 3 Kompleks Rawatan Harian HRPB. Unit ini telah ditubuhkan pada awal tahun 2004 dengan pengisian perjawatan Penolong Pegawai Sistem Maklumat dan Juruteknik Komputer.

ICT ditubuhkan adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap kecekapan perlaksanaan program ICT melalui selenggaraan sistem aplikasi, peralatan komputer, perkhidmatan nasihat rundingcara  perolehan produk ICT dan aktiviti-aktiviti celik komputer di kalangan warga hospital.

OBJEKTIF UMUM

Menyediakan perkhidmatan ICT yang cekap kepada semua jabatan dan unit bagi meningkatkan kualiti operasi harian HRPB

OBJEKTIF KHUSUS

  • Memberikan maklumbalas dalam tempoh tigapuluh (30) minit bagi aduan kritikal dan empat (4) jam bagi aduan bukan kritikal selepas menerima aduan.
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pembetulan (corrective) dalam tempoh (4) jam bagi aduan kritikal dan (2) hari bagi aduan bukan kritikal.

VISI

Ke arah memodenkan pentadbiran HRPB dengan teknologi ICT yang terkini dan melahirkan  warga hospital yang membudayakan ICT untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, cepat dan cekap.

MISI

Menyediakan kemudahan infrastruktur dan infrostruktur yang bertaraf nasional seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi terkini bagi menjamin sistem perkhidmatan sentiasa boleh dicapai setiap masa dan di mana-mana secara online.

SLOGAN

Ke Arah Warga Hospital Yang Membudayakan ICT.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Terdapat enam (6) teras perkhidmatan ICT yang ditawarkan kepada pengguna seperti berikut :

  1. Selenggaraan perisian sistem, perkakasan dan aplikasi sistem
  2. Kemudahan infrastruktur rangkaian dan internet.
  3. Khidmat nasihat dan rundingcara perolehan produk ICT.
  4. Latihan pembudayaan ICT.
  5. Kajian dan pembangunan sistem aplikasi.
  6. Teknikal persembahan.

PROSEDUR ADUAN KEROSAKAN

  1. ICT bertanggungjawab menerima semua aduan kerosakan peralatan komputer yang dilaporkan dan melakukan kerja-kerja membaik pulih.
  2. Jika peralatan tersebut telah dilabelkan (tagging) untuk Program Preventive Maintenance (PPM), tanggungjawab membaikpulih adalah dibawah seliaan Faber Medi-Serve Sdn. Bhd.. Pengguna boleh melaporkan terus aduan dengan mendail nombor 5555
  3. Semua aduan kerosakan boleh disalurkan melalui telefon, lisan, e-mail atau secara bertulis oleh pengguna dengan menyertakan maklumat pelapor dan butir-butir kerosakan. Aduan akan dilayan mengikut keutamaan kes dan senarai menunggu pegawai bertugas.
  4. Pegawai ICT akan membuat penyiasatan ke tapak lokasi selepas aduan diterima. Pelan cadangan pemulihan atau program perolehan alat ganti akan dikemukakan kepada pengguna mengikut kesesuaian kes.
  5. Aduan yang melibatkan sistem aplikasi dan operasi jabatan adalah dianggap kritikal dan akan diberi keutamaan yang tinggi.

WAKTU OPERASI

HARI MASA
Isnin - Khamis 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 12.15 tengahari - 2.45 petang

LOKASI

Unit Teknologi Maklumat
Aras 3, Kompleks Rawatan Harian (ACC)
Hospital Raja Permaisuri Bainun
Jalan Raja Ashman Shah
30450 Ipoh, Perak

NOMBOR TELEFON

Kaunter : 05-2085342
Bahagian Teknikal/ Rangkaian : 05-2085343
Bahagian Aplikasi/Multimedia/Latihan & Pengurusan : 05-2085345/5344/5340
Ketua Unit : 05-2085338