• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Bukan Klinikal
  • Unit Hal Ehwal Islam

Unit Hal Ehwal Islam

TEL : 05-2085000 samb : 5105

FAKS : 05-2531541

CARTA ORGANISASI

PENGENALAN

Penubuhan Unit Hal Ehwal Islam sebagai satu makanisme demi menjaga  kemaslahatan orang Islam dari sudut rohani dan jasmani selaras dengan tuntutan syariat Islam serta menghasilkan pengurusan yang berteraskan nilai dan etika Islam.

Unit Hal Ehwal Islam memberi perkhidmatan berkaitan dengan hal ehwal Islam di Hospital Raja Permaisuri Bainun dengan penuh berhikmah dan bertanggungjawab.

Unit Hal Ehwal Islam juga berperanan untuk merancang dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti kesedaran, kerohanian dan penerapan nilai-nilai Islam peringkat Hospital Raja Permaisuri Bainun.

VISI

Membentuk masyarakat Islam yang mesra ibadah.

MISI

Mewujud dan membentuk pengurusan hal ehwal Islam yang dinamik, efisien, cekap dan teratur.

OBJEKTIF

  1. Berusaha dalam memberi dan meningkatkan kefahaman serta penghayatan Islam yang berterusan kepada masarakat beragama Islam yang terdiri daripada kakitangan hospital, pesakit-pesakit dan keluarga pesakit dalam perkara berkaitan hal ehwal Islam menerusi pendidikan dan bimbingan Islam;
  2. Menyebar, memupuk dan membimbing ke arah pemantapan ajaran Islam kepada kakitangan Islam Hospital Raja Permaisuri Bainun dengan kaedah yang berkesan dari segi aqidah, syariah, akhlak dan muamalah Islam demi melahirkan generasi umat Islam yang komited, amanah dan berhikmah;
  3. Bertindak sebagai pemudahcara bagi isu berkaitan fiqh ibadah, fiqh perubatan dan Hal Ehwal Islam kepada pegawai dan pengamal perubatan, pesakit serta waris pesakit di hospital. 
  4. Menerapkan budaya kerja sebagai satu ibadah dalam kehidupan dan kesedaran mengenai tugas dan tanggungjawab sebagai satu Amanah
  5. Menjadikan program Hospital Mesra Ibadah (HMI) sebagai satu perkhidmatan yang diiktiraf oleh pelanggan di hospital.
  6. Mengintegrasikan rawatan fizikal, mental, psikologikal dan spiritual selaras dengan takrif kesihatan oleh World Health Organisation (WHO)

SKOP PERKHIDMATAN

BIL SKOP PERKHIDMATAN FUNGSI UTAMA
1 Tanggungjawab Kepada Hospital
  • Mewujudkan Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (JKHMI)
  • Bertanggungjawab terhadap semua program dan aktiviti berkaitan Hal Ehwal Islam peringkat hospital.
2 Perkhidmatan Kepada Kakitangan
  • Latihan dan Pembangunan Insan kepada kakitangan.
  • Menyelaras program - program latihan serta melaksanakan program penerapan nilai - nilai Islam secara berhikmah, terancang dan berkualiti
  • Rujukan serta khidmat nasihat keagamaan kepada kakitangan.
3 Perkhimatan Kepada Pesakit, Ahli Keluarga dan Waris Pesakit
  • Perkhidmatan berkaitan Hal Ehwal Islam kepada pesakit, ahli keluarga dan waris.
  • Khidmat nasihat dan bimbingan kerohanian kepada pesakit, ahli keluarga dan waris;
  • Ziarah dan bimbingan pengurusan ibadah pesakit;
  • Mengawal selia pengurusan jenazah Islam :
    • Berwaris
    • Tanpa Waris
    • Saudara Baru
    • Tidak Dituntut
  • Menyediakan bahan - bahan penerbitan berunsur Islam

SENARAI TUGAS DAN AKTIVITI

  1. Bertanggungjawab kepada Pengarah hospital dan Timbalan Pengarah berkaitan pengurusan hal ehwal Islam peringkat hospital;
  2. Mengetuai dan mengawasi Unit Hal Ehwal Islam agar mengikut perancangan yang telah dibuat dan ditetapkan;
  3. Menyelia dan merancang serta mengendalikan bahagian pentadbiran unit dan keperluan kewangan serta anggaran peruntukan kewangan tahunan aktiviti Unit Hal Ehwal Islam;
  4. Merancang dan melaksana program dan aktiviti kesedaran dan penerapan nilai-nilai Islam serta kerohanian dan mempromosi Pendekatan Nilai-nilai Islam di peringkat hospital samada berbetuk sambutan hari kebesaran Islam atau majlis-majlis rasmi yang berbentuk keagamaan (Islam);
  5. Menyelaras dan menentukan bentuk kerjasama tentang segala program, aktiviti, garis panduan dan ketetapan mengenai Islam dengan JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri, Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan;
  6. Memberi khidmat nasihat, panduan berkaitan agama Islam serta bimbingan kerohanian kepada semua kakitangan hospital, pesakit-pesakit dan keluarga yang beragama Islam;
  7. Merancang, mengurus dan melaksana aktiviti ziarah yang berjadual dengan memberi penekanan kepada bimbingan ibdah pesakit seperti wudhu’, tayammum dan tatacara solat yang betul kepada pesakit-pesakit di wad.
  8. Mengurus dan membantu urusan-urusan berhubung dengan kes-kes tuntutan jenazah termasuk pengurusan jenazah yang berwaris, tanpa waris,saudara baru termasuklah kes-kes siasatan forensik yang dirujuk dan tatacara pengendalian pesakit mengikut syariat Islam;
  9. Mengurus dan membantu urusan-urusan berhubung dengan pengazanan dan iqamah serta tahnik kepada bayi yang baru lahir serta kes-kes lahir tanpa nikah yang dirujuk;
  10. Menyedia, merangka dan membekalkan bahan-bahan risalah pendidikan keagamaan untuk rujukan dan panduan kepada pesakit, keluarga pesakit dan kakitangan hospital;
  11. Memantau surau-surau hospital dengan memastikan peralatan ibadah sentiasa bersih dan mencukupi;
  12. Menyelaras dan mengurusetiakan kursus, bengkel, seminar, latihan, CME dan ceramah-ceramah penerapan nilai-nilai Islam yang telah dijadualkan;
  13. Menjadi tenaga penceramah kepada bengkel, seminar, latihan dan CME;
  14. Merangka teks-teks doa rasmi dan mengetuai bacaan doa bagi majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan;
  15. Menyediakan laporan-laporan bulanan dan tahunan aktiviti Unit hal Ehwal Islam mengikut format yang telah ditetapkan;
  16. Menghadiri mesyuarat penyelarasan penggerak Mesra Ibadah di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri; dan
  17. Menjalankan tugas-tugas yang di arahkan dari masa ke masa.

LOKASI

Unit Hal Ehwal Islam
Tingkat 4, Kompleks Rawatan Harian,
Hospital Raja Permaisuri Bainun
Jalan Raja Ashman Shah
30450 Ipoh
Perak darul Ridzuan