• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Bukan Klinikal
  • Unit Kewangan

Unit Kewangan

TEL : 05-2085000 samb : 5048

CARTA ORGANISASI (Sedang Dikemaskini)

PENGENALAN

Unit  Kewangan merupakan salah satu unit dalam Bahagian Pengurusan Hospital Raja Permaisuri Bainun yang dianggotai oleh 52 orang dan diketuai oleh seorang Akauntan W44.

OBJEKTIF

  • Memastikan sistem pengurusan kewangan dan akaun berjalan dengan cekap dan berkesan dengan mematuhi segala kehendak Akta, Prosedur serta Pekeliling yang berkuatkuasa serta yang dikeluarkan dari masa ke semasa.
  • Mengawal peruntukan  dan  perbelanjaan  Hospital   Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
  • Menentukan  jumlah  peruntukan  dan  perbelanjaan  dicaj  bawah  pusat-pusat  tanggungjawab  dan  aktiviti  yang  betul.
  • Menentukan   perbelanjaan  adalah  selaras  dengan  visi, misi, polisi dan dasar Jabatan  dan  ianya  disokong  dengan butir-butir  lengkap.
  • Menentukan  bayaran  gaji, elaun-elaun,  bekalan  dan  perkhidmatan  dijelaskan   dalam  tempoh  masa  yang ditetapkan seperti di dalam Piagam Pelanggan.
  • Memastikan  rekod-rekod  perbelanjaan  diselenggara  dengan  betul  dan  kemaskini.
  • Memastikan bayaran hasil hospital dipungut berpandukan kepada prosedur-prosedur kewangan seperti Akta Fee 1951, Perintah Fee (Perubatan) 1982, Perintah Fee (Perubatan) (Pindaan) (No.2) 1994, Perintah Fee (Perubatan) (Pindaan) 2003, Perintah Am Bab F dan pindaan-pindaan yang dikeluarkan selepas itu serta pekeliling-pekeliling berkaitan.

FUNGSI

  • Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Pengurusan Kewangan & Akaun Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Tanggungjawab Jawatankuasa ini adalah untuk membantu Pengarah Hospital memantau, mengawasi, mengesan dan menyelia semua urusan kewangan dan akaun supaya menepati kehendak Akta Prosedur Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling dan Surat Pekeliling yang berkaitan . Pada tahun 2010 jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak 6 kali.
  • Menguruskan belanjawan tahunan di mana Batas Perbelanjaan yang diagihkan kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun, akan dibelanjakan mengikut program/ aktiviti yang ditetapkan didalam Perjanjian Program dan dikaji semula dalam Pemeriksaan Semula Bajet pada pertengahan tahun.
  • Menguruskan segala perbelanjaan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh yang terdiri daripada pembayaran emolumen / gaji dan elaun-elaun tetap, Elaun Lebih Masa, Elaun Kerja Luar Waktu Bekerja Biasa (On-Call), Elaun Jahitan, Tuntutan Perjalanan dan Sara Hidup (untuk tugas rasmi dan kursus), Pertukaran, Laporan Perubatan, Saraubat, Bayaran Bil/Invois untuk perkhidmatan atau pembelian yang telah dilakukan.
  • Penyelenggaraan buku vot dan penyesuaian buku vot untuk menghasilkan rekod perakaunan yang teratur dan tepat.
  • Menjanakan sistem pelaporan bulanan, sukutahunan, tahunan dan berkala serta menjawab pertanyaan audit.
  • Memproses permohonan pinjaman kenderaan, perumahan & komputer.
  • Pendaftaran masuk pesakit ke wad dan menerima deposit hospital
  • Mengeluarkan bil untuk bayaran caj hospital
  • Memproses permohonan pengecualian bayaran bil hospital
  • Memungut pelbagai bayaran untuk perkhidmatan rawatan di hospital serta penggunaan premis / kawasan hospital

AKTIVITI PENINGKATAN KUALITI

  1. ANJURAN KURSUS
    • Telah menganjurkan Kursus berkaitan Buku Tunai, cara-cara menjalankan Pemeriksaan Mengejut dan caj / rawatan hospital
  2. PENINGKATAN KUTIPAN HASIL
    • Melaksanakan Sistem Pengurusan Pesakit untuk mengesan pesakit semasa pendaftaran pesakit sehingga pesakit didiscaj, termasuk pengeluaran bil, dan perakaunan kutipan ke rekod kewangan.
    • Menjalankan aktiviti susulan ke wad dalam mengurangkan tunggakan kutipan hasil
    • Menubuhkan Kumpulan Inovasi dan Kreatif dan tajuk yang dipilih adalah "Meningkatkan Peratusan Kutipan Hasil"

WAKTU OPERASI

HARI MASA
Isnin - Khamis 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 12.15 tengahari - 2.45 petang

LOKASI

Unit Kewangan
Aras 4, Kompleks Rawatan Harian (ACC)
Hospital Raja Permaisuri Bainun
Jalan Raja Ashman Shah
30450 Ipoh, Perak