• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Bukan Klinikal
  • Unit Pembangunan

Unit Pembangunan Dan Penswastaan

TEL : 05-2085000 samb : 5090

CARTA ORGANISASI

OBJEKTIF

  • Merancang, menyelaras dan memantau Projek Pembangunan Hospital dibawah Projek Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMK-10), Dasar One Off BP 00600
  • Mengurus dan mengagihkan Bajet Peruntukan Pembangunan mengikut keperluan dan keutamaan jabatan/unit di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.
  • Mengurus hal-hal berkaitan Pengurusan Tanah.
  • Menyelaras, menyelia dan memantau perjanjian penyewaan premis-premis bangunan kerajaan.

VISI

Unit Pembangunan dan Penswastaan sebagai penyelaras perancangan pembangunan yang sistematik dan relevan sejajar dengan keperluan dan keutamaan pelanggan hospital.

MISI

  • Menyelaras dan menyediakan peruntukan yang secukupnya supaya projek-projek dapat dilaksanakan mengikut matlamat yang ditetapkan.
  • Membudayakan keselamatan perlindungan kepada semua anggota HRPB, Ipoh

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Kementerian Kesihatan Malaysia akan sentiasa komited dalam menyediakan  perkhidmatan  dan layanan yang berkualiti, cekap, mesra dan profesional serta pertimbangan yang adil dan saksama kepada semua pelanggan tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosio-ekonomi. Bagi mencapai matlamat tersebut kami berjanji:

  1. Memastikan permohonan dan kelulusan perkhidmatan diproses dan diselesaikan  dalam tempoh berikut dari tarikh borang permohonan lengkap diterima serta memenuhi  syarat-syarat permohonan dan perundangan yang ditetapkan:
  2. Permohonan penyewaan ruang (premis): 100% diproses  dalam tempoh 5 hari  bekerja sekiranya kesemua dokumen permohonan lengkap dan mendapat kebenaran  pihak Pengurusan Hospital.
  3. Kelulusan permohonan penyewaan  ruang (premis) : 100% dikeluarkan setelah  mendapat kelulusan Jawatankuasa Penyewaan Ruang (premis) di Jabatan Kesihatan Negeri Perak.
  4. Permohonan sebutharga daripada syarikat konsesi hospital : 100% diperolehi dalam tempoh 14 hari.
  5. Proses pengeluaran pesanan tempatan (LPO) : 100% diproses dalam tempoh 3 hari bekerja setelah mendapat kelulusan Pengarah Hospital.
  6. Proses pembayaran : 100% diproses serta merta setelah menerima dokumen yang lengkap dan menjalankan Pengujian & Pentauliahan telah selesai daripada kontraktor / syarikat konsesi hospital.

WAKTU OPERASI

HARI MASA
Isnin - Khamis 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 12.15 tengahari - 2.45 petang

LOKASI

Unit Pembangunan dan Penswastaan terletak di Bangunan Kolej Kejururawatan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

BERITA DAN AKTIVITI

Projek Blok Materniti, Pediatrik dan Pusat Kardiologi HRPB (MCH) yang kini dalam pembinaan