• Perkhidmatan
  • Sokongan Bukan Klinikal
  • Unit Pendidikan Kesihatan

Unit Pendidikan Kesihatan

TEL : 05-2085137/ 5138 / 5139
FAKS : 05-2531541

CARTA ORGANISASI (Sedang Dikemaskini)

PENGENALAN

Unit Pendidikan Kesihatan Hospital Raja Permaisuri Bainun mula ditubuhkan pada tahun 1986. Sejak beroperasi, jabatan ini telah berjaya melaksanakan tugasnya sebagai pusat rujukan pendidikan pesakit dan orang awam terutama yang tinggal berhampiran bandaraya Ipoh. Selain itu, jabatan ini turut menjadi pilihan kakitangan hospital, pesakit,pelajar kolej dan komuniti berhampiran untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan kesihatan

OBJEKTIF

  • Untuk memberikan perkhidmatan pendidikan pesakit dalam aspek pemulihan dan perawatan.
  • Untuk menggalakkan perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif dalam penjagaan pesakit.
  • Untuk memberi kemudahan informasi kesihatan kepada pesakit dan keluarga, anggota hospital dan orang awam.
  • Untuk memberikan perkhidmatan promosi kesihatan melalui kempen-kempen kesihatan dan kawalan penyakit.

VISI

Memberi perkhidmatan yang berfokus ke arah perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif.

MISI

Komited untuk memberi perkhidmatan pendidikan pesakit yang berkesan dan berkualiti kepada pesakit.

PIAGAM PELANGGAN

  • Sentiasa memberi perkhidmatan yang cepat, cekap dan tepat serta mesra kepada pelanggan.
  • Memastikan setiap permohonan pelanggan yang diterima dipenuhi mengikut kehendak pelanggan dalam tempoh 3-5 hari bekerja.
  • Memberi maklumbalas pelanggan dalam tempoh 24 jam selepas permohonan diterima
  • Memastikan semua kelas pendidikan pesakit dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pendidikan Pesakit
  • Menerbit, mencetak dan mengedarkan bahan-bahan pendidikan kesihatan mengikut keperluan pelanggan dari masa ke semasa.
  • Memberi informasi kesihatan yang cepat,tepat dan terkini.
  • Memberi kemahiran yang relevan berdasarkan penyakit yang tertentu ke arah perubatan tingkahlaku kesihatan yang positif.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Aktiviti-aktiviti Pendidikan Pesakit

  1. Kelas Pendidikan Pesakit seperti :
    • Kelas Pendidikan Pesakit (Modifikasi Tingkahlaku)
    • Pendidikan Pesakit Di Wad
  2. Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok
  3. Penerbitan bahan-bahan pendidikan kesihatan dan promosi kesihatan
  4. Aktiviti-aktiviti Kempen Cara Hidup Sihat
  5. Sambutan Hari-hari Khas Kesihatan
  6. Perkhidmatan rundingan berhubung penerbitan bahan-bahan pendidikan kesihatan/pesakit
  7. Pameran Pendidikan Kesihatan pameran di Hospital Raja Permaisuri Bainun
  8. Latihan/bengkel pendidikan pesakit

WAKTU OPERASI

HARI MASA
Isnin - Khamis 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 12.15 tengahari - 2.45 petang

LOKASI

Unit Pendidikan Kesihatan
Tingkat 4, Kompleks Rawatan Harian,
Hospital Raja Permaisuri Bainun
Jalan Raja Ashman Shah
30450 Ipoh
Perak darul Ridzuan

**Perkhidmatan Berhenti Merokok terletak di Klinik Sejahtera, Aras 1, ACC, Hospital Raja Permaisuri Bainun

DIREKTORI

No Nama Jawatan Samb Email
1 Azman bin Ahmad Ketua Unit 5137 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 S. Kalaichalvan Pegawai Pendidikan Kesihatan 5138 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
3 Jamaluddin bin Salleh Pembantu Perawatan Kesihatan 5139