• Perkhidmatan
  • Sokongan Bukan Klinikal
  • Unit Perolehan

Unit Perolehan

TEL : 05-2085000 samb : 5074

CARTA ORGANISASI 

OBJEKTIF

  1. Memastikan perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja kecuali ubat, bahan habis guna klinikal dan re-agent Hospital Raja Permaisuri Bainun adalah yang terbaik dan menguntungkan.
  2. Memastikan semua perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja kecuali ubat, bahan habis guna klinikal dan re-agent Hospital Raja Permaisuri Bainun diuruskan dengan cekap, telus dan saksama.
  3. Memastikan tatacara perolehan dipatuhi bagi perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja kecuali ubat, bahan habis guna klinikal dan re-agent Hospital Raja Permaisuri Bainun.
  4. Memastikan pengurusan stor Hospital Raja Permaisuri Bainun diuruskan dengan cekap, telus dan amanah mengikut tatacara pengurusan stor.

PIAGAM PELANGGAN

Kami Unit Perolehan berjanji :-

  1. Akan menyediakan bekalan dalam masa 2 minggu mengikut garispanduan dan peraturan yang ditetapkan.
  2. Kami berjanji akan mengumpul dan melaksanakan permohonan peralatan alat tulis dan bekalan pejabat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mengikut keutamaan dan keperluan semasa berdasarkan jumlah peruntukan yang diterima.
  3. Kami berjanji akan menyediakan keperluan alat tulis, peralatan am dalam tempoh sehari daripada permohonan jika stok ada dalam simpanan stor alat tulis.

WAKTU OPERASI

HARI MASA
Isnin - Khamis 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 12.15 tengahari - 2.45 petang

LOKASI

Unit Perolehan
Tingkat 4, Kompleks Rawatan Harian (ACC)
Hospital Raja Permaisuri Bainun
Jalan Raja Ashman Shah
31450 Ipoh, Perak