• Perkhidmatan
  • Sokongan Bukan Klinikal
  • Unit Perpustakaan

Unit Perpustakaan

TEL : 05-2085000 samb : 5107

CARTA ORGANISASI

 

PENGENALAN

Perpustakaan Perubatan Hospital Ipoh telah diwujudkan pada tahun 1977 lagi iaitu bertempat di Bilik Konferen bangunan utama Hospital Ipoh. Walaubagaimanapun ia telah berpindah ke tingkat 9 pada tahun 1991. Pada tahun 1996 perpustakaan sekali lagi berpindah ke bangunan CME. Iaitu berhampiran dengan Jabatan O&G sekarang.

Namun begitu pada tahun 2000 pihak pengurusan telah membuat keputusan untuk menggabungkan Perpustakaan Perubatan Hospital Ipoh dengan Perpustakaan Kolej Perubatan Diraja Perak. Sehubungan itu semua koleksi Perpustakaan Perubatan Hospital Ipoh telah ditempatkan di Perpustakaan Kolej Perubatan Diraja Perak. Kini Perpustakaan telah berpindah  semula ke Hospital Ipoh  iaitu di Tingkat 4 Bangunan ACC. Pada masa kini perpustakaan dianggotai oleh dua orang kakitangan sahaja iaitu seorang Pustakawan Gred S44 dan seorang Pembantu Perpustakaan Gred S22

OBJEKTIF

  1. Untuk membangun dan mengumpul sumber maklumat Perubatan dan sains kesihatan bersekutu  tanpa mengira format
  2. Untuk mengurus dan mendokumentasi sumber maklumat menggunakan standard sistem antarabangsa
  3. Untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan ramah pengguna dalam persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran.
  4. Untuk menyokong aktiviti penyelidikan dan pembelajaran kakitangan Hospital Raja Permaisuri Bainun

VISI

Perpustakaan sebagai sebuah pusat kecemerlangan maklumat dan keilmuan  dalam bidang kesihatan dan perubatan serta berhasrat memenuhi keperluan staf bagi merealisasikan aspirasi KKM.

MISI

Menyokong visi dan matlamat Hospital Raja Permaisuri Bainun melalui penyediaan perkhidmatan sumber maklumat. Komited untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang melalui penyediaan maklumat yang tepat, relevan, menepati masa dan mudah diakses kepada semua anggota Hospital Raja Permaisuri Bainun.

PIAGAM PELANGGAN

  • Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti untuk pengguna
  • Memproses koleksi baru seberapa segera dan memastikan ianya sedia digunakan, tidak lebih dari 7 hari bekerja selepas diterima
  • Pengguna tidak menunggu lebih dari 10 minit untuk meminjam/memulangkan dan pembaharuan buku
  • Memastikan peluang menggunakan bahan dan perkhidmatan perpustakaan adalah adil.

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Perkhidmatan Rujukan /Perujukan
    • Perkhidmatan rujukan/ Perujukan boleh dibuat melalui telefon atau datang sendiri ke perpustakan
  2. Perkhidmatan Sirkulasi (Peminjaman, Pemulangan, Pembaharuan, Tempahan dan Keahlian)
    • Ahli perpustakaan boleh meminjam 2 buah buku sahaja bagi tempoh 3 minggu. Pembaharuan boleh dibuat 1 kali sahaja. Jurnal dan Buku yang bertanda (REF) tidak boleh dipinjam. Ia adalah untuk rujukan dalaman sahaja. Koleksi AV (CD Rom) hanya boleh dipinjam selama 7 hari sahaja.
  3. Perkhidmatan “Printing”
    • Sebuah pencetak disediakan di kaunter
  4. Perkhidmatan “Scanning”
    • Satu unit  “scanner” disediakan dikaunter. Pengguna perlu meminta kebenaran kakitangan yang bertugas di kaunter.
  5. Perkhidmatan Virtual Library
    • Terdapat 6 komputer yang dilengkapi kemudahan internet (Pendaftaran penggunaan boleh dibuat di kaunter)
  6. Perkhidmatan Hipermedia
    • Pengguna boleh memohon artikal yang tidak terdapat dalam koleksi Perpustakaan. Pihak Perpustakaan akan cuba mendapatkan artikal tersebut melalui Rangkaian Perpustakaan Lain.
  7. Pinjaman Antara Perpustakaan
    • “Ministry of Health Virtual Library” (Pangkalan Data terkini iaitu Ovid, PharmacoEconomics, International Dental Journal 2, Emerald, Applied Health Economics and Health Policy, Clinical Access, Access Medicine, Meteo Medical Journals dan LawNet) dan 1 akses kepada Pangkalan Data UpToDate.
  8. Bilik Perbincangan
    • Terdapat 3 bilik perbincangan dengan maksimum tempat duduk 6 orang. Tempahan bilik boleh dibuat 15 minit sebelum diguna. Tempahan menggunakan konsep “ first come-first served”
  9. Karel
    • Sebanyak 18 buah karel disediakan untuk kemudahan bacaan persendirian.

WAKTU OPERASI

HARI MASA
Isnin - Khamis 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 12.15 tengahari - 2.45 petang

LOKASI

Unit Perpustakaan
Tingkat 4, Kompleks Rawatan Harian,
Hospital Raja Permaisuri Bainun
Jalan Raja Ashman Shah
30450 Ipoh
Perak darul Ridzuan