• Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Sokongan Klinikal
  • Jabatan Farmasi

Jabatan Farmasi

CARTA ORGANISASI

PENGENALAN

Jabatan Farmasi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) ditubuhkan untuk menyediakan penjagaan farmaseutikal yang optimum untuk memenuhi keperluan semua pesakit serta untuk menyokong objektif dan misi HRPB. Jabatan ini memainkan peranan utama dalam perolehan, penyimpanan dan pengedaran dadah dan bukan ubat (contohnya peralatan perubatan dan barangan yang boleh dibeli) di hospital.

VISI

Ke arah perkhidmatan farmasi yang berkualiti untuk kesihatan dan kesejahteraan negara.

MISI

Memberi perkhidmatan farmasi yang bersepadu dan professional secara berterusan dari segi pembekalan ubat secara efisien dan selamat dan berkonsepkan penjagaan farmasuetikal.

 OBJEKTIF

 i.    Memberi perkhidmatan pembekalan ubat-ubatan dengan mesra, cekap dan berkesan.
 ii.   Meningkatkan kefahaman pesakit terhadap ubat-ubatan untuk mencapai kesan rawatan yang optima.
 iii.  Meningkatkan lagi perkhidmatan farmasi klinikal bagi mencapai taraf   ”pusat kecemerlangan”
 iv.  Mewujudkan tempat latihan yang bermutu dan menggalakkan pendidikan berterusan dan penyelidikan.

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

1.    Memastikan ubat-ubatan dibekalkan kepada pelanggan dalam masa 30 minit
2.    Semua pelanggan layak menyertai program Perkhidmatan Tambah Nilai (Value Added Services) yang ditawarkan seperti :-
        a) Ubat Melalui Pos (UMP)
        b) Easy Pharmacy
        c) Sistem Pendispensan Ubat secara Bersepadu (SPUB)
        d) Locker 4u
        e) PPUSS (Pusat Pembekalan Ubat Susulan Setempat)
        f) Letak dan Ambil
3.   Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan
4.  Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
5.  Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan 

PERKHIDMATAN FARMASI

1. FARMASI KOMPLEKS PAKAR (Tel : 05-2085315)

WAKTU OPERASI :-

HARI MASA
Isnin - Khamis 7.30 am – 5.30 pm

LOKASI
Terletak di Bangunan Kompleks Klinik Pakar (berdekatan kafeteria hospital).

SKOP
* Membekalkan ubat untuk pesakit yang mendapat rawatan di Klinik-klinik Pakar, Jabatan Kecemasan dan pesakit discaj dari wad.
* Turut menyediakan perkhidmatan SPUB (Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu), Ubat Melalui Pos (UMP), ‘Easy Pharmacy’ dan ‘SMS & Amblil bagi memudahkan pesakit mendapatkan ubat.

2. FARMASI KOMPLEKS RAWATAN HARIAN (ACC) (Tel: 05-2085000; Ext:7076)

WAKTU OPERASI :-

HARI MASA
Isnin - Khamis 8.00 am - 5.00 pm
Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm
Jumaat 8.00 am - 5.00 pm
Rehat : 12.15 pm - 2.45 pm

LOKASI
Terletak di tingkat 3, Bangunan ACC.

SKOP
Membekalkan ubat kepada pesakit yang mendapat rawatan di Bangunan Kompleks Rawatan Harian (ACC).<

3. FARMASI MINI (05-2085102)

WAKTU OPERASI :-

HARI MASA
Isnin - Ahad
(Termasuk Hari Kelepasan Am)
24 Jam
Isnin - Khamis Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm
Jumaat Rehat : 12.15 pm - 2.45 pm

LOKASI
Terletak di Bangunan Utama, tingkat bawah.

SKOP
Membekalkan ubat kepada Jabatan A&E, Jabatan ENT dan pesakit discaj dari wad semasa hujung minggu dan cuti umum.

4. FARMASI BEKALAN WAD DAN PENGELUARAN (Tel : 05-2085106)

WAKTU OPERASI :-

HARI MASA
Isnin - Khamis 8.00 am - 5.00 pm
Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm
Jumaat 8.00 am - 5.00 pm
Rehat : 12.15 pm - 2.45 pm

LOKASI
Terletak di tingkat bawah bangunan utama hospital berdekatan dengan Jabatan Kecemasan

SKOP
* Membekalkan ubat ke Farmasi Satelit, Wad O & G, Pediatrik, Paliative Care Unit (PCU), dewan bedah dan klinik-klinik pakar.
* Turut menyediakan kaunter khas untuk kakitangan hospital.

5. FARMASI SATELIT 4 & 7

(Satelit 4: Tel: 05-2085000; Ext:7043)
(Satelit 7: Tel: 05-2085110)

WAKTU OPERASI :-

HARI MASA
Isnin - Ahad
(Termasuk Hari Kelepasan Am)
8.00 am - 5.00 pm
Isnin - Khamis Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm
Jumaat Rehat : 12.15 pm - 2.45 pm

LOKASI
Terletak di tingkat 4 dan 7, bangunan utama hospital.

SKOP
Membekalkan ubat untuk pesakit-pesakit di dalam wad

6. FARMASI ASEPTIK

(Farmasi Onkologi: Tel: 05-2085501)
(Farmasi Nutrisi Parenteral dan IV Admikstur: 05-2085314)

WAKTU OPERASI :-

HARI MASA
Isnin - Khamis 8.00 am - 5.00 pm
Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm
Jumaat 8.00 am - 5.00 pm
Rehat : 12.15 pm - 2.45 pm

LOKASI
* Farmasi Onkologi terletak di tingkat bawah Bangunan ACC.
* Farmasi Nutrisi Parenteral dan IV Admikstur terletak di bangunan utama hospital berdekatan dengan Jabatan Kecemasan

7. FARMASI MAKLUMAT UBAT DAN RACUN (Tel : 05-2085104)

WAKTU OPERASI :-

HARI MASA
Isnin - Khamis 8.00 am - 5.00 pm
Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm
Jumaat 8.00 am - 5.00 pm
Rehat : 12.15 pm - 2.45 pm

LOKASI
Terletak di tingkat bawah bangunan utama hospital berdekatan dengan Jabatan Kecemasan

SKOP
* Mengendalikan sebarang pertanyaan dan pencarian maklumat mengenai ubat dan racun.
* Perkhidmatan ini turut dibuka untuk pesakit-pesakit dan orang awam.

8. FARMASI FARMAKOKINETIK KLINIKAL (Tel : 05-2085317)

WAKTU OPERASI :-

HARI MASA
Isnin - Khamis 8.00 am - 5.00 pm
Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm
Jumaat 8.00 am - 5.00 pm
Rehat : 12.15 pm - 2.45 pm

LOKASI
Terletak di tingkat bawah bangunan utama hospital.

SKOP
Menyediakan perkhidmatan pemonitoran paras terapeutik ubat (Therapeutic Drug Monitoring, TDM) untuk pesakit-pesakit dari hospital ini termasuk hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan yang berdekatan.

9. FARMASI LOGISTIK (Tel : 05-2085000; Ext:6409)

WAKTU OPERASI :-

HARI MASA
Isnin - Khamis 8.00 am - 5.00 pm
Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm
Jumaat 8.00 am - 5.00 pm
Rehat : 12.15 pm - 2.45 pm

LOKASI
Terletak di belakang bangunan ACC.

SKOP
Beroperasi di bangunan Stor Integrasi. Mengendalikan proses pembelian dan pembekalan ubat, bukan ubat dan reagen untuk kegunaan rawatan pesakit di hospital ini