• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Klinikal
  • Jabatan Patologi

Jabatan Patologi

TEL : 05-2085000 samb : 5223

CARTA ORGANISASI (Sedang Dikemaskini)

PENGENALAN

Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh merupakan jabatan yang menawarkan diagnostik klinikal. Jabatan ini menitikberatkan perkhidmatan yang segera, tepat dan menyeluruh. Perkhidmatan yang diberikan bukan sahaja tertumpu di Hospital Raja Permaisuri Bainun tetapi merangkumi makmal kesihatan, hospital daerah dan hospital swasta di negeri Perak serta Hospital Kementerian Kesihatan di negeri yang berhampiran. Jabatan ini turut mewujudkan Unit Kaunter dan Outsource pada 2014 sebagai inisiatif untuk meningkatkan mutu pengurusan dan penghantaran sample dan keputusan ujian makmal.

VISI

Perkhidmatan Patologi akan menjadi satu perkhidmatan yang cemerlang menggunakan teknologi yang sesuai, terkini dengan anggota yang terlatih dan berilmu, bekerja dalam berpasukan, mengamalkan etika kerja yang baik dan dalam masa yang sama peka terhadap keperluan pelanggan. Selain dari itu ia juga bertindak sebagai pusat rujukan bagi makmal-makmal di Negeri Perak.

MISI

Memberi perkhidmatan yang cekap, tepat, dan inovatif berasaskan kepada system kualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan dank e arah professionalism yang baik dan dengan itu dapat memenuhi kehendak dan harapan pelanggan.

OBJEKTIF

Jabatan Patologi, Hospital Raja Permaisuri bainun akan:

  1. Menyedia, melaksana dan menyelenggara Sistem Pengurusan Kualiti ISO 15189 untuk mengendali skop perkhidmatan
  2. Menyediakan perkhidmatan pengujian makmal perubatan berasaskan standard yang diterima pakai untuk kepuasan pelanggan dan bagi keperluan pihak akreditasi dan pihak berkuasa.
  3. Memastikan semua peralatan aktiviti pengujian diselengara dengan baik dan dipantau
  4. Memastikan semua anggota makmal melazimkan diri dan patuh terhadap system kualiti yang didokumen dan cekap dalam melakukan tugas.
  5. Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat.
  6. Menyemai budaya penambahbaikan yang berterusan.

PIAGAM PELANGGAN

Menyediakan perkhidmatan diagnostic yang BERKUALITI, CEPAT, TEPAT serta MESRA PELANGGAN

SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan makmal patologi dilaksanakan secara profesional, berinovasi, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan yang merangkumi disiplin-disiplin berikut:

  • Unit Patologi Kimia (Ujian Kimia Rutin, Hormon,Tumor markerBody fluid analysisDrug of Abuse analysis dan Therapeutic Drug Monitoring)
  • Unit Mikrobiologi perubatan (Bakteriologi, Serologi, Immunologi, Molekular, TB)
  • Unit Hematologi
  • Unit Histopatologi
  • Unit Saitologi (Penyaringan pap smear, FNAC)
  • Unit kaunter
  • Unit Outsource menguruskan penerimaan dan penghantaran sample ke makmal rujukan dan keputusan ujian dari makmal rujukan

Sila klik DISINI untuk maklumat lanjut mengenai ujian dan LTAT yang disediakan.

AKREDITASI

Jabatan ini telah mendapat akreditasi MS ISO 15189:2007 (Makmal Perubatan - Keperluan khusus untuk Kualiti dan Kecekapan) dari Jabatan Standard Malaysia (DSM) dari 27 April 2015 sehingga 27 April 2018.

WAKTU OPERASI KLINIK

Bil Unit Waktu Operasi
1. Makmal Intergrasi (Patologi Kimia, Haematologi dan Mikrobiologi) 24 hours service
2. Mikrobiologi Monday - Thursday :
(8.00 am - 5.00 pm)

Friday :
(8.00 am - 5.00 pm)
(2.45 pm - 5.00 pm)

3. Histopathologi
4. Sitologi
5. Haematologi Khas
6. Makmal Dadah
7. Therapeutic Drug Monitoring (TDM) Monday - Thursday :
(8.00 am - 5.00 pm)

Friday :
(8.00 am - 5.00 pm)
(2.45 pm - 5.00 pm)

Saturday/Sunday/PH :
(12.00 pm - 4.00 pm)

LOKASI

Secara fizikalnya Jabatan Patologi terletak di beberapa lokasi di aras bawah Hospital Raja Permaisuri Bainun iaitu:

  1. Pejabat Pentadbiran, Makmal Integrasi serta Makmal Histopatologi dan Sitologi terletak di Blok D
  2. Makmal Mikrobiologi  terletak di Blok E
  3. Makmal Antenatal Clinic (ANC) terletak di tingkat bawah, Kompleks Pakar-Pakar
  4. Makmal Intrauterine insemination (IUI) terletak di Klinik Pakar O&G