• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Klinikal
  • Jabatan Pengimejan dan Diagnostik

Jabatan Pengimejan & Diagnostik

TEL : 05-2085000 samb : 5258/5259

CARTA ORGANISASI (Sedang Dikemaskini)

PENGENALAN

Jabatan Pengimejan Diagnostik (JPD) terletak di tingkat bawah kompleks Bangunan Utama HRPB Ipoh. Terdapat 3 lagi unit yang terletak di Kompleks Klinik Pakar, Kompleks Pusat Rawatan Harian dan Jabatan Kecemasan.

PERANAN DAN FUNGSI

Jabatan ini memberi perkhidmatan sokongan klinikal dalam bidang pengimejan diagnostik kepada semua pelanggan HRPB Ipoh dan persekitaran Daerah Kinta. Selain dari itu, JPD HRPB Ipoh juga merupakan pusat rujukan dan konsultasi berkaitan dengan perkhidmatan pengimejan diagnostik untuk seluruh negeri Perak.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

  • Radiografi Am & Pemeriksaan Khas
  • Fluoroskopi 
  • Mammografi
  • Tomografi Berkomputer (CT scan)
  • Cone Beam Computed Tomography  (CBCT) & Orthopantomografi (OPG)
  • Radiografi wad, forensik dan Dewan Bedah
  • Ultrasound
  • Magnetic Resonance Imaging (MRI)
  • Bone Mineral Desitometry (BMD)
  • Interventional Radiology & Ultrasound
  • Teleradiologi
  • Laporan & Khidmat runding Kepakaran

**Jabatan ini juga memberi kemudahan perkhidmatan di atas kepada hospital-hospital lain di negeri Perak yang tidak mempunyai kemudahan tersebut.

JADUAL PERKHIDMATAN

HARI MASA
Isnin - Khamis 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 1.00 tengahari - 2.00 petang
Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 12.15 tengahari - 2.45 petang
Sabtu & Ahad Hari Rehat
Perkhidmatan 24 jam akan disediakan bagi kes-kes kecemasan sahaja

SOALAN LAZIM

SOALAN Bagaimanakah saya boleh mendapatkan pemeriksaan x-ray atau pemeriksaan pengimejan?
JAWAPAN Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk diperiksa dan jika perlu doktor akan membuat permohonan untuk pemeriksaan tersebut.

 

SOALAN Adakah saya dikenakan bayaran untuk pemeriksaan x-ray?
JAWAPAN Tidak, kecuali...
  • untuk pemeriksaan perubatan tertentu
  • jika anda seorang warga asing yang bukan anggota kerajaan
  • permohonan yang dibuat oleh doktor swasta atau
  • anda seorang Pesakit Dalam yang dikenakan bayaran.

 

SOALAN Jika perlu berapakah bayaran yang dikenakan bagi setiap pemeriksaan?
JAWAPAN Bayaran bergantung pada jenis pemeriksaan dan bahagian yang diperiksa mengikut ketetapan dibawah Akta Fi pindaan 2003

 

SOALAN Bolehkah saya memiliki filem x-ray tersebut jika dibayar?
JAWAPAN Tidak boleh... Filem x-ray merupakan rekod perubatan dan ia adalah hak milik hospital, kecuali...
  • filem x-ray bagi tujuan pemeriksaan perubatan tertentu sahaja seperti memasuki tentera dan pusat pengajian tinggi
  • filem dari pemeriksaan x-ray yang dipohon oleh doktor swasta
  • filem/imej yang dipohon oleh institusi lain untuk pengurusan pesakit seterusnya.

 

SOALAN Adakah x-ray berbahaya?
JAWAPAN Ya. Penggunaan x-ray tidak harus dipraktikkan kecuali penggunaannya mendatangkan faedah yang ketara.

 

SOALAN Berapakah dos radiasi yang saya terima bagi setiap pemeriksaan x-ray?
JAWAPAN Bergantung pada jenis pemeriksaan dan faktor dedahannya. Dos pemeriksaan x-ray am (dada atau anggota) adalah kecil berbanding dengan dos pemeriksaan fluoroskopi dan CT scan.

 

SOALAN Saya baru sahaja menjalani pemeriksaan x-ray. Bolehkah saya di x-ray lagi dan adakah ini akan memudaratkan?
JAWAPAN Tidak memudaratkan jika dos yang diterima tidak melebihi had dos maksima yang dibenarkan. Dos maksima yang disyorkan oleh ICRP (badan pengawal antarabangsa) bagi orang awam ialah 1 mSv / tahun, iaitu bersamaan dengan 50 pemeriksaan x-ray dada.

 

SOALAN Bolehkah pemeriksaan x-ray dilakukan keatas perempuan yang sedang hamil?
JAWAPAN Tidak digalakkan kecuali tiada pilihan atau pemeriksaan tidak boleh ditangguhkan. Dalam keadaan begini, alat perlindungan pada janin akan diberi jika bahagian yang hendak di x-ray tidak melibatkan bahagian abdomen, pinggul dan tulang belakang.

 

SOALAN Apakah jenis perkhidmatan pengimejan yang disediakan?
JAWAPAN Semua jenis pemeriksaan yang melibatkan penggunaan x-ray serta modaliti-modaliti tertentu bagi menghasilkan imej dalaman tubuh badan kita seperti :
  • Radiografi Am & Pemeriksaan Khas
  • Fluoroskopi
  • Mammografi
  • Tomografi Berkomputer (CT scan)
  • Cone Beam Computed Tomography  (CBCT) & Orthopantomografi (OPG)
  • Radiografi wad, forensik dan Dewan Bedah
  • Ultrasound
  • Magnetic Resonance Imaging (MRI)
  • Bone Mineral Desitometry (BMD)
  • Interventional Radiology & Ultrasound

 

SOALAN Apakah yang dimaksudkan dengan pemeriksaan x-ray am dan pemeriksaan x-ray khas?
JAWAPAN Pemeriksaan x-ray am adalah pemeriksaan x-ray biasa dan pemeriksaan x-ray khas melibatkan penggunaan media kontras atau modaliti (peralatan) khusus seperti CT Scan dll.

 

SOALAN Apakah yang dimaksudkan dengan media kontras?
JAWAPAN Cecair atau larutan yang disuntik kedalam tubuh atau melalui salur darah atau dimasukan melalui rongga  tubuh bagi menggariskan/ membezakan diantara tisu atau organ semasa pemeriksaan x-ray atau MRI dijalankan.

 

SOALAN Apakah yang dimaksudkan dengan pemeriksaan Fluoroskopi?
JAWAPAN Sejenis pemeriksaan x-ray dimana bahagian dalaman tubuh dapat dilihat secara terus dan dinamik.

 

SOALAN Apakah yang dimaksudkan dengan pemeriksaan Angiografi?
JAWAPAN Sejenis pemeriksaan fluoroskopi khusus untuk salur darah terutama pada bahagian jantung dan buah pinggang.

 

SOALAN Apakah yang dimaksudkan dengan pemeriksaan Mammografi?
JAWAPAN Mammografi ialah pemeriksaan x-ray payu dara bagi mengesan ketumbuhan atau barah pada peringkat awal.

 

SOALAN Apakah yang dimaksudkan dengan Computed Tomography (CT Scan)?
JAWAPAN Satu modaliti pengimejan yang menggunakan X-Ray dan sistem komputer untuk menghasilkan imej dalam format digital

 

SOALAN Apakah yang dimaksudkan dengan Ultrasound?
JAWAPAN Satu modaliti pengimejan yang menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi.

 

SOALAN Apakah yang dimaksudkan dengan Magnetic Resonance Imaging (MRI)?
JAWAPAN Satu modaliti pengimejan yang menggunakan magnet dan sistem komputer untuk menghasilkan imej dalam format digital

 

SOALAN Apakah yang dimaksudkan dengan pemeriksaan radionuklid?
JAWAPAN Satu bidang pengimejan dalam perubatan nuklear dimana sedikit bahan radioaktif (isotope) atau radiopharmaceuticals disuntik kedalam tubuh untuk menghasilkan imej bagi tujuan diagnosis.

 

SOALAN Adakah pemeriksaan Ultrasound atau MRI sama berbahaya seperti pemeriksaan x-ray?
JAWAPAN Tidak. Pemeriksaan Ultrasound atau MRI tidak menggunakan x-ray atau sebarang jenis sinaran mengion. Ia menggunakan gelombang bunyi serta magnet dan sehingga kini tiada bukti ianya berbahaya.