• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Klinikal
  • Jabatan Perubatan Transfusi

Jabatan Perubatan Transfusi

TEL : 05-2085000 samb : 5242

CARTA ORGANISASI (Sedang Dikemaskini)

PENGENALAN

Jabatan Perubatan Transfusi telah dibentuk pada 1hb Januari 2014. Jabatan ini mempunyai anggota seramai hampir 60 orang dan diketuai oleh Pakar Perubatan Transfusi. Jabatan ini mempunyai 5 unit yang terdiri  dari Unit Perolehan, Unit Komponen dan Inventori, Unit Makmal Immunohematologi, Unit Mikrobiologi Transfusi dan Unit Kualiti.

Antara fungsi utama jabatan ini adalah untuk:

  1. Mewujudkan dan mengekalkan sekumpulan penderma darah yang selamat.
  2. Menyediakan darah, komponen-komponen darah yang selamat, mencukupi dan sesuai melalui amalan prosedur saringan serta penstoran mengikut piawaian antarabangsa.
  3. Memastikan penjagaan pesakit yang optima melaui penggunaan darah dan produk darah yang sesuai.
  4. Mewujudkan dan mengekalkan hubungan kerjasama melalui latihan, penyelidikan dan pembangunan sejajar dengan keperluan amalan dan teknologi terkini dalam bidang perubatan terkini.
  5. Memberikan khidmat nasihat dan pusat rujukan untuk seluruh Negeri Perak Darul Ridzuan.

Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan standard MS ISO 15189:2014. Makmal melakukan aktiviti pengujian menggunakan kaedah yang diiktiraf diperingkat antarabangsa dan mengikuti standard yang diterimapakai berdasarkan amalan makmal yang baik bagi semua skop perkhidmatan yang ditawarkan. Adalah menjadi polisi makmal melaporkan keputusan ujiam yang tepat dan dikeluarkan mengikut TAT yang ditetapkan kepada pelanggan melalui penambahbaikan yang berterusan terhadap Sistem Kualiti MS ISO 15189 dan menyelenggara kerahsiaan maklumat. Makmal sentiasa mematuhi keperluan MS ISO 15189 dan dokumen yang berkaitan (SC, STR, SP, SAMM requirement). Untuk proses amalan pengilangan baik dokumen yang digunapakai adalah PIC/S GMP guide for blood establishments (September 2007), Australian Code of Good Manufacturing Practice for human blood and blood compponents, human tissues and human cellulartherapy products (Version 1.0 April 2013) dan WHO recommendation for the production, control and regulation of human plasma for fractionation (October 2005)

OBJEKTIF

Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Raja Permaisuri Bainun akan:

  1. Menyedia, melaksana dan menyelenggara Sistem Pengurusan Kualiti ISO 15189 beserta Amalan Baik Pengilangan untuk mengendali skop perkhidmatan.
  2. Menyediakan perkhidmatan pengujian makmal perubatan berasaskan standard yang diterima pakai untuk kepuasan pelanggan dan bagi keperluan pihak akreditasi dan pihak berkuasa
  3. Memastikan semua peralatan aktiviti pengujian diselenggara dengan baik dan dipantau.
  4. Memastikan semua anggota makmal melazimkan diri dan patuh terhadap sistem kualiti yang didokumen dan cekap dalam melakukan tugas
  5. Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat
  6. Menyemai budaya penambahbaikan yang berterusan

OBJEKTIF KUALITI

Tiada insiden kesilapan pemindahan darah dan komponen darah yang berpunca dari makmal transfusi.

VISI

Menuju ke arah kecemerlangan organisasi dalam perkhidmatan perubatan transfusi yang selamat, berkualiti serta menjadi pusat rujukan yang diyakini di negeri Perak.

MISI

Kami komited untuk mencapai sasaran visi dengan :

  1. Memastikan pendermaan darah yang efisien di dalam penghasilan produk yang menepati piawaian GMP.
  2. Menerapkan sifat profesionalisma, penyayang dan kerja berpasukan di kalangan kakitangan organisasi yang mempunyai ilmu pengetahuan terkini.
  3. Melengkapkan organisasi dengan teknologi yang terkini sebagai pusat rujukan negeri Perak.

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti :

  1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan sopan, adil dan saksama.
  2. Sentiasa bersiap siaga dan menepati masa dalam penyediaan perkhidmatan yang berterusan berlandaskan piawaian yang dijanjikan.
  3. Kejituan proses kerja bagi menjamin keselamatan pelanggan tanpa kompromi.
  4. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.
  5. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
  6. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.

SKOP PERKHIDMATAN

Skop pengujian bagi tujuan pengiktirafan MS ISO 15189:2014 dan GMP untuk Jabatan Perubatan Transfusi terhad kepada perkhidmatan dan ujian berikut:

  1. Unit Perolehan Darah
    Bertindak sebagai pusat kutipan darah yang terbesar di negeri Perak serta mewujudkan dan mengekalkan sekumpulan penderma darah yang sihat untuk memastikan bekalan darah yang selamat.
  2. Unit Komponen dan Inventori
    Menyediakan darah, komponen-komponen darah yang selamat, mencukupi dan sesuai melalui amalan pengilangan baik (Good Manufacturing Practice) serta penstoran mengikut piawaian antarabangsa.
  3. Makmal Transfusi Mikrobiologi
    Menguji ujian saringan penyakit berjangkit bagi setiap penderma darah dari semua pusat kutipan darah di negeri Perak. Makmal ini merupakan menjadi pusat saringan darah dan komponen di negeri Perak Ujian-ujian yang terlibat adalah:
    • Ujian saringan HIV (HIV Ag-Ab)
    • Ujian saringan Hepatitis B (HBs Ag)
    • Ujian saringan Hepatitis C (HCV Ag-Ab)
    • Ujian Rapid Plasma Reagin (RPR)
    • Ujian Particle Agglutination for Anti-HIV ½
    • Ujian Treponema Pallidum Particle Agglutination (TPPA)
    • Ujian Pengesahan Hepatitis B (Neutralisation)
    • Ujian Antibodi Hepatitis B (anti HBs)
  4. Makmal Immunohematologi:
    Memastikan penjagaan pesakit yang optima melaui penggunaan darah dan produk darah yang sesuai dengan menyediakan perkhidmatan kepada pesakit di HRPB serta menjadi pusat rujukan bagi hospital-hospital daerah termasuklah hospital-hospital swasta di seluruh negeri Perak. Ujian-ujian yang terlibat adalah:
    • Grouping & Rhesus
    • Antibody Screening
    • Crossmatching test
    • Coomb’s Test
    • Antibody Identification
    • Rh Genotpying
    • Patient / donor phenotyping
  5. Unit Kualiti:
    Berperanan untuk memastikan setiap prosedur kerja dilakukan berlandaskan amalan pengilangan baik (Good Manufacturing Practice) dan ISO 15189:2014 dengan menguji setiap produk yang dihasilkan adalah menepati piawaian yang telah ditetapkan.

WAKTU OPERASI

Jabatan Perubatan Transfusi menyediakan perkhidmatan 24 jam :

  • Unit Makmal Immunohematologi
  • Unit Komponen dan inventori
  • Makmal Transfusi Mikrobiologi (sekiranya perlu)

Jabatan Perubatan Transfusi juga menyediakan pusat pendermaan darah di hospital pada waktu bekerja:-

HARI MASA
Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am: Kempen derma darah bergerak mengikut lokasi-lokasi yang telah dipersetujui
* Seorang Pakar Perubatan Transfusi, Pegawai Perubatan dan Pegawai Sains bersedia untuk bantuan atau perundingan selepas waktu pejabat.

LOKASI

Bil Nama Unit Lokasi Perkhidmatan yang disediakan
1 Unit Perolehan Darah Aras bawah di bangunan Kolej Jururawat bersebelahan Unit Sumber Manusia Hospital Pusat pendermaan darah yang dilengkapi dengan 6 katil penderma serta 3 mesin aferesis
2 Unit Makmal Immunohematologi Aras bawah di Blok D bersebelahan makmal utama Jabatan Patologi Perkhidmatan pembekalan darah untuk pesakit dalaman dan pesakit dari hospital-hospital daerah
3 Unit Komponen dan Inventori Aras bawah di Blok D bersebelahan makmal immunohematologi Pusat untuk penyediaan komponen untuk kutipan darah seluruh Negeri Perak dan pembekalan darah ke hospital-hospital daerah dan hospital swasta yang berdekatan
4 Makmal Transfusi Mikrobiologi Aras bawah di Blok D bersebelahan makmal komponen Pusat saringan penderma untuk seluruh Negeri Perak