• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Klinikal
  • Jabatan Perubatan Rehabilitasi

Jabatan Perubatan Rehabilitasi

TEL : 05-2085000 samb : 5366

PENGENALAN

Jabatan Perubatan Rehabilitasi di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh terdiri daripada gabungan Unit Perubatan Rehabilitasi (Klinikal), Unit Fisioterapi dan Unit Pemulihan Cara Kerja. Pemilihan nama jabatan adalah berdasarkan persetujuan Mesyuarat Khas KPK 4/2007 dan Mesyuarat Jawatankuasa Dasar dan Perancangan Kementerian Kesihatan (JDPKK) 1/2008. Penyatuan unit dibawah satu jabatan iaitu Jabatan Perubatan Rehabilitasi adalah untuk memperkukuhkan perkhidmatan rehabilitasi selaras dengan prinsip RMK-9.dan perkhidmatan perubatan rehabilitasi tahap 4 yand diketuai oleh Pakar Perubatan Rehabilitasi.

OBJEKTIF

Menyediakan servis Rehabilitasi untuk pesakit dengan kekurangan dan kelumpuhan melalui servis klinik pesakit luar dan rawatan pesakit dalam supaya kualiti hidup dan fungsi pesakit dapat ditingkatkan

VISI

PMeningkatkan kualiti hidup pesakit dengan kekurangan fizikal dengan servis yang efisien, berpatutan and mengutamakan pesakit.

MISI

Merancang dan menubuhkan servis Rehabilitasi kepada pesakit untuk mengoptimakan keberdikarian pesakit iaitu:

  • Multidisiplin
  • Komprehensif(Menyeluruh)
  • Dinamik

PIAGAM PELANGGAN

  • Kami bertekad untuk memberikan perkhidmatan yang tepat, sempurna dan kearah mencapai tahap tugas yang optima agar mengurangkan komplikasi dan kemudaratan kepada semua pelanggan
  • Setiap pelanggan diberi perkhidmatan secara professional
  • Setiap pelanggan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.

SKOP PERKHIDMATAN

Menyediakan servis Perubatan Pemulihan yang terdiri daripada:

  1. Pemulihan kecederaan saraf tunjang
  2. Pemulihan amputasi
  3. Pemulihan strok dan neurologi
  4. Pemulihan kanak kanak
  5. Preskripsi peralatan pemulihan

Servis fisioterapi tambahan:

  1. Perawatan Kesakitan(pain management)
  2. Pemulihan musculoskeletal dan pemulihan sukan
  3. Pemulihan vestibul
  4. Terapi hidro
  5. Pemulihan jantung
  6. Hemofilia & Talasemia Support
  7. Kesihatan Wanita
  8. Perawatan sistem limfa
  9. Terapi perkembangan neuro(neurodevelopment)
  10. Servis untuk semua pesakit dalam 

Servis terapi cara kerja tambahan:

  1. Terapi Cara kerja untuk pesakit psikiatrik termasuk pemulihan dalam komuniti(kesihatan mental dan kanak kanak dengan kelumpuh
  2. Pemulihan kes kebakaran.
  3. Program kembali bekerja
  4. Penilaian dan pemulihan memandu
  5. Pengurusan kesakitan kronik(chronic pain)
  6. Pemulihan visual
  7. Pemulihan vestibul 

WAKTU OPERASI KLINIK

MASA / HARI ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT
Pagi Klinik Pemulihan Kardio(jantung)
** Klinik Program kembali bekerja
Klinik pemulihan kecederaan saraf tunjang, Kecederaan otak dan lain lain Klinik Strok
Pemulihan neuro,
Pemulihan kanak kanak
*Amputasi/ Prosthetic and Orthotic Klinik
#Klinik 'Paediatric Combined' dan kes kes baru
# 'Urodynamics Study'
^ Program 'Stroke Step Down Program'
Petang ^ 'Stress Test' untuk pesakit kardio
## 'Intrathecal Baclofen Klinik'
Klinik Kerusi Roda Klinik kes baru Klinik kes baru ^ Klinik pemulihan kardio bagi kes baru

# Sebulan sekali ^setiap 2 minggu sekali
* 3 kali sebulan ##Selang minggu
** 2 bulan sekali

Servis pesakit luar Unit Fisioterapi dan Terapi Cara Kerja adalah seperti berikut:

  • Isnin hingga Khamis : 8.00 am to1.00 pm and 2.00 pm to 5.00 pm
  • Jumaat :  8.00 am to 12.15 pm and 2.45 pm 5.00pm

LOKASI

Unit Perubatan Rehabilitasi, unit Terapi Cara Kerja dan sebahagian Unit Fisioterapi (neurologi, kanak kanak dan kesihatan wanita) terletak di tingkat bawah Kompleks Rawatan Harian hospital, manakala sebahagian unit Fisioterapi terletak di bangunan utama hospital.