• Perkhidmatan
  • Sokongan Klinikal
  • Unit Fisioterapi

Unit Fisioterapi

TEL : 05-2085000 samb : 5383

CARTA ORGANISASI (Sedang Dikemaskini)

PENGENALAN

Pada tahun 2010, Unit Fisioterapi telah terbahagi kepada dua tempat berasingan, satu  di Blok Bangunan Utama dan satu bahagian lagi di gound floor bangunan Kompleks Harian Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.  Di Bangunan utama perkhidmatan  terdiri daripada Jimnasium, Elektroterapi, Hidroterapi, dan Lymphedema sementara Vestibular, Kesihatan  Wanita, Kanak kanak Berkeperluan Khas dan stroke dirawat di Unit Fisioterapi di kompleks Rawatan Harian.

OBJEKTIF

Objektif utama Unit Fisioterapi adalah untuk menyediakan perkhidmatan Fisioterapi yang bermutu tinggi bertepatan dengan ekspektasi pelanggan selaras dengan dasar KKM mengenai promosi dan penjagaan kesihatan penduduk.

TENAGA KERJA

Unit Fisioterapi mempunyai 27 orang anggota yang keluar masuk sehingga akhir tahun 2010 dengan .  diketuai oleh Pegawai Pemulihan Perubatan ( Anggota ) U41. Beliau   dibantu oleh  seorang Jurupulih Perubatan ( Anggota ) U40, Dua orang Jurupulih Perubatan ( Anggota ) U38, dua orang Jurupulih Perubatan ( Anggota ) U36, dua orang Jurupulih Perubatan ( Anggota ) U32, 13 orang Jurupulih Perubatan ( Anggota ) U29, seorang Pembantu Tadbir. Dua orang Pembantu Perawatan Kesihatan U12, 2 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U3 dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan yang bertugas secara sambilan.

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Perkhidmatan disediakan merangkumi Pesakit Luar dan Pesakit Dalam yang dirujuk dari pelbagai disiplin. Manakala Pesakit-pesakit Dalam Unit Intensif seperti Unit Rawatan Rapi, “High Dependency ” dan Otopedik adalah dirawat secara ‘blanket referral.’
  2. Di Bahagian Pesakit Luar Kaedah rawatan yang digunapakai meliputi Senaman, Rawatan Elektroterapi, Fototerapi, penjagaan Respiratori, Hidroterapi , pemulihan Stroke, kecederaan Spinal,  rawatan pengkhususan dan Manual Terapi. 
  3. Perkhidmatan Lymphedema, Rehabilitasi Vestibular, Kesihatan Wanita dan pemulihan kanak - kanak Istimewa adalah kaedah rawatan berkemahiran tinggi yang disediakan kepada pelanggan di Unit ini.
  4. Kelas pendidikan Rehabilitasi Kardiak fasa pertama,  penjagaan Kesihatan Wanita dan penjagaan tulang belakang, pengurusan “Chronic Pain” dan Rheumatology adalah rawatan secara individu dan berkumpulan dengan penekanan diberikan kepada pelanggan bagi mempertingkatkan kualiti hidup (QOL) mereka.
  5. Perkhidmatan untuk Pesakit Dalam pula rawatan yang diberikan adalah seperti: Chest Physiotherapy, senaman pemulihan di katil dan  perkhidmatan lebih masa di Unit Intensif hospital semasa hujung minggu dan cuti umum. Bagi pesakit wad yang memerlukan rawatan lanjutan akan dibawa ke Jimnasium di bahagian pesakit luar bangunan Utama atau Di Jimnasium Kompleks Rawatan Harian bergantung kepada kes yang dirujuk

BEBAN KERJA

Statistik sepanjang tahun 2010 adalah seperti rajah di bawah. Bilangan pesakit luar bertambah sebanyak 4,380 orang bersamaan dengan 17.7 % sementara jumlah rawatan pula bertambah sebanyak 13,723 bersamaan dengan 16.7 %. Walaubagaimanapun bil pesakit yang durujuk di dapati rendah sedikit daripada tahun lalu. Jumlah Pesakit Dalam kurang sebanyak 1.25 % dan bilangan unit rawatan pula di dapati sebanyak 0.4 % sahaja.

WAKTU OPERASI

HARI MASA
Isnin - Khamis 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 12.15 tengahari - 2.45 petang
Sabtu / Ahad / Cuti Umum TUTUP