• Perkhidmatan
  • Sokongan Klinikal
  • Unit Kualiti

Unit Kualiti

TEL : 05-2085000 samb : 5129

CARTA ORGANISASI (Sedang Dikemaskini)

PENGENALAN

Unit Kualiti Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mula diwujudkan secara rasminya pada 1.5.2002. Ini adalah berikutan dengan saranan Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui pekeliling Bil (35) dlm KKM bertarikh 30hb Januari 2002 yang menyatakan setiap hospital utama dikehendaki menubuhkan Unit Sokongan Sekretariat Kualiti. Ia bertujuan bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepadapelanggan.

OBJEKTIF

Objektif Umum

  • Untuk memastikan semua aktiviti kualiti yang merangkumi aktiviti peningkatan kualiti KKM dijalankan dan dipantau dengan sempurna.

 Objektif Khusus

  • Menyelaras sistem dokumentasi bagi semua aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti.
  • Menganalisa pencapaian semua aktiviti peningkatan kualiti mengikut standard yang ditetapkan dan menghasilkan setahun.
  • Menjadi sumber rujukan dan simpanan maklumat mengenai aktiviti peningkatan kualiti hospital.

VISI

Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

MISI

Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama - sama:

  1. Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
    • Mencapai Sepenuhnya Potensi Mereka Dalam Kesihatan
    • Menghargai Kesihatan Sebagai Asset Paling Berharga
    • Mengambil Tanggungjawab dan Tindakan Positif Demi Kesihatan Mereka
  2. Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
    • Mengutamakan Pelanggan
    • Saksama
    • Tidak Membebankan
    • Cekap
    • Wajar Mengikut Teknologi
    • Boleh Disesuaikan Mengikut Persekitaran
    • Inovatif
  3. Dengan menekankan:
    • Sifat Penyayang, Profesionalisme dan Kerja Berpasukan
    • Sifat Menghormati Maruah Insan Penglibatan Masyarakat

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Unit Kualiti menyediakan perkhidmatan seperti berikut:-
  2. Mengawasi perlaksanaan dan memantau semua aktiviti peningkatan kualiti seperti yang ditetapkan oleh KKM
  3. Mengenalpasti dan menganalisa pencapaian semua aktiviti peningkatan kualiti melalui laporan ’shortfall in quality’ dan tindakan penambahbaikan yang telah diambil.
  4. Menjadi sumber rujukan dalam memberi maklumat mengenai aktiviti peningkatan kualiti dalam hospital
  5. Mengumpul data aktiviti peningkatan kualiti untuk dianalisa dan menyediakan laporan
  6. Menyebarkan maklumat berkaitan aktiviti peningkatan kualiti
  7. Merancang dan melatih anggota hospital dalam perlaksanaan aktiviti kualiti
  8. Mengendali dan mengurus urusan serta aktiviti berkaitan pengauditan dan survei yang dijalankan samada dalaman atau luaran
  9. Membantu penyediaan jabatan dan unit yang terlibat dalam Akreditasi Hospital, Pertandingan Perkhidmatan Kaunter Cemerlang dan Pertandingan ’Healthy Setting’ Hospital

WAKTU OPERASI

HARI MASA
Isnin - Khamis 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 12.15 tengahari - 2.45 petang
Sabtu / Ahad / Cuti Umum TUTUP

LOKASI

Unit Kualiti hospital terletak di aras 4, Kompleks Rawatan Harian sejak tahun 2005 di lokasi sama seperti Unit CRC (Clinical Research Centre) bersebelahan dengan Unit Psikologi Kaunseling.