• Perkhidmatan
  • Sokongan Klinikal
  • Unit Pemulihan Cara Kerja

Unit Pemulihan Cara Kerja

TEL : 05-2085000 samb : 5373

CARTA ORGANISASI (Sedang Dikemaskini)

PENGENALAN

Pemulihan Carakerja merupakan profesyen yang mempromosi pemulihan dan kesihatan yang komprehensif. Matlamat utama adalah menggalakkan, memulihkan dan mengekalkan keupayaan kefungsian individu agar berdikari ke tahap optimum dan berfungsi dalam kehidupan seharian, sosial, pekerjaan serta aktiviti riadah mereka.

SUMBER MANUSIA

Unit ini dianggotai oleh seorang Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja) U41 selaku Ketua Unit, seorang Jurupulih Perubatan Carakerja (JPCK) U36, 2 JPCK Gred U32, 14 JPCK Gred U29 (diisi penuh), seorang Pembantu Tadbir N17 dan 2 Pembantu Perawatan Kesihatan U12. Pertambahan perjawatan juga telah dipohon  dalam ABM Tahun 2012 untuk keperluan perkhidmatan speciality.

PENYELIDIKAN DAN LATIHAN

  • UPCK telah berjaya menganjurkan 2 kursus dalam perkhidmatan Tahun 2010 iaitu Splinting Workshop:  Cost Effective (peringkat negeri Perak) dan Kursus Occupational Therapy Update Neurobiofeedback (peringkat unit).
  • Semua staf telah menghadiri sebanyak 37 termasuk kursus, bengkel, seminar dan symposium samada di dalam atau di luar hospital untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. 3 JPCK Gred U29 telah meneruskan pengajian peringkat Ijazah (e-learning dan Teeside) dan  2 JPCK telah pun menamatkan pengajian peringkat Ijazah dari IPTA.
  • Kajian bertajuk Improving Patient Education For Readiness To work untuk projek QAP telah dijalankan pada April 2010 hingga April 2011.

PENCAPAIAN

  • Dalam tempoh dua tahun berturut-turut Unit Pemulihan Carakerja, HRPB kali ini telah berjaya menjadi Johan Inovasi (teknikal) anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada 26 Oktober – 27 Oktober 2010 di Konvensyen Inovasi dengan menghasilkan projek inovasi  bertajuk Multipurpose Hand Aids untuk meningkatkan tahap kefungsian pesakit dalam melakukan aktiviti seharian.
  • Telah membentangkan 3 kertas kerja iaitu Ipoh Pain Symposium 2010, CPD on Occupational Medicine (SOME-MMA) dan Malaysian Association For the study of Pain Annual Scientific Meeting 2010. 
  • Kajian saintifik turut dibentangkan dalam Konferen Saintifik untuk Paramedik dan Allied Health Professional anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perak.
  • Kolaborasi dengan pihak PERKESO bagi kes-kes Return to Work dan Work Rehabilitation telah pun dimulakan. Statistik unit adalah seperti berikut:

GRAF 1: BILANGAN PESAKIT (ORANG)

GRAF 2: BILANGAN RAWATAN PESAKIT (SESI RAWATAN)

WAKTU OPERASI

HARI MASA
Isnin - Khamis 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 12.15 tengahari - 2.45 petang
Sabtu / Ahad / Cuti Umum TUTUP

LOKASI

Unit Pemulihan Cara Kerja terletak di Bangunan ACC.