• Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Sokongan Klinikal
  • Unit Penolong Pegawai Perubatan

Unit Penolong Pegawai Perubatan

TEL : 05-2085000 samb : 5111

CARTA ORGANISASI

PENGENALAN

Unit Penolong Pegawai Perubatan ditubuhkan untuk membantu dalam perkhidmatan sokongan klinikal khususnya jawatan Penolong Pegawai Perubatan serta Pembantu Perawatan Kesihatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Unit ini diketuai oleh seorang Ketua  Penolong Pegawai Perubatan U42 dan dibantu oleh Penolong Pegawai Perubatan U36, U32 dan U29. Unit ini turut dibantu oleh Pembantu Perawatan Kesihatan U16, U11 serta seorang Pembantu Tadbir.

OBJEKTIF

  1. Bertanggungjawab dalam melaksanakan polisi dan dasar Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  2. Bertanggungjawab dalam pengawalan amalan klinikal dan penguatkuasaan Akta Perubatan, Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977, Akta 180.
  3. Memastikan pematuhan kepada Kod Etika Pembantu Perubatan dan Peraturan –peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
  4. Bertanggungjawab dalam pengurusan dan hal ehwal, kebajikan, sumber tenaga dan perkembangan kerjaya Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
  5. Bertanggungjawab dalam pengurusan Latihan Dalam Perkhidmatan, Pembelajaran Perubatan Berterusan (CME) dan Perkembangan Profesional Berterusan (CPD) untuk anggota dibawah jagaan.
  6. Bertanggungjawab dalam pengurusan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
  7. Bertanggungjawab di dalam pengurusan Peningkatan Kualiti Menyeluruh dan Berterusan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
  8. Bertanggungjawab menyedia dan menyampaikan maklumat serta menjadi agen perubahan dan halatuju profesion Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.

VISI

“Penolong pegawai perubatan profesional yang cemerlang gemilang dan terbilang”

MISI

Menguruskan perkhidmatan penolong pegawai perubatan yang berilmu pengetahuan , mahir, cekap dan mengamalkan sikap budaya kerja cemerlang yang menyeluruh dan berterusan berteraskan perkembangan kerjaya berteknologi moden dan terkini

PIAGAM PELANGGAN

  1. Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas di Hospital Raja Permaisuri Bainun perlu memiliki Sijil Perakuan Tahunan semasa.
  2. Penolong Pegawai Perubatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun perlu mempunyai markah minimum 40 mata CPD setiap tahun.
  3. Memastikan pelaksanaan polisi dan dasar perkhidmatan Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa dipatuhi oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan
  4. Memastikan pengawalan dan penguatkuasaan amalan klinikal, Akta Perubatan dan Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1997 Akta 180 dipatuhi oleh Penolong pegawai Perubatan sepanjang masa.
  5. Memastikan pengurusan penempatan, latihan, sumber tenaga dan agenda perkembangan profesion Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dilaksanakan dengan efektif setiap masa.
  6. Memastikan pengurusan perkhidmatan, penyampaian dan peningkatan kualiti menyeluruh serta berterusan dilaksanakan bagi memenuhi kehendak pelanggan dalam setiap urusan.

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Pengurusan Sumber Manusia
    • Urusan keperluan anggota/ permohonan penjawatan baru
    • Urusan penempatan
    • Urusan pengagihan anggota
    • Memantau dan meguruskan kawalan disiplin anggota
    • Urusan pertukaran keluar dan masuk anggota tahun semasa
  2. Pentadbiran
  3. Penyeliaan Klinikal (Clinical Supervision)
    • “Standard Operating Procedure” (SOP) yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembantu Perubatan mengikut aktiviti Urusan penempatan
    • Mematuhi senarai semak yang ditetapkan mengikut jabatan masing-masing
    • Mematuhi prosedur kawalan berjangkit
    • Penyeliaan Program Penempatan Wajib yang dijalani oleh Penolong Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan Dan Trauma
  4. Pengurusan Latihan anggota
    • Orientasi anggota baru
    • Merancang latihan bagi anggota
    • Menyelaraskan latihan yang dihadiri oleh anggota
    • Mengurus buku log dan buku CPD anggota
    • Pengauditan berkala terhadap CPD anggota
  5. Pemantauan mengikut zon ditetapkan
  6. Tugas Atas Panggilan
    • Penolong pegawai perubatan gred U32/U36/ U41/ U42 perlu bersiap bertugas atas panggilan pada bila-bila masa diperlukan seperti apabila berlaku kecemasan/ bencana dan lain-lain lagi.
  7. Menyelia, menyelaras dan memantau aktiviti-aktiviti jabatan dan unit dimana terdapatnya penempatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
  8. Mengawalselia perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat swasta dan perkhidmatan sokongan (EDGENTA) di hospital.

WAKTU OPERASI

HARI MASA
Isnin - Khamis 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 12.15 tengahari - 2.45 petang

LOKASI

Unit Penolong Pegawai Perubatan
Tingkat 4, Kompleks Rawatan Harian (ACC)
Hospital Raja Permaisuri Bainun
Jalan Raja Ashman Shah
31450 Ipoh, Perak