• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Klinikal
  • Unit Psikologi dan Kaunseling

Unit Psikologi dan Kaunseling

TEL : 05-2085000 samb : 5133

CARTA ORGANISASI (Sedang Dikemaskini)

PENGENALAN

Unit Psikologi dan Kaunseling mulai beroperasi di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh secara rasminya pada tahun 1998 dan terletak di Tingkat 4, Kompleks Rawatan Harian HRPB. Unit Psikologi dan Kaunseling merupakan perkhidmatan sokongan klinikal yang terletak di bawah penyeliaan Timbalan Pengarah (Klinikal). Unit ini mempunyai kepakaran psikologi kaunseling dan psikologi klinikal.

OBJEKTIF

Objektif utama unit ini adalah untuk:

  1. Membantu individu, keluarga dan masyarakat dalam proses peningkatan pemahaman kendiri serta persekitaran bagi menangani masalah atau isu yang dihadapi demi kesejahteraan individu secara menyeluruh melalui pendekatan holistik.
  2. Menyediakan perkhidmatan psikologi klinikal bertauliah bagi kanak-kanak, remaja dan dewasa dengan kaedah penilaian, diagnosis dan perawatan psikologikal yang sistematik, cekap, bertanggungjawab dan beretika.
  3. Memberi perkhidmatan psikologi kaunseling secara profesional, mesra dan efektif berdasarkan: 
    • Pemantapan tugas-tugas dan tanggungjawab Pegawai Psikologi berpandukan peranan “expanded dan extended” dengan lancar, teratur serta berkesan seiring dengan kemajuan semasa.
    • Melengkapkan sistem perkhidmatan kesihatan dengan memberikan penekanan terhadap kesihatan emosi dan perkembangan psikologi yang baik kepada rakyat Malaysia di peringkat primer mahupun sekunder.
    • Menjadikan kualiti perkembangan minda serta emosi yang sihat sebagai teras dalam penjagaan kesihatan mental.

VISI

Mengembleng tenaga ke arah kesihatan emosi dan mental yang lebih optimum dan holistik seiring dengan visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia.

MISI

Menerajui dan berusaha bersama-sama:

  • Untuk membantu dan membolehkan rakyat:
    • Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
    • Menghargai kesihatan psikologikal sebagai aset berharga
    • Mengambil tanggunjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
  • Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
    • Mengutamakan pelanggan
    • Saksama
    • Tidak membebankan
    • Cekap
    • Wajar mengikut teknologi
    • Boleh disesuaikan mengikut persekitaran
    • Inovatif
  • Dengan menekankan:
    • Sifat penyayang, profesionalisme, dan kerja berpasukan
    • Sifat menghormati maruah insan
    • Penglibatan masyarakat

PIAGAM PELANGGAN UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING HRPB

  • Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sewajarnya yang berkualiti.
  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan-santun, jujur dan ihklas.
  • Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa kehormatannya akan dipelihara semasa menerima rawatan, segala maklumat mengenai diri dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinnya kepada undang-undang.

DIREKTORI STAF UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING

KETUA UNIT – PEGAWAI PSIKOLOGI (KAUNSELING) S48
KAUNSELOR BERDAFTAR (KB 05813 ; PA 05215)
EN. SILVARAJOO A/L VADIVEL
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
No.Tel.: 05-2085132
No. Faks: 05-2531541
PEGAWAI PSIKOLOGI (KLINIKAL) S44
ALLIED HEALTH PROFESSIONAL (AHP)
PN. MASYITAH MINHAD
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
No. Telefon: 05-2085133
No. Faks: 05-2531541
PEGAWAI PSIKOLOGI (KAUNSELING) S41
KAUNSELOR BERDAFTAR (KB 02298 ; PA 01685)
PN. CHAN SIAW LENG
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
No. Telefon: 05-2085135
No. Faks: 05-2531541
PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11 IRWAN BIN MOHAMED KHALID
No. Telefon: 05-2085133

FUNGSI UTAMA PERKHIDMATAN (KAUNSELING)

Unit ini memberi perkhidmatan psikologi kaunseling mengikut empat aspek berikut:

  1. Pertumbuhan
    • Tujuan program adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kemahiran diri bagi individu untuk menguruskan emosi, pemikiran dan tingkah laku mereka. Seterusnya membolehkan mereka menggunakan semua potensi diri demi mencapai kecemerlangan di dalam bidang yang diceburi.
  2. Pencegahan
    • Tujuan menyediakan “reach-out” atau media elektronik iaitu bahan-bahan yang boleh membekalkan maklumat yang boleh meningkatkan kesedaran dan keupayaan kakitangan dalam menangani permasalahan di dalam hidup mereka. Ini termasuklah menjalankan kursus atau memberi ceramah.
  3. Rawatan
    • Tujuan adalah untuk memberi rawatan psikoterapi kaunseling supaya klien mendapat celik akal dalam menangani permasalahan dan isu-isu yang dihadapinya.
  4. Intervensi
    • Tujuan untuk membangkitkan kesedaran klien dalam membuat perubahan dan persediaan mental dalam menghadapi cabaran dan rintangan kearah kesejahteraan diri.

*PENJAWAT AWAM - Perkhidmatan kaunseling individu diberikan kepada penjawat awam yang dirujuk atau datang secara sukarela untuk bersama-sama menangani isu seperti masalah LNPT < 70%, disiplin, interpersonal / intrapersonal, kerjaya/prestasi, keberhutangan serius, tatatertib, psikologi, kesihatan, dan lain-lain.

*PESAKIT / KLIEN - Pesakit akan dirujuk oleh pakar perubatan dan pakar psikiatri kepada Unit Psikologi dan Kaunseling.

  • Klinik Bariatrik – Setiap hari Khamis (2.00pm hingga 5.00pm) di Pain Clinic, Tingkat 1 Bangunan Kompleks Rawatan Harian HRPB. Perkhidmatan Kaunseling Obesiti dan Motivational Interviewing
  • Klinik Methadone– Setiap Hari Selasa (8.30am hingga 10.30am) di Klinik Methadone. Perkhidmatan Kaunseling Kelompok diberikan.

FUNGSI UTAMA PERKHIDMATAN (KLINIKAL)

  1. Perkhidmatan Penilaian Psikologi - Perkhidmatan Penilaian Psikologi merangkumi perkhidmatan kepada kanak-kanak, remaja dan dewasa yang lazim disediakan termasuklah:
    • Penilaian fungsi kecerdasan IQ
    • Penilaian neuropsikologi/kognitif (kecederaan kepala, dementia, epilepsy, masalah ingatan dan lain-lain yang berkaitan)
    • Penilaian kecelaruan mental
    • Penilaian personaliti
    • Penilaian masalah pembelajaran
    • Penilaian ke atas masalah perkembangan mental khusus seperti ADHD dan Autism
    • Penilaian fungsi psikososial
    • Penilaian melibatkan kes-kes forensik
    • ** Penawaran perkhidmatan penilaian-penilaian tersebut tertakluk kepada kewujudan alat penilaian.
  2. Perkhidmatan Intervensi Psikologal - Perkhidmatan Intervensi Psikologikal bagi merawat kecelaruan mental adalah meliputi pendekatan-pendekatan berikut:
    • Psikoterapi ( Cognitive Behavior Therapy (CBT), Solution Focused Technique, Person-Centered Therapy, Expressive Art Therapy, Dailectical Behavior Therapy, Post-traumatic related therapy techniques dan psikoterapi yang bersesuaian)
    • Modifikasi Tingkah Laku
    • Terapi Kognitif (Change of schema, automatic thought)
    • Terapi Tingkah-laku (e.g: relaksasi, social skills training)
    • Terapi Dinamika Psikologi (e.g: kekeluargaan, interpersonal, psikodinamik)
    • Terapi Ekspresif
    • ** Intervensi yang diberikan dalam bentuk individu, pasangan ,keluarga dan kelompok.

SKOP PERKHIDMATAN

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah:

  1. Kaunseling Individu
  2. Kaunseling Kelompok
  3. Intervensi Psikologi Klinikal
  4. Kaunseling Perkahwinan dan Keluarga
  5. Kaunseling Kanak-Kanak dan Remaja
  6. Kaunseling Kerjaya
  7. Kaunseling Sokongan
  8. Kaunseling Obesiti
  9. Kaunseling Pembangunan & Perkembangan
  10. Intervensi Krisis
  11. Intervensi Pengurusan Emosi, Stres, Kemarahan, dan Anzieti
  12. Pengujian Psikologikal / Psikometrik Klinikal

WAKTU OPERASI

HARI MASA
Isnin - Khamis 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 12.15 tengahari - 2.45 petang
Sabtu / Ahad / Cuti Umum TUTUP

LOKASI

Unit Psikologi dan Kaunseling terletak di:
Tingkat 4, Kompleks Rawatan Harian (ACC)
Hospital Raja Permaisuri Bainun
Jalan Raja Ashman Shah
31450 Ipoh, Perak