Soalan Lazim Gastroenterologi

oalan lazim Jabatan Perubatan:

 

  1. Di manakah terletaknya klinik gastroenterology HRPB?

          Klinik susulan gastroenterology terletak di Bilik 1 klinik perubatan HRPB, tingkat 1, Bangunan  Kompleks Pakar HRPB.

     

     2. Di mana terletaknya bilik endoscopy di HRPB?

        Bilik endoscopy terletak di tingkat 1, bangunan kompleks harian HRPB.

 

     3. Bagaimanakah cara untuk mendapat temujanji klinik gastroenterology?

        Temujanji klinik gastroenterology boleh dibuat dengan datang sendiri ke kaunter klinik pakar perubatan.

 

    4.  Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa membuat temujanji di klinik gastroenterology?

        Dokumen yang perlu dibawa termasuk:

  • Kad pengenalan
  • Kad pesara
  • Surat rujukan
  • (bagi pesara)
  • Kad susulan (bagi pesakit susulan)
  • Ubat yang sedia ada
  • Keputusan ujian darah dan filem-filem x-ray atau ultrasound sekiranya ada.

 

    5. Adakah terdapat perkhidmatan gastroenterology yang lain di negeri Perak?

       Ya. Perkhidmatan gastroenterology juga didapati di Hospital Taiping dan Hospital Teluk Intan.

 

   6. Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya tidak dapat hadir pada tarikh temujanji yang terlah diaturkan?

      Pesakit boleh datang sendiri ke kaunter klinik pakar perubatan untuk mendapat tarikh susulan baru ataupun   menghubungi kaunter klinik pakar perubatan melalui telephone.

 

  7. Sekiranya berlakunya komplikasi ataupun tersilap guna ubat Hepatis B dan Hepatitis C, apakah yang perlu dilakukan?

    Pesakit perlu datang ke klinik gastroenterology secepat mungkin ataupun pergi terus ke unit kecemasan untuk   mendapat rawatan awal. Bagi komplikasi yang serious, pesakit perlu masuk ke wad hospital untuk mendapat rawatan pesakit dalam yang sewajarnya. Pesakit tersebut akan dirawat oleh pakar gastroenterology di wad perubatan.