Soalan Lazim Perkhidmatan Pengimejan Diagnostik

SOALAN LAZIM (PERKHIDMATAN PENGIMEJAN DIAGNOSTIK))

FREQUENTLY ASKED QUESTION (DIAGNOSTIC IMAGING SERVICES)

 

Soalan

 

Question

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan pemeriksaan x-ray atau pemeriksaan pengimejan?

How could I get an x-ray or medical imaging examination?

Jawapan

 

Answer

Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk diperiksa dan jika perlu doktor akan membuat permohonan untuk pemeriksaan tersebut.

One must see a doctor to be examined and if necessary the doctor will request for an x-ray to be performed

 

 

Soalan

Question

Adakah saya dikenakan bayaran untuk pemeriksaan x-ray?

Do I have to pay for an X-Ray examination?

Jawapan

 

 

 

 

 

 

 

Answer

Tidak, kecuali …

  • untuk pemeriksaan perubatan tertentu
  • jika anda seorang warga asing yang bukan anggota kerajaan
  • permohonan yang dibuat oleh doktor swasta atau
  • anda seorang Pesakit Dalam yang dikenakan bayaran.

 No, except ...

 

  • for a certain medical examination
  • if you are a foreigner who are not a government servant
  • those examinations requested by private doctors or
  • if you are a 'paying' inpatient.

 

 

Soalan

 

Question

Jika perlu berapakah bayaran yang dikenakan bagi setiap pemeriksaan?

If necessary how much do I have to pay for each examination?

Jawapan

 

Answer

Bayaran bergantung pada jenis pemeriksaan dan bahagian yang diperiksa mengikut ketetapan dibawah Akta Fi pindaan 2003

Payment will depend on the type of examination and part examined as stipulated under Akta Fi pindaan 2003

 

 

Soalan

Question

Bolehkah saya memiliki filem x-ray tersebut jika dibayar?

Could I own the x-ray film if paid for?

Jawapan

 

 

 

 

 

 

 

Answer

Tidak boleh. Filem x-ray merupakan rekod perubatan dan ia adalah hak milik hospital, kecuali

  • filem x-ray bagi tujuan pemeriksaan perubatan tertentu sahaja seperti memasuki tentera dan pusat pengajian tinggi
  • filem dari pemeriksaan x-ray yang dipohon oleh doctor swasta

No. X-ray films are  medical record and they are to be kept in the hospital, except ...

  • x-ray film for a certain medical examination such as joining the army and  universities
  • films from x-ray examinations requested by private doctors

 

 

Soalan

Question

Adakah x-ray berbahaya?

Are x-ray dangerous?

Jawapan

 

Answer

Ya. Penggunaan x-ray tidak harus dipraktikkan kecuali penggunaannya mendatangkan faedah yang ketara.

Yes. The use of x-ray should not be practiced unless its introduction produces a positive net benefit

 

Soalan

 

Question

Berapakah dos radiasi yang saya terima bagi setiap pemeriksaan x-ray?

How much dose of radiation do I receive from an x-ray examination?

Jawapan

 

 

Answer

Bergantung pada jenis pemeriksaan dan faktor dedahannya. Dos pemeriksaan x-ray am (dada atau anggota) adalah kecil berbanding dengan dos pemeriksaan fluoroskopi dan CT scan.

Dose received depend on the type of examination and the exposure factors. Dosage from general radiography (chest or extremities) are small as compared to dosage from fluoroscopy or CT scan.

 

Soalan

 

Question

Saya baru sahaja menjalani pemeriksaan x-ray. Bolehkah saya di x-ray lagi dan adakah ini akan memudaratkan?

An x-ray examination has just been performed on me. Could I undergo another x-ray again and is it harmful?

Jawapan

 

 

 

Answer

Tidak memudaratkan jika dos yang diterima tidak melebihi had dos maksima yang dibenarkan. Dos maksima yang disyorkan oleh ICRP (badan pengawal antarabangsa) bagi orang awam ialah 1 mSv / tahun, iaitu bersamaan dengan 50 pemeriksaan x-ray dada.

Not harmful if the absorbed dose does not exceed the maximum permissible dose. Maximum Permissible Dose proposed by ICRP (The International Commission on Radiological Protection) to the public is 1 mSv / year, that is equivalent to 50 chest x-rays

 

Soalan

 

Question

Bolehkah pemeriksaan x-ray dilakukan keatas perempuan yang sedang hamil?

Could an  x-ray examination be performed on pregnant woman?

Jawapan

 

 

 

Answer

Tidak digalakkan kecuali tiada pilihan atau pemeriksaan tidak boleh ditangguhkan. Dalam keadaan begini, alat perlindungan pada janin akan diberi jika bahagian yang hendak di x-ray tidak melibatkan bahagian abdomen, pinggul dan tulang belakang.

Strongly discouraged unless there is no other choice or examination cannot be delayed. In such cases, radiation protection to the fetus will be given unless the area to be x-rayed involve the abdomen, hips or spinal region.

 

Soalan

 

Question

Apakah jenis perkhidmatan yang disediakan oleh unit pengimejan?

What type of imaging services that are provided by the Unit Pengimejan?

Jawapan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Answer

Semua jenis pemeriksaan yang melibatkan penggunaan x-ray serta modaliti-modaliti tertentu bagi menghasilkan imej dalaman tubuh badan kita seperti

  • Radiografi am (x-ray biasa)
  • Fluoroskopi
  • Angiografi
  • Mammografi
  • Computed Tomography (CT Scan)
  • Ultrasound
  • Magnetic Resonance Imaging (MRI) dan
  • Perubatan Nuklear

All types of imaging examination that involves the use of  x-ray and imaging modalities  such as

  • General radiography (ordinary x-ray)
  • Fluoroscopy
  • Angiography
  • Mammography
  • Computed Tomography (CT Scan)
  • Ultrasound
  • Magnetic Resonance Imaging (MRI) and
  • Nuclear Medicine

 

Soalan

 

Question

Apakah yang dimaksudkan dengan pemeriksaan x-ray am dan pemeriksaan x-ray khas?

What is the difference between general (plain) x-ray and special examination?

Jawapan

 

 

Answer

Pemeriksaan x-ray am adalah pemeriksaan x-ray biasa dan pemeriksaan x-ray khas melibatkan penggunaan media kontras atau modaliti (peralatan) khusus.

General x-ray examinations are ordinary plain x-ray examination. Special examinations are those involving the  use of contrast media or a specific modality (equipment)

 

Soalan

Question

Apakah yang dimaksudkan dengan media kontras?

What is contrast media?

Jawapan

 

 

 

Answer

Cecair atau larutan yang disuntik kedalam tubuh atau melalui saluran darah atau dimasukan melalui rongga  tubuh bagi menggariskan/ membezakan diantara tisu atau organ semasa pemeriksaan x-ray atau MRI dijalankan.

Liquid or solution introduced into an opening in the body or through blood vessel to outline / distinguish structures between tissues or organs during an x-ray examination or MRI.

 

Soalan

Question

Apakah yang dimaksudkan dengan pemeriksaan Fluoroskopi?

What is Fluoroscopy?

Jawapan

 

Answer

Sejenis pemeriksaan x-ray dimana bahagian dalaman tubuh dapat dilihat secara terus dan dinamik.

An x-ray examination where intrinsic part of the body can be visualised directly and dynamically.

 

Soalan

Question

Apakah yang dimaksudkan dengan pemeriksaan Angiografi?

What is Angiography?

Jawapan

 

Answer

Sejenis pemeriksaan fluoroskopi khusus untuk salur darah terutama pada bahagian jantung dan buah pinggang.

A  fluoroscopic examination of blood vessel especially those of the heart and kidneys.

 

Soalan

Question

Apakah yang dimaksudkan dengan pemeriksaan Mammografi?

What is Mammography?

Jawapan

 

Answer

Mammografi ialah pemeriksaan x-ray payu dara bagi mengesan ketumbuhan atau barah pada peringkat awal.

Mammography is an x-ray examination of the breast to detect tumour or cancer at its early stage.

 

Soalan

 

Question

Apakah yang dimaksudkan dengan Computed Tomography (CT Scan)?

What is Computed Tomography (CT Scan)?

Jawapan

 

Answer

Satu modaliti pengimejan yang menggunakan X-Ray dan sistem komputer untuk menghasilkan imej dalam format digital

An imaging modality that uses X-Ray and computer system to generate image in digital format

 

Soalan

Question

Apakah yang dimaksudkan dengan Ultrasound?

What is Ultrasound?

Jawapan

 

Answer

Satu modaliti pengimejan yang menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi.

An imaging modality that uses high frequency sound wave.

 

Soalan

 

Question

Apakah yang dimaksudkan dengan Magnetic Resonance Imaging (MRI)?

What is Magnetic Resonance Imaging (MRI)?

Jawapan

 

Answer

Satu modaliti pengimejan yang menggunakan magnet dan sistem komputer untuk menghasilkan imej dalam format digital

An imagung modality that uses magnet and computer system to generate image in digital format

 

Soalan

Question

Apakah yang dimaksudkan dengan pemeriksaan radionuklid?

What is a radionuclide examination?

Jawapan

 

 

Answer

Satu bidang pengimejan dalam perubatan nuklear dimana sedikit bahan radioaktif (isotope) disuntik kedalam tubuh untuk menghasilkan imej bagi tujuan diagnosis.

An imaging procedure in nuclear medicine where radioactive material (isotope) is injected into the body so that image can be generated for diagnostic purposes.

 

Soalan

 

Question

Adakah pemeriksaan Ultrasound atau MRI sama berbahaya seperti pemeriksaan x-ray?

Is Ultrasound examination or MRI equally dangerous as x-rays

Jawapan

 

 

Answer

Tidak. Pemeriksaan Ultrasound atau MRI tidak menggunakan x-ray atau sebarang jenis sinaran mengion. Ia menggunakan gelombang bunyi serta magnet dan sehingga kini tiada bukti ianya berbahaya.

No. Ultrasound examination or MRI does not use x-ray or any ionizing radiation. It uses sound wave or magnet and evidence that they are dangerous is yet to be proven.