1 2 3 4 5



Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Sebut Harga Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh telah
memutuskan untuk menerima SEBUTHARGA PERKHIDMATAN KAFETERIA SIHAT DI
KANTIN KOLEJ KEJURURAWATAN, HOSPITAL RAJA
PERMAISURI BAINUN, IPOH, PERAK BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN untuk ditauliahkan kepada Z-DIN ENTERPRISE

Dimaklumkan keputusan sebutharga boleh dimuat turun pada link di bawah:
KEPUTUSAN SEBUTHARGA


PERMOHONAN PENAMBAHAN KATIL TIDAK RASMI DALAM SPP
Dimaklumkan borang permohonan penambahan katil tidak rasmi dalam Sistem Pengurusan Pesakit(SPP) boleh dimuat turun pada Borang Muat Turun folder Warga HRPB atau,klik pada:
BORANG PENAMBAHAN KATIL TIDAK RASMI DALAM SPP

PEKELILING TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA SELEPAS WAKTU PEJABAT BAGI PEGAWAI PERUBATAN
Pekeliling boleh dimuat turun dari Laman Web HRPB mulai sekarang. MEMO HEBAHAN

MOBILE WEB HRPB
Kini anda boleh melayari laman web rasmi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh menerusi telefon bimbit atau PDA anda di http://hrpb.moh.gov.my


ARAHAN KESELAMATAN BIL.1/2013
Pematuhan Pemakaian Pas Pekerja/Kad Pengenalan Jabatan Bagi Semua Kakitangan HRPB, Ipoh dan Kakitangan Penyelenggaraan

Dimaklumkan, pentadbiran Hospital Raja Permaisuri Bainun akan menguatkuasakan pemakaian Pas Pekerja/Kad Pengenalan Jabatan bagi semua pegawai & Kakitangan HRPB, Ipoh. Penguatkuasaan turut melibatkan semua pekerja sokongan dibawah seliaan Edgenta Medi-Serve Sdn. Bhd dan pengawal keselamatan.


BORANG IR1.1
Format Incident Reporting (IR1.1) boleh dimuat turun dari Laman Web HRPB mulai sekarang. Borang


PERTUKARAN FORMAT BARU BORANG TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA
Tuan/Puan boleh muat turun pada Borang Muat Turun di Warga HRPB atau link dibawah:

Borang ELM1
Borang baru ELM2


Perniagaan

 

                                                                                                                                                                                
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Print

Apa Itu EKSA

Written by Yusof Pauzi pada 07 May 2015. Di dalam bahagian Berita

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

 

MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.

Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:

a)   meningkatkan imej korporat;

b)  menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan;

c)  menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Go Green;

d)  memperluas pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif;  dan

e) memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan

 

Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.

Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.

1 MALAYSIAINTANJABATAN KESIHATAN NEGERI PERAKJPAKERAJAAN NEGERI PERAKMAMPUMSCMY GOVERNMENTKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAMyHEALTHSPASPA PERAKCRC PERAK