Articles

Print

Jabatan Dietetik

Written by Pentadbir Web pada 10 August 2015. Di dalam bahagian Maklumat Jabatan/Unit

JABATAN DIETETIK DAN SAJIAN

PENGENALAN

Jabatan Dietetik Dan Sajian (JDS) di Hospital Raja Permaisuri Bainun merupakan perkhidmatan sokongan klinikal yang terdiri daripada 2 bahagian iaitu, perkhidmatan dietetik dan perkhidmatan sajian.

OBJEKTIF JABATAN DIETETIK & SAJIAN

Untuk memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara professional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.

FUNGSI UTAMA

  • Perkhidmatan Dietetik: memberi perkhidmatan dietetik klinikal dan terlibat dalam promosi kesihatan.
  • Perkhidmatan Sajian: membekalkan makanan kepada pesakit dan anggota yang berkelayakan.

 

SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Dietetik

  • Pesakit yang dirujuk oleh doktor kepada Pegawai Dietetik akan diberi khidmat ‘medical nutrition therapy’ dengan menggunakan ‘nutrition care process’ yang merangkumi ‘nutrition assessment, nutrition diagnosis, nutrition intervention dan nutrition monitoring & evaluation’ termasuk dokumentasi.
  • Perkhidmatan memberi ceramah, latihan, pendidikan berterusan dan khidmat pakar rujuk akan dikendalikan mengikut keperluan.
  • Latihan ‘internship’ dietetik akan diberi kepada pelatih-pelatih dietetik dari Institusi Pengajian Tinggi mengikut keperluan.
  • Penglibatan dalam kajian serta penyelidikan sejajar dengan keperluan klinikal atau perkhidmatan.

 

Perkhidmatan Sajian

 

  • Diet akan dibekalkan berdasarkan pesanan yang diterima dari wad mengikut kelas satu, dua, tiga atau kanak-kanak.
  • Ibu menemani anak di Wad Kanak-Kanak, iaitu MAC (mother accompanying child) akan dibekalkan diet kelas tiga.
  • Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu HIV positif akan dibekalkan susu formula bayi bagi tempoh dari lahir hingga umur 2 tahun untuk mereka yang berkelayakan.
  • Doktor bertugas atas panggilan di hospital, doktor dan paramedik yang bertugas di Dewan Bedah yang layak akan dibekalkan diet kelas satu.
  • Anggota bertugas malam yang layak akan dibekalkan catuan malam mengikut kadar yang ditetapkan (atas arahan Pengarah Hospital).
  • Penglibatan dalam kajian serta penyelidikan sejajar dengan perkembangan teknologi katering dan peningkatan mutu perkhidmatan makanan.  

 

 

PERKHIDMATAN DIETETIK PESAKIT LUAR

 

Konsultasi Diet Individu (Selain dari kes GDM)

 

Waktu

Isnin-Khamis          8.30 pagi – 12.30 tengahari

Lokasi

Bilik Konsultasi Diet, Unit Pendidikan Kesihatan, Kompleks Rawatan Harian, HRPB

Temujanji

Kes yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan perlu mendapatkan temujanji sebelum hadir ke klinik.

Telefon 05-2085358 pada waktu klinik untuk dapatkan tarikh temujanji

 

Kelas Pendidikan Berkumpulan (untuk kes GDM sahaja)

 

Waktu

Jumaat                  9.00 pagi

Lokasi

Bilik Seminar, Unit Pendidikan Kesihatan,

Kompleks Rawatan Harian, HRPB

Temujanji

Kes yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan tidak perlu mendapat  Temujanji, walk-in sahaja pada hari Jumaat jam 9.00 pagi (Hari bekerja)

FaLang translation system by Faboba