1 2 3 4 5







PERMOHONAN PENAMBAHAN KATIL TIDAK RASMI DALAM SPP
Dimaklumkan borang permohonan penambahan katil tidak rasmi dalam Sistem Pengurusan Pesakit(SPP) boleh dimuat turun pada Borang Muat Turun folder Warga HRPB atau,klik pada:
BORANG PENAMBAHAN KATIL TIDAK RASMI DALAM SPP

PEKELILING TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA SELEPAS WAKTU PEJABAT BAGI PEGAWAI PERUBATAN
Pekeliling boleh dimuat turun dari Laman Web HRPB mulai sekarang. MEMO HEBAHAN

MOBILE WEB HRPB
Kini anda boleh melayari laman web rasmi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh menerusi telefon bimbit atau PDA anda di http://hrpb.moh.gov.my


ARAHAN KESELAMATAN BIL.1/2013
Pematuhan Pemakaian Pas Pekerja/Kad Pengenalan Jabatan Bagi Semua Kakitangan HRPB, Ipoh dan Kakitangan Penyelenggaraan

Dimaklumkan, pentadbiran Hospital Raja Permaisuri Bainun akan menguatkuasakan pemakaian Pas Pekerja/Kad Pengenalan Jabatan bagi semua pegawai & Kakitangan HRPB, Ipoh. Penguatkuasaan turut melibatkan semua pekerja sokongan dibawah seliaan Edgenta Medi-Serve Sdn. Bhd dan pengawal keselamatan.


BORANG IR1.1
Format Incident Reporting (IR1.1) boleh dimuat turun dari Laman Web HRPB mulai sekarang. Borang


PERTUKARAN FORMAT BARU BORANG TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA
Tuan/Puan boleh muat turun pada Borang Muat Turun di Warga HRPB atau link dibawah:

Borang ELM1
Borang baru ELM2


Articles

Print

Jabatan Pembedahan Plastik

Written by Pentadbir Web pada 02 November 2011. Di dalam bahagian Maklumat Jabatan/Unit

1.    PENDAHULUAN

Jabatan Pembedahan Plastik terdiri daripada klinik pembedahan plastik dan wad kebakaran (1D).Sepanjang tahun 2010 sejumlah 5,954 pesakit telah mendapat rawatan pesakit luar di klinik pembedahan plastik(pertambahan sebanyak 9%), manakala sejumlah  725 pesakit mendapat rawatan sebagai pesakit dalam( in patient)( pertambahan sebanyak 38%).

2.     OBJEKTIF AM JABATAN

2.1    Menyelamatkan nyawa.

2.2    Memulihkan struktur tubuh badan yang mengalami kecederaan untuk    mengekalkan tahap kualiti hidupdan mengembalikan fungsi suatu penampilan yang normal.

2.3    Membaik pulih kecacatan akibat kecederaan,kecacatan semulajadi(congenital) atau neoplasia.

3.      OBJEKTIF SPESIFIK

3.1    Memberikan rawatan tertentu untuk menyelamatkan nyawa dan mengelakkan  komplikasi

3.2    Memberikan rawatan khas dan spesifik supaya pesakit dapat sembuh dengan cepat dan pulih kepada keadaan asal.

3.3    Memberikan rawatan yang berkesan dan kos efektif.

3.4    Memberikan rawatan susulan yang berkesan untuk mengelakkan komplikasi, khasnya untuk kes-kes kebakaran.

4.       PRESTASI JABATAN

4.1    Perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di Jabatan ini adalah seperti berikut:

4.1.1     Perkhidmatan Pesakit Luar.

4.1.2     Perkhidmatan Pembedahan  & Kebakaran.

4.1.3     Perkhidmatan Rawatan Kebakaran.

4.1.4     Perkhidmatan Rawatan Laser

4.1.5     Perkhidmatan Rawatan Keloid

4.1.6     Perkhidmatan Pembedahan Harian

5.       LATIHAN DAN KERTAS-KERTAS PENYELIDIKAN    

5.1    Latihan berterusan secara formal dan tidak formal diadakan sepanjang tahun untuk Pakar bedah plastik ,Pegawai Perubatan , Pegawai Perubatan Siswazah pelajar-pelajar perubatan serta paramedik.

5.2    Di samping itu,untuk meningkatkan pengetahuan am, beberapa orang Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan ,Jururawat , Pembantu Tadbir serta  Atendan Kesihatan telah dihantar untuk mengikuti kursus-kursus seperti berikut:

5.2.1     Kursus Akreditasi Hospital   

5.2.2     Kursus Budaya Korporat/Perasa dan Penyayang   

5.2.3     Bengkel QAP

5.2.4     Kursus Jururawat dalam Perkhimatan

5.2.5     Kursus Peningkatan Atendan Kesihatan

5.2.6     Kursus dalam perkhidmatan

5.2.7     Kursus ICT

RAWATAN KEBAKARAN (1D)

PENDAHULUAN

Wad 1D adalah satu-satunya Unit Rawatan Kebakaran di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Wad ini telah  beroperasi selama 15 tahun. Di sini disediakan  4 buah  bilik yang mempunyai  8 katil untuk pesakit dalam dan  sebuah  bilik untuk pesakit luar.

Wad ini menempatkan semua pesakit  yang terdiri daripada pesakit dewasa dan kanak-kanak , lelaki dan  perempuan  yang mengalami kebakaran dan kelecuran.

Adakalanya kes plastik juga di masukkan ke dalam wad ini  atas arahan doktor pakar.              Jumlah kemasukan pesakit  dalam tahun 2010 ialah  140 orang.

i)             68.5% dari bilangan kemasukan adalah disebabkan oleh kemalangan di rumah.

ii)            8.5% disebabkan oleh kemalangan perindustrian.

iii)           1.4% disebabkan oleh cubaan membunuh diri.

iv)           21.4% disebabkan oleh lain-lain sebab.

VISI WAD

Wad 1D akan menjadi sebuah wad yang dapat memulihkan pesakit daripada kecederaan fizikal supaya dapat menjalankan kehidupan mereka seperti biasa dan tidak merasa rendah diri apabila bergaul dengan orang lain.

MISI WAD

Misi wad 1D ialah supaya dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pesakit mengenai :-

1)    Kemalangan atau kejadian yang sama tidak patut berulang.

2)    Pesakit pulang tanpa sebarang komplikasi.

3)    Kepentingan rawatan susulan yang ditetapkan. 

 

 PIAGAM PELANGGAN

Kami di Klinik Pembedahan Plastik & Rekonstruktif, Hospital Ipoh bersedia dan berusaha membantu dan bekerjasama dengan anda dalam menyelesaikan apa-apa masalah berkenaan kesihatan anda dan seterusnya bersetuju seperti berikut :-

 

  1. Setiap pelanggan akan diberi rawatan perubatan berkualiti yang sewajarnya.

 

  1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ilkhlas.

 

  1. Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa kehormatannya akan terpelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.

        4. Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang                        dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.

        5. Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan secepat mungkin iaitu :-

 

                       I.  Pendaftaran                  : 10 minit

                      II. Pemeriksaan doktor  : 30 – 45 minit

 

 STRATEGI

 

Memperkukuhkan kemudahan dan sumber peralatan yang sedia ada dan menggunakan secara optima

 

Diagnosa / pemeriksaan dan rawatan awal

 

Memberikan layanan dan hospitaliti yang terbaik kepada pesakit luar dan dalam wad.

 

Memberikan perkhidmatan pendidikan pesakit.

 

Mewujudkan perkhidmatan sokongan yang cekap dan berkualiti

 

Menjalankan latihan dan program KKM dan latihan dalam perkhidmatan untuk kakitangan.

WAKTU OPERASI

Masa

  Hari

8.00 pg - 9.30pg

9.30pg - 1.00 t/hari

1.00t/hari -2.00ptg

2.00ptg - 5.00ptg

ISNIN

Lawatan ke wad

Klinik

Rehat

Klinik Keloid

SELASA

HARI PEMBEDAHAN (8.00pg - 8.00 mlm)

RABU

Lawatan ke wad

Klinik

Rehat

Pembedahan                        Kecil/Laser

KHAMIS

HARI PEMBEDAHAN

Klinik Rawatan Kebakaran     (Minggu Ke 2)

JUMAAT

Lawatan ke wad

Pembedahan Kecil

Rehat                                 (12.15 t/hari –

 2.45 ptg)

Mesyurat Unit Minggu Pertama CME (Minggu Ke 2 dan ke 4 Mesyurat Pakar

1 MALAYSIAINTANJABATAN KESIHATAN NEGERI PERAKJPAKERAJAAN NEGERI PERAKMAMPUMSCMY GOVERNMENTKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAMyHEALTHSPASPA PERAKCRC PERAK