1 2 3 4 5







PERMOHONAN PENAMBAHAN KATIL TIDAK RASMI DALAM SPP
Dimaklumkan borang permohonan penambahan katil tidak rasmi dalam Sistem Pengurusan Pesakit(SPP) boleh dimuat turun pada Borang Muat Turun folder Warga HRPB atau,klik pada:
BORANG PENAMBAHAN KATIL TIDAK RASMI DALAM SPP

PEKELILING TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA SELEPAS WAKTU PEJABAT BAGI PEGAWAI PERUBATAN
Pekeliling boleh dimuat turun dari Laman Web HRPB mulai sekarang. MEMO HEBAHAN

MOBILE WEB HRPB
Kini anda boleh melayari laman web rasmi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh menerusi telefon bimbit atau PDA anda di http://hrpb.moh.gov.my


ARAHAN KESELAMATAN BIL.1/2013
Pematuhan Pemakaian Pas Pekerja/Kad Pengenalan Jabatan Bagi Semua Kakitangan HRPB, Ipoh dan Kakitangan Penyelenggaraan

Dimaklumkan, pentadbiran Hospital Raja Permaisuri Bainun akan menguatkuasakan pemakaian Pas Pekerja/Kad Pengenalan Jabatan bagi semua pegawai & Kakitangan HRPB, Ipoh. Penguatkuasaan turut melibatkan semua pekerja sokongan dibawah seliaan Edgenta Medi-Serve Sdn. Bhd dan pengawal keselamatan.


BORANG IR1.1
Format Incident Reporting (IR1.1) boleh dimuat turun dari Laman Web HRPB mulai sekarang. Borang


PERTUKARAN FORMAT BARU BORANG TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA
Tuan/Puan boleh muat turun pada Borang Muat Turun di Warga HRPB atau link dibawah:

Borang ELM1
Borang baru ELM2


Articles

Print

Jabatan Pergigian Bedah Mulut

Written by Pentadbir Web pada 02 November 2011. Di dalam bahagian Maklumat Jabatan/Unit

1.    Klinik Bedah Mulut terletak di bangunan Kompleks Pakar di dalam perkarangan Hospital Raja Permaisuri Ipoh. Unit Bedah Mulut  menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh dan komprehensif kepada pesakit yang berumur 17 tahun keatas. Klinik ini berfungsi sebagai  pusat rawatan  utama di Negeri Perak  untuk kes-kes pembedahan mulut seperti kecederaan bahagian muka (maxillofacial trauma),ketumbuhan mulut dan “dental implant treatment”serta memberi rawatan kepada pesakit ”medically compromised”, Orang Kurang Upaya dan kes-kes dirujuk dari klinik swasta dan kerajaan. Seterusnya terdapat juga perkhidmatan prosthesis mata,telinga dan hidung yang lazimnya dirujuk dari klinik Oftalmologi,Otorinolaringologi dan kes-kes yang dirujuk dari klinik Ginekologi Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh.

2.    Pada tahun 2010, skop Unit ini telah diperluaskan dengan bermulanya perkhidmatan   

Patologi Mulut  dan Perubatan Mulut. Fungsi utama perkhidmatan ini adalah pengurusan kes - kes  Perubatan Mulut. Skop kerja  klinikal  melibatkan diagnosis serta rawatan’ulcer mulut / vesiculobullous lesions’, infeksi mucosa  mulut, masalah kalenjar air liur,sakit oro- fasial dan penyakit-penyakit mulut akibat manifestasi penyakit sistemik. Perkhidmatan diagnostik histopatologi mulut juga diberi.Dengan adanya perkhidmatan ini, kes-kes perubatan mulut  bolehlah di rujuk ke Pakar Perubatan Mulut dan  Patologi Mulut, Jabatan Bedah Mulut,di Hospital Raja Permaisuri Bainun ,Ipoh.

3.       Unit Bedah Mulut diketuai oleh seorang Pakar Bedah Mulut dan dibantu oleh  seorang lagi   Pakar  dan  tiga orang Pegawai Pergigian. Jumlah  keseluruhan tenaga kerja adalah seramai 28orang. Jumlah kedatangan pesakit  bagi tahun 2010 adalah 7399 manakala  jumlah  pesakit baru adalah 2435. Berbanding dengan tahun lepas  kedatangan pesakit baru telah  meningkat dari 2375  ke 2435 pada tahun 2010.

4.       PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR adalah satu aspek penting dalam perkhidmatan yang disediakan di Klinik  Bedah Mulut.Ketua Jabatan mengambil berat tentang perkhidmatan kaunter yang disediakan.

Perkhimatan kaunter dipantau berpandukan pencapaian elemen- elemen berikut:

4.1     Kepuasan Pelanggan :Di jalankan 2 kali setahun . Suatu ”hospital wide cross- sectional” Kajian kepuasan Pelanggan ke atas perkhidmatan Pesakit Luar dengan  menggunakan kaedah SERQUAL telah  dijalankan di klinik pada bulan Mac dan Oktober (2Xsetahun) 2010. Tujuan nya untuk mengetahui tahap kepuasan pesakit terhadap  perkhidmatan yang sediakan  melalui kaedah ”systematic random sampling ” dengan  menggunakan borang soal selidik SERVQUAL.

4.2     Masa Menunggu: Kajian masa menunggu dijalankan sebanyak 2 kali setahun Kami amatlah mengambil berat masalah dihadapi oleh pelanggan sewaktu berurusan dengan Jabatan kami. Kajian yang dilakukan mendapati bahawa, masa  menunggu pelanggan adalah memuaskan iaitu tidak  melebehi 90 min mengikut Standard Kementerian Kesihatan. Purata waktu menunggu adalah 19 min. Di samping cuba mengurangkan tempoh masa menunggu , beberapa langkah juga diambil oleh pihak pengurusan supaya pesakit dapat menunggu dalam keselesaan. Kemudahan seperti televisyen ,bahan bacaan dan Penghawa dingin  disediakan.

4.3        Pengurusan Aduan: Ketua Jabatan mengambil berat tentang mutu perkhidmatan yang diberikan oleh anggota kepada pelanggan dengan memantau semua aduan yang diterima.Semua adunan yang diterima akan disiasat dan  tindakan penambaikan akan diambil.Di tahun  2010 tiada aduan.

4.4     Aktiviti Kualiti : Aktiviti kualiti juga dijalankan  di Jabatan  Bedah Mulut .Kajian QA dijalankan untuk menyelesaikan masalah dalam jabatan . Tahun 2010 Kajian QA yang dijalankan bertajuk  ”Improving Oral Hygiene Among Patient With Arch Bar and IMF” dalam proses mengumpul data dan jangka  akan selesai tahun 2011.

4.5     Kepentingan Anggota : Berbagai kursus teknikal dan ”soft skill” dihadiri  untuk meningkatkan  tahap kemahiran anggota   dan  keluarga mereka .Tidak lupa juga diadakan majlis jamuan hari – hari perayaan ,jamuan perpisahan dan anugerah khidmat cemerlangan menghargai sumbangan anggota dan mengeratkan  hubung antara anggota.  

4.6     Joint Clinic/Combine  Clinic: Selain daripada kes-kes rawatan yang disenarikan, Unit Bedah Mulut terlibat di dalam perbincangan “joint Clinic” atau “combine clinic”  didalam perbincangan ini melibatkan lebih daripada satu kepakaran dimana Unit Pergigian Pediatrik, Unit Pergigian Orthodontic, Unit Pergigian Restoratif dan Unit Pergigian Periodontik turut terlibat sama. Tujuan gabungan kesemua unit kepakaran ini adalah untuk mencapai mod rawatan yang paling efisien dan sesuai bagi pesakit,seterusnya meningkatkan kualiti rawatan.

 

4.7        Latihan: Latihan berterusan secara formal dan tidak formal diadakan sepanjang tahun memberi   pengetahuan yang menyeluruh dari segi teori dan klinikal bagi Pegawai  yang bakal menduduki peperiksaan. Seramai 14 orang Pegawai Pergigian (FYDOs) yang ditempatkan dibawah Unit Bedah Mulut telah dilatih dan diberi pendedahan bagi tujuan membantu mereka menjalankan tugas ketika on-call.Turut melatih 3 Juruteknologi Pergigian dan 18 Pembantu Pembedahan Pergigian yang mengikuti Kursus di kolej Latihan Pergigian Pulau Pinang.

Sebagai langka keselamatan  untuk anggota CCTV dipasang

1 MALAYSIAINTANJABATAN KESIHATAN NEGERI PERAKJPAKERAJAAN NEGERI PERAKMAMPUMSCMY GOVERNMENTKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAMyHEALTHSPASPA PERAKCRC PERAK