1 2 3 4




PEKELILING TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA SELEPAS WAKTU PEJABAT BAGI PEGAWAI PERUBATAN
Pekeliling boleh dimuat turun dari Laman Web HRPB mulai sekarang. MEMO HEBAHAN

MOBILE WEB HRPB
Kini anda boleh melayari laman web rasmi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh menerusi telefon bimbit atau PDA anda di http://hrpb.moh.gov.my


ARAHAN KESELAMATAN BIL.1/2013
Pematuhan Pemakaian Pas Pekerja/Kad Pengenalan Jabatan Bagi Semua Kakitangan HRPB, Ipoh dan Kakitangan Penyelenggaraan

Dimaklumkan, pentadbiran Hospital Raja Permaisuri Bainun akan menguatkuasakan pemakaian Pas Pekerja/Kad Pengenalan Jabatan bagi semua pegawai & Kakitangan HRPB, Ipoh. Penguatkuasaan turut melibatkan semua pekerja sokongan dibawah seliaan Faber Medi-Serve Sdn. Bhd dan pengawal keselamatan.


BORANG IR1.1
Format Incident Reporting (IR1.1) boleh dimuat turun dari Laman Web HRPB mulai sekarang. Borang


JADUAL CME 2014
Jadual Mesyuarat Klinikal Mingguan CME boleh dimuat turun pada bahagian Warga HRPB


Articles

Print

Department of Anesthesiology

Written by Pentadbir Web pada Tuesday, 01 November 2011 15:14. Di dalam bahagian Maklumat Jabatan/Unit

INTRODUCTION

Department of Anesthesiology and Intensive Care is a department that is as important as other departments even though it is regarded as a given department by department sokongan.Perkhidmatan covers aspects of perioperative and critical care needed by the departments involved with surgical procedures.

SERVICES OFFERED

1. The main services offered are giving anesthesia for elective surgical cases and emergencies. Thirteen theaters (including 3 operating theaters in the ACC), 3 Ortho Theatre, Public Theatre 5, 1 Eye Theatre, 1 Theatre Maternity that are currently used for this purpose.

2. Rapi/3B Care Unit has 16 beds (including 2 Bilek Isolation) and ICU/7C has 6 beds bringing the total overall ICU beds is 22 beds. There is also a High Dependency Unit 3A HDU which has 8 beds (Ventilated), 4A Spinal Care Unit where 4 bed (Ventilated) and Ward 8B where 4 bed HDU (Ventilated) and CCU wards which 4 bed (Ventilated). The overall total is 20 HDU beds (outside Ventilated ICU)

3. Due to the ICU, at present is not sufficient and can not accommodate additional patients, then proposed to the Ministry of Health to make the ICU, HDU 3A second.

4. Other supportive treatment as "Acute Pain Service", "Labour Epidural Pain Service".

5. Anesthetic Clinic.

6. Services "Pain Management Clinic"

STAFF

Head of Department       : JUSA B(M) 1 orang
Expert UD54 10 orang
  UD52 2 orang
  UD48 5 orang
Medical Officer               : UD44 14 orang
Assistant Medical Officer  : U32 2 orang
  U29 7 orang
Head Nurse (ICU)     : U32 3 orang
Head Nurse (GOT)    : U32 3 orang
Nurse (ICU)              : U29 81  orang

RESEARCH

1. Incident Reporting

2. POMR (Post Operative Mortality Review )

3. National Audit ICU .

 

Print

Jabatan Pergigian Bedah Mulut

Written by Pentadbir Web pada Wednesday, 02 November 2011 12:38. Di dalam bahagian Maklumat Jabatan/Unit

1.    Klinik Bedah Mulut terletak di bangunan Kompleks Pakar di dalam perkarangan Hospital Raja Permaisuri Ipoh. Unit Bedah Mulut  menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh dan komprehensif kepada pesakit yang berumur 17 tahun keatas. Klinik ini berfungsi sebagai  pusat rawatan  utama di Negeri Perak  untuk kes-kes pembedahan mulut seperti kecederaan bahagian muka (maxillofacial trauma),ketumbuhan mulut dan “dental implant treatment”serta memberi rawatan kepada pesakit ”medically compromised”, Orang Kurang Upaya dan kes-kes dirujuk dari klinik swasta dan kerajaan. Seterusnya terdapat juga perkhidmatan prosthesis mata,telinga dan hidung yang lazimnya dirujuk dari klinik Oftalmologi,Otorinolaringologi dan kes-kes yang dirujuk dari klinik Ginekologi Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh.

2.    Pada tahun 2010, skop Unit ini telah diperluaskan dengan bermulanya perkhidmatan   

Patologi Mulut  dan Perubatan Mulut. Fungsi utama perkhidmatan ini adalah pengurusan kes - kes  Perubatan Mulut. Skop kerja  klinikal  melibatkan diagnosis serta rawatan’ulcer mulut / vesiculobullous lesions’, infeksi mucosa  mulut, masalah kalenjar air liur,sakit oro- fasial dan penyakit-penyakit mulut akibat manifestasi penyakit sistemik. Perkhidmatan diagnostik histopatologi mulut juga diberi.Dengan adanya perkhidmatan ini, kes-kes perubatan mulut  bolehlah di rujuk ke Pakar Perubatan Mulut dan  Patologi Mulut, Jabatan Bedah Mulut,di Hospital Raja Permaisuri Bainun ,Ipoh.

3.       Unit Bedah Mulut diketuai oleh seorang Pakar Bedah Mulut dan dibantu oleh  seorang lagi   Pakar  dan  tiga orang Pegawai Pergigian. Jumlah  keseluruhan tenaga kerja adalah seramai 28orang. Jumlah kedatangan pesakit  bagi tahun 2010 adalah 7399 manakala  jumlah  pesakit baru adalah 2435. Berbanding dengan tahun lepas  kedatangan pesakit baru telah  meningkat dari 2375  ke 2435 pada tahun 2010.

4.       PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR adalah satu aspek penting dalam perkhidmatan yang disediakan di Klinik  Bedah Mulut.Ketua Jabatan mengambil berat tentang perkhidmatan kaunter yang disediakan.

Perkhimatan kaunter dipantau berpandukan pencapaian elemen- elemen berikut:

4.1     Kepuasan Pelanggan :Di jalankan 2 kali setahun . Suatu ”hospital wide cross- sectional” Kajian kepuasan Pelanggan ke atas perkhidmatan Pesakit Luar dengan  menggunakan kaedah SERQUAL telah  dijalankan di klinik pada bulan Mac dan Oktober (2Xsetahun) 2010. Tujuan nya untuk mengetahui tahap kepuasan pesakit terhadap  perkhidmatan yang sediakan  melalui kaedah ”systematic random sampling ” dengan  menggunakan borang soal selidik SERVQUAL.

4.2     Masa Menunggu: Kajian masa menunggu dijalankan sebanyak 2 kali setahun Kami amatlah mengambil berat masalah dihadapi oleh pelanggan sewaktu berurusan dengan Jabatan kami. Kajian yang dilakukan mendapati bahawa, masa  menunggu pelanggan adalah memuaskan iaitu tidak  melebehi 90 min mengikut Standard Kementerian Kesihatan. Purata waktu menunggu adalah 19 min. Di samping cuba mengurangkan tempoh masa menunggu , beberapa langkah juga diambil oleh pihak pengurusan supaya pesakit dapat menunggu dalam keselesaan. Kemudahan seperti televisyen ,bahan bacaan dan Penghawa dingin  disediakan.

4.3        Pengurusan Aduan: Ketua Jabatan mengambil berat tentang mutu perkhidmatan yang diberikan oleh anggota kepada pelanggan dengan memantau semua aduan yang diterima.Semua adunan yang diterima akan disiasat dan  tindakan penambaikan akan diambil.Di tahun  2010 tiada aduan.

4.4     Aktiviti Kualiti : Aktiviti kualiti juga dijalankan  di Jabatan  Bedah Mulut .Kajian QA dijalankan untuk menyelesaikan masalah dalam jabatan . Tahun 2010 Kajian QA yang dijalankan bertajuk  ”Improving Oral Hygiene Among Patient With Arch Bar and IMF” dalam proses mengumpul data dan jangka  akan selesai tahun 2011.

4.5     Kepentingan Anggota : Berbagai kursus teknikal dan ”soft skill” dihadiri  untuk meningkatkan  tahap kemahiran anggota   dan  keluarga mereka .Tidak lupa juga diadakan majlis jamuan hari – hari perayaan ,jamuan perpisahan dan anugerah khidmat cemerlangan menghargai sumbangan anggota dan mengeratkan  hubung antara anggota.  

4.6     Joint Clinic/Combine  Clinic: Selain daripada kes-kes rawatan yang disenarikan, Unit Bedah Mulut terlibat di dalam perbincangan “joint Clinic” atau “combine clinic”  didalam perbincangan ini melibatkan lebih daripada satu kepakaran dimana Unit Pergigian Pediatrik, Unit Pergigian Orthodontic, Unit Pergigian Restoratif dan Unit Pergigian Periodontik turut terlibat sama. Tujuan gabungan kesemua unit kepakaran ini adalah untuk mencapai mod rawatan yang paling efisien dan sesuai bagi pesakit,seterusnya meningkatkan kualiti rawatan.

 

4.7        Latihan: Latihan berterusan secara formal dan tidak formal diadakan sepanjang tahun memberi   pengetahuan yang menyeluruh dari segi teori dan klinikal bagi Pegawai  yang bakal menduduki peperiksaan. Seramai 14 orang Pegawai Pergigian (FYDOs) yang ditempatkan dibawah Unit Bedah Mulut telah dilatih dan diberi pendedahan bagi tujuan membantu mereka menjalankan tugas ketika on-call.Turut melatih 3 Juruteknologi Pergigian dan 18 Pembantu Pembedahan Pergigian yang mengikuti Kursus di kolej Latihan Pergigian Pulau Pinang.

Sebagai langka keselamatan  untuk anggota CCTV dipasang

Print

Jabatan Pergigian Pediatrik

Written by Pentadbir Web pada Wednesday, 02 November 2011 12:23. Di dalam bahagian Maklumat Jabatan/Unit

Jabatan Pergigian Pediatrik di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh menyediakan perkhidmatan pergigian yang komprehensif untuk kanak-kanak di bawah umur 16 tahun. Jabatan ini menerima kes-kes rujukan daripada pegawai pergigian atau pegawai perubatan (kerajaan dan swasta).

Jenis - Jenis Rawatan

Tiada perubahan dalam jenis rawatan yang diberikan kepada pesakit di jabatan ini, iaitu merangkumi rawatan pencegahan dan rawatan yang lebih invasif seperti pembedahan di bawah bius am. Antaranya:

  1. Pengendalian trauma oro-fasial pediatrik termasuk fraktur tulang basal
  2. “Behaviour management” termasuk sedasi intravenus
  3. Pembedahan mulut kecil
  4. Rawatan pulpa untuk gigi desidus dan kekal
  5. Pengendalian keadaan patologi mulut dan anomali tisu lembut dan tisu keras
  6. Infeksi dento-fasial
  7. Pengendalian kanak-kanak dengan penyakit dan sindrom congenital
  8. Pengendalian kanak-kanak dengan pelbagai kecacatan
  9. “Advanced restorative care” untuk gigi desidus dan kekal
  10. Pengendalian ortodontik interseptif untuk kanak-kanak

Prostesis oro-fasial provisional – “feeding plates” (cleft palate), mata palsu, splin telinga & lain-lain

Rawatan Untuk Kanak-kanak Istimewa

Jabatan Pergigian Pediatrik banyak menerima kes rujukan yang melibatkan kanak-kanak istimewa. Antaranya:-

a)    Kompromi perubatan khasnya pesakit berpenyakit kongenital

b)   Retardasi mental

c)    Kecacatan dari segi fizikal

Kecacatan berbilang seperti Down’s Sindrom

Rawatan Di Bawah Sedasi Atau Anestesia Umum

Seperti yang dinyatakan di atas, jabatan ini banyak menerima rujukan kes yang melibatkan kanak-kanak istimewa yang memerlukan penjagaan dan rawatan komprehensif. Oleh kerana kebanyakan kanak-kanak ini tidak bekerjasama ketika rawatan,  maka alternatif lain seperti tersenarai diperlukan untuk kes sedemikian.

  • Sedasi: oral, intramuskular, intravenus, inhalasi
  • Anestasia umum

Latihan

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Jabatan Pergigian Pedaitrik merupakan salah satu tempat latihan/praktikal bagi Pegawai Pergigian Tahun Pertama (FYDO), Pelatih Juruteknik Pergigian dan Pelatih Pembantu Pembedahan Pergigian.

Setiap FYDO dikehendaki menjalani latihan 2 bulan di bawah jabatan ini.  Latihan ini bertujuan untuk mendedahkan mereka kepada jenis dan cara rawatan pergigian pesakit pediatrik serta menyediakan mereka dalam rawatan untuk kanak-kanak terutamanya pada waktu kecemasan. Pada tahun 2010, seramai 14 orang FYDO telah dilatih di jabatan ini. Pada tahun 2010, 3 orang Pelatih Juruteknik Pergigian dan 12 orang Pelatih Pembantu Pembedahan Pergigian telah menjalani latihan praktikal di jabatan ini. Pelatih Juruteknik Pergigian menjalani latihan di bawah Jabatan Bedah Mulut dan Jabatan Pergigian Pediatrik.

Print

Jabatan Pembedahan Plastik

Written by Pentadbir Web pada Wednesday, 02 November 2011 12:34. Di dalam bahagian Maklumat Jabatan/Unit

1.    PENDAHULUAN

Jabatan Pembedahan Plastik terdiri daripada klinik pembedahan plastik dan wad kebakaran (1D).Sepanjang tahun 2010 sejumlah 5,954 pesakit telah mendapat rawatan pesakit luar di klinik pembedahan plastik(pertambahan sebanyak 9%), manakala sejumlah  725 pesakit mendapat rawatan sebagai pesakit dalam( in patient)( pertambahan sebanyak 38%).

2.     OBJEKTIF AM JABATAN

2.1    Menyelamatkan nyawa.

2.2    Memulihkan struktur tubuh badan yang mengalami kecederaan untuk    mengekalkan tahap kualiti hidupdan mengembalikan fungsi suatu penampilan yang normal.

2.3    Membaik pulih kecacatan akibat kecederaan,kecacatan semulajadi(congenital) atau neoplasia.

3.      OBJEKTIF SPESIFIK

3.1    Memberikan rawatan tertentu untuk menyelamatkan nyawa dan mengelakkan  komplikasi

3.2    Memberikan rawatan khas dan spesifik supaya pesakit dapat sembuh dengan cepat dan pulih kepada keadaan asal.

3.3    Memberikan rawatan yang berkesan dan kos efektif.

3.4    Memberikan rawatan susulan yang berkesan untuk mengelakkan komplikasi, khasnya untuk kes-kes kebakaran.

4.       PRESTASI JABATAN

4.1    Perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di Jabatan ini adalah seperti berikut:

4.1.1     Perkhidmatan Pesakit Luar.

4.1.2     Perkhidmatan Pembedahan  & Kebakaran.

4.1.3     Perkhidmatan Rawatan Kebakaran.

4.1.4     Perkhidmatan Rawatan Laser

4.1.5     Perkhidmatan Rawatan Keloid

4.1.6     Perkhidmatan Pembedahan Harian

5.       LATIHAN DAN KERTAS-KERTAS PENYELIDIKAN    

5.1    Latihan berterusan secara formal dan tidak formal diadakan sepanjang tahun untuk Pakar bedah plastik ,Pegawai Perubatan , Pegawai Perubatan Siswazah pelajar-pelajar perubatan serta paramedik.

5.2    Di samping itu,untuk meningkatkan pengetahuan am, beberapa orang Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan ,Jururawat , Pembantu Tadbir serta  Atendan Kesihatan telah dihantar untuk mengikuti kursus-kursus seperti berikut:

5.2.1     Kursus Akreditasi Hospital   

5.2.2     Kursus Budaya Korporat/Perasa dan Penyayang   

5.2.3     Bengkel QAP

5.2.4     Kursus Jururawat dalam Perkhimatan

5.2.5     Kursus Peningkatan Atendan Kesihatan

5.2.6     Kursus dalam perkhidmatan

5.2.7     Kursus ICT

RAWATAN KEBAKARAN (1D)

PENDAHULUAN

Wad 1D adalah satu-satunya Unit Rawatan Kebakaran di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Wad ini telah  beroperasi selama 15 tahun. Di sini disediakan  4 buah  bilik yang mempunyai  8 katil untuk pesakit dalam dan  sebuah  bilik untuk pesakit luar.

Wad ini menempatkan semua pesakit  yang terdiri daripada pesakit dewasa dan kanak-kanak , lelaki dan  perempuan  yang mengalami kebakaran dan kelecuran.

Adakalanya kes plastik juga di masukkan ke dalam wad ini  atas arahan doktor pakar.              Jumlah kemasukan pesakit  dalam tahun 2010 ialah  140 orang.

i)             68.5% dari bilangan kemasukan adalah disebabkan oleh kemalangan di rumah.

ii)            8.5% disebabkan oleh kemalangan perindustrian.

iii)           1.4% disebabkan oleh cubaan membunuh diri.

iv)           21.4% disebabkan oleh lain-lain sebab.

VISI WAD

Wad 1D akan menjadi sebuah wad yang dapat memulihkan pesakit daripada kecederaan fizikal supaya dapat menjalankan kehidupan mereka seperti biasa dan tidak merasa rendah diri apabila bergaul dengan orang lain.

MISI WAD

Misi wad 1D ialah supaya dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pesakit mengenai :-

1)    Kemalangan atau kejadian yang sama tidak patut berulang.

2)    Pesakit pulang tanpa sebarang komplikasi.

3)    Kepentingan rawatan susulan yang ditetapkan. 

 

 

Print

Social Work Medical Unit

Written by Pentadbir Web pada Wednesday, 02 November 2011 12:17. Di dalam bahagian Maklumat Jabatan/Unit

1. SPECIFIC OBJECTIVE

Giving comprehensive social services in tune with patient treatment concept thorough towards the increase of social function clients, hopefully they can return to be the members of community that are productive and dedicated suitable with limit of the ability because of their disease.

Practice the ‘multi-disciplinary’ concept consistent with the ‘hollistic’ orientation against health.

Helping to create support teams that functioning as ‘mutual aid system’ for the clients that has the same problems or life experiences.

Identify the sources in or out of the community that can be benefits to the client's recovery.

2. TYPE OF SERVICES OFFERED

Social work medical services are emphasizing to help clients' recovery and maximize the clients' social function consistent with their ability that is caused by the disease. the services offered as follows:-

2.1 Help of Supportive Therapy

Type of cases involved such as:

  • Unwed mothers
  • Rape victims
  • Disabled people
  • HIV Positive/ AIDS
  • Addiction
  • Attempted suicide
  • Chronic patients care/ palliative
  • Anxiety before and after surgery
  • Anxiety about the illness/ treatment
  • Family problem

2.2 Practicable Assistance

Types of practicable assistance encompasses services as follow:

  • Financial Support
    • Clients that need self sufficiency aid.
    • Fees to go get the hospital treatment
    • Client who didn't afford to pay the treatment cost, such as cases that referred to IJN
  • Medical Equipment Support
    • Implants, wheelchair, aero chamber, crutchers, walking frame, suction machine etc.
  • Institutional Placement Support
    • Senior citizens who are homeless
    • Clients that need protection such as rape victim etc

BLOG KKM1 MALAYSIAINTANJABATAN KESIHATAN NEGERI PERAKJPAKERAJAAN NEGERI PERAKMAMPUMSCMY GOVERNMENTKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAMyHEALTHSPASPA PERAKCRC PERAK