1 2 3




WALK A THON BERMESEJ
Dimaklumkan Pusat Sumber Organ HRPB Ipoh akan mengadakan program Walk A Thon Bermesej. Untuk maklumat lanjut berkaitan program dan borang pendaftaran klik pada
MUAT TURUN

PEKELILING TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA SELEPAS WAKTU PEJABAT BAGI PEGAWAI PERUBATAN
Pekeliling boleh dimuat turun dari Laman Web HRPB mulai sekarang. MEMO HEBAHAN

MOBILE WEB HRPB
Kini anda boleh melayari laman web rasmi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh menerusi telefon bimbit atau PDA anda di http://hrpb.moh.gov.my


ARAHAN KESELAMATAN BIL.1/2013
Pematuhan Pemakaian Pas Pekerja/Kad Pengenalan Jabatan Bagi Semua Kakitangan HRPB, Ipoh dan Kakitangan Penyelenggaraan

Dimaklumkan, pentadbiran Hospital Raja Permaisuri Bainun akan menguatkuasakan pemakaian Pas Pekerja/Kad Pengenalan Jabatan bagi semua pegawai & Kakitangan HRPB, Ipoh. Penguatkuasaan turut melibatkan semua pekerja sokongan dibawah seliaan Faber Medi-Serve Sdn. Bhd dan pengawal keselamatan.


BORANG IR1.1
Format Incident Reporting (IR1.1) boleh dimuat turun dari Laman Web HRPB mulai sekarang. Borang


JADUAL CME 2014
Jadual Mesyuarat Klinikal Mingguan CME boleh dimuat turun pada bahagian Warga HRPB


Print

Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental

Written by Pentadbir Web pada 02 November 2011. Di dalam bahagian Maklumat Jabatan/Unit

PENGENALAN

Latar belakang.

Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental dimulakan pada tahun 1992 dengan seorang Pakar sahaja tanpa wad khusus untuk psikiatri dan kini telah berkembang sehingga adanya wad yang mempunyai 12 buah katil di Wad Lelaki dan 12 buah katil di Wad Perempuan.  Pada tahun 2007 jumlah katil telah ditambah dan kini setiap wad mempunyai 15 buah katil untuk wad lelaki dan 15 buah katil di wad perempuan.  Khidmat yang diberikan pada umumnya adalah untuk kes kes akut dari Bandaraya Ipoh, daerah Kinta dan kes kes yang dirujuk dari jabatan jabatan lain di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

Jumlah anggota di Jabatan.

Jumlah 51 orang anggota dari pelbagai kategori seperti tersebut dibawah ini:

Pakar Perunding Psikiatri 2 (1 Kontrak)
Pegawai Perubatan 6  (1 Kontrak)
Penyelia Pen. Peg. Perubatan (U32) 1 (menjaga Klinik Metadon & Wad 24)
Ketua Jururawat (U32) 2 (1 menjaga Wad 24 (P)
  (1 menjaga K.P.Psikiatri & Komuniti)
Pen. Pegawai Perubatan (U29) 8 (6 Wad 24 Lelaki)
  (1 Klinik Methadon)
  (1 Unit Rawatan DiRumah- Kontrak)
Jururawat Terlatih (U29) 10(2 Klinik Psikiatri )
  (1 Klinik Methadon)
  (7 Wad 24 Perempuan)
Pen. Jururawat (U14) 1 (Wad 24 Perempuan)
Pen. Jururawat (U11) 2 (Wad 24 Lelaki dan Perempuan)
Pem. Perawatan Kesihatan (U12) 2 (1 Klinik Psikiatri)
  (1 Wad 24 Perempuan)
Pem. Perawatan Kesihatan (U3) 9 (1 Klinik Methadon)
  (8 Wad 24 Lelaki)
Pem. Perawatan Kesihatan (U3) 7 (1 Klinik Psikiatri)
  (6 Wad 24 Perempuan)

1.0     Perkhidmatan yang diberikan:        

1.1.1    Unit Rawatan Luar

(a)  Memberi rawatan yang berterusan kepada pesakit pesakit yang baru discaj dari hospital dan juga kepada kes kes yang baru supaya pesakit pesakit ini  boleh menjalankan kehidupan secara normal dan dapat di terima oleh masyarakat sekelilingnya.  Unit ini juga memberi perkhidmatan kepada wargatua dan kanak kanak.  Seorang Pakar ‘Child Psychiatrist’ dari Hospital Taiping akan datang ke klinik ini setiap bulan untuk memberi rawatan kepada kanak kanak yang bermasaalah.

(b) Memberi pendidikan kesihatan mental (psychoeducation) kepada keluarga pesakit dan juga mengenai pentingnya ubat, kesan sampingan ubat, pentingnya datang untuk susulan dan mengenali tanda tanda awal relapse

(c)  Menyelia dan memberi latihan kepada kumpulan Pelatih Pegawai Perubatan, ‘post graduate student’ dan Pos Basik Paramedik.

(d) Membuat beberapa penyelidikan (research) mengenai rawatan kepada pesakit pesakit.

1.1.2    Unit Methadon

(a)  Memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih penagih dadah yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan dari hospital lain, wad wad dan Jabatan Anti Dadah Kebangsaan.

(b)  Melakukan penyaringan terhadap kes kes ini sebelum memulakan program Methadon.

(c)   Pemberian sirap Methadon secara DOT dan mengesan kesan sampingan sirap Methadon.

(d)  Memberi khidmat kaunseling secara berkumpulan, individu dan kepada ahli keluarga penagih penagih dadah.

1.1.3    Unit Rawatan Di Rumah

(a)  Memberi rawatan kepada pesakit pesakit di rumah.

(b) Memantau keadaan pesakit didalam pengambilan ubat dan kesan sampingan ubat.

(c)  Memberi ‘psychoeducation’ kepada pesakit dan keluarga pesakit jika pesakit masih tidak memahami penyakitnya.

1.1.4    Unit Pesakit Dalam – Wad 24 untuk Lelaki dan Perempuan.

 (a) Memberi rawatan dan pemulihan yang rapi kepada pesakit pesakit yang dimasukkan ke dalam wad.

 (b) Meneruskan pemberian ‘psychoeducation’ kepada pesakit pesakit setelah keadaan mentalnya stabil.

PERKHIDMATAN PEMBELAJARAN DAN PROMOSI KESIHATAN MENTAL

- Pakar Perunding Psikiatri,Pegawai Perubatan dan semua anggota di Jabatan ini  melibatkan diri

  dalam program pendidikan dalam perkhidmatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

- Memberi ceramah dalam konferen agensi bukan kerajaan dan juga memberi ceramah berkaitan Kesihatan Mental di Kolej

  Kejururawatan dan Perak Medical College oleh Pakar Perunding Psikiatri.

- Memberi tunjuk ajar kepada doktor pelatih, Post Graduate dan paramedik.

- Melibatkan diri didalam penyelidikan ‘research’ oleh Pakar Perunding Psikiatri, Pegawai Perubatan dan paramedik.

BLOG KKM1 MALAYSIAINTANJABATAN KESIHATAN NEGERI PERAKJPAKERAJAAN NEGERI PERAKMAMPUMSCMY GOVERNMENTKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAMyHEALTHSPASPA PERAKCRC PERAK