1 2 3 4 5



SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PARA PEMBEKAL ADALAH DIPELAWA UNTUK MENYERTAI SEBARANG URUSAN SEBUTHARGA DAN PEMBELIAN BAGI PEMBEKALAN, PERKHIDMATAN, KERJA DAN KATERING DI HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN, IPOH.
Dimaklumkan borang permohonan boleh dimuat turun pada link di bawah.:
BORANG PENDAFTARAN PEMBEKAL
NOTIS PEMBERITAHUAAN



PERMOHONAN PENAMBAHAN KATIL TIDAK RASMI DALAM SPP
Dimaklumkan borang permohonan penambahan katil tidak rasmi dalam Sistem Pengurusan Pesakit(SPP) boleh dimuat turun pada Borang Muat Turun folder Warga HRPB atau,klik pada:
BORANG PENAMBAHAN KATIL TIDAK RASMI DALAM SPP

PEKELILING TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA SELEPAS WAKTU PEJABAT BAGI PEGAWAI PERUBATAN
Pekeliling boleh dimuat turun dari Laman Web HRPB mulai sekarang. MEMO HEBAHAN

MOBILE WEB HRPB
Kini anda boleh melayari laman web rasmi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh menerusi telefon bimbit atau PDA anda di http://hrpb.moh.gov.my


ARAHAN KESELAMATAN BIL.1/2013
Pematuhan Pemakaian Pas Pekerja/Kad Pengenalan Jabatan Bagi Semua Kakitangan HRPB, Ipoh dan Kakitangan Penyelenggaraan

Dimaklumkan, pentadbiran Hospital Raja Permaisuri Bainun akan menguatkuasakan pemakaian Pas Pekerja/Kad Pengenalan Jabatan bagi semua pegawai & Kakitangan HRPB, Ipoh. Penguatkuasaan turut melibatkan semua pekerja sokongan dibawah seliaan Edgenta Medi-Serve Sdn. Bhd dan pengawal keselamatan.


BORANG IR1.1
Format Incident Reporting (IR1.1) boleh dimuat turun dari Laman Web HRPB mulai sekarang. Borang


PERTUKARAN FORMAT BARU BORANG TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA
Tuan/Puan boleh muat turun pada Borang Muat Turun di Warga HRPB atau link dibawah:

Borang ELM1
Borang baru ELM2


Perniagaan

 

                                                                                                                                                                                
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Profil Hospital

Sejarah Hospital Raja Permaisuri Bainun bermula pada tahun 1891 sebagai Hospital Daerah dengan dikenali sebagai Hospital Ipoh dengan kapisiti sebanyak 50 buah katil sahaja. Kemudian, Hospital ini dinaiktarafkan sebagai Hospital Negeri pada tahun 1942. Bangunan utama 8 tingkat siap dibina pada tahun 1980. Pembangunan lain termasuk Kompleks Klinik Pakar (tahun 1992) dan Kompleks Rawatan Harian (tahun 2005). Pada Khamis, 12 Jun 2008, nama hospital telah ditukar daripada Hospital Ipoh ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Bangunan Lama Hospital Ipoh

Bangunan Utama HRPB

Terkini hospital ini merupakan hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang ketiga terbesar selepas Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pulau Pinang dengan kapasiti 990 buah katil, 16 dewan bedah, 16 katil unit rawatan rapi dewasa, 8 katil unit rawatan jantung, 17 katil unit rawatan rapi kanak-kanak (PICU) dan 20 katil unit rawatan neonatal.

Hospital ini menyediakan perkhidmatan kepakaran dalam semua bidang kepakaran asas dan juga sub kepakaran seperti nefrologi, perubatan respiratori, hematologi, bedah neuro, pembedahan plastik, dan pediatrik surgeri. Perkhidmatan pengimejan dilengkapkan dengan peralatan MRI CT scan dan mesin mammography.

Kompleks Klinik Pakar

Kompleks Rawatan Harian         

Hospital Raja Permaisuri Bainun ini juga berfungsi sebagai hospital latihan untuk penuntut perubatan, pelatih jururawat dan anggota kesihatan bersekutu dari institut pengajian tinggi awam dan swasta. Hospital ini juga merupakan hospital latihan untuk doktor siswazah.

Bagi aspek pencapaian kualiti, Hospital ini telah menerima anugerah sijil MS ISO 9001 pada tahun 2005 dan sijil akreditasi hospital pada tahun 2006. Hospital ini juga telah diberi status hospital rakan bayi sejak tahun 1996.

 

1 MALAYSIAINTANJABATAN KESIHATAN NEGERI PERAKJPAKERAJAAN NEGERI PERAKMAMPUMSCMY GOVERNMENTKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAMyHEALTHSPASPA PERAKCRC PERAK