1 2 3 4 5



Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Sebut Harga Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh telah
memutuskan untuk menerima SEBUTHARGA PERKHIDMATAN KAFETERIA SIHAT DI
KANTIN KOLEJ KEJURURAWATAN, HOSPITAL RAJA
PERMAISURI BAINUN, IPOH, PERAK BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN untuk ditauliahkan kepada Z-DIN ENTERPRISE

Dimaklumkan keputusan sebutharga boleh dimuat turun pada link di bawah:
KEPUTUSAN SEBUTHARGA


PERMOHONAN PENAMBAHAN KATIL TIDAK RASMI DALAM SPP
Dimaklumkan borang permohonan penambahan katil tidak rasmi dalam Sistem Pengurusan Pesakit(SPP) boleh dimuat turun pada Borang Muat Turun folder Warga HRPB atau,klik pada:
BORANG PENAMBAHAN KATIL TIDAK RASMI DALAM SPP

PEKELILING TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA SELEPAS WAKTU PEJABAT BAGI PEGAWAI PERUBATAN
Pekeliling boleh dimuat turun dari Laman Web HRPB mulai sekarang. MEMO HEBAHAN

MOBILE WEB HRPB
Kini anda boleh melayari laman web rasmi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh menerusi telefon bimbit atau PDA anda di http://hrpb.moh.gov.my


ARAHAN KESELAMATAN BIL.1/2013
Pematuhan Pemakaian Pas Pekerja/Kad Pengenalan Jabatan Bagi Semua Kakitangan HRPB, Ipoh dan Kakitangan Penyelenggaraan

Dimaklumkan, pentadbiran Hospital Raja Permaisuri Bainun akan menguatkuasakan pemakaian Pas Pekerja/Kad Pengenalan Jabatan bagi semua pegawai & Kakitangan HRPB, Ipoh. Penguatkuasaan turut melibatkan semua pekerja sokongan dibawah seliaan Edgenta Medi-Serve Sdn. Bhd dan pengawal keselamatan.


BORANG IR1.1
Format Incident Reporting (IR1.1) boleh dimuat turun dari Laman Web HRPB mulai sekarang. Borang


PERTUKARAN FORMAT BARU BORANG TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA
Tuan/Puan boleh muat turun pada Borang Muat Turun di Warga HRPB atau link dibawah:

Borang ELM1
Borang baru ELM2


Perniagaan

 

                                                                                                                                                                                
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Visi, Misi, Objektif dan Piagam Pelanggan

VISI


Pusat Kecermerlangan Perubatan


MISI


Melahirkan individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap dan mampu disedia dan diperolehi, berteknologi sesuai dan serasi pelanggan.  Hospital ini akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan.

 

OBJEKTIF


1. Objektif Umum


Memberikan perkhidmatan diagnostik, rawatan, rehabilitasi dan pendidikan kesihatan yang berkualiti dan berkesan.Pesakit yang memerlukan rawatan yang tidak didapati di sini akan dirujuk ke hospital yang mempunyai rawatan tersebut.Semua pesakit akan dirawat dengan kemesraan, keikhlasan, dan penghormatan.Maruah pesakit sentiasa dijagai. Semua maklumat  pesakit akan dirahsiakan dan akan dikemukakan kepada pihak tertentu dengan keizinan pesakit atau mengikut kehendak undang-undang.Pesakit akan diberi penerangan berkenaan perawatan dan prosedur yang dicadangkan atau alternatifnya serta risiko yang terlibat. 


2. Objektif Khusus


Objektif-objektif unit adalah seperti berikut :
a.         Rawatan Pesakit Dalam
            Pesakit yang dirawat sebagai pesakit dalam akan diperiksa oleh pegawai perubatan sekurang-kurangnya sekali sehari.
b.         Rawatan Kecemasan
            Pesakit yang kritikal di Jabatan Kecemasan akan dirawat dengan segera.

 

PIAGAM PELANGGAN

 

Teras Piagam

 

Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

 

  1. Kemudahan Untuk Pelanggan
    • Setiap Pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan yang sewajarnya daripada Kementerian ini tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosio-ekonomi.
    • Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan diberi perkhidmatan dengan segera.
  2. Taraf Perkhidmatan
    • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas
    • setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional
    • Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna
  3. Maklumat Perkhidmatan
    • Setiap pelanggan boleh mendapatkan penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya
    • Setiap pelanggan boleh mendapatkan laporan mengenai perkhidmatan yang diterimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan mengikut peraturan yang ditetapkan
  4. Pendidikan Kesihatan
    • Setiap pelanggan akan diberikan maklumat mengenai aspek-aspek penting dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit

 

Kewajipan Pelanggan

 

Untuk membolehkan Kementerian Kesihatan melaksanakan Piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk:

 

  • Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan
  • Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan
  • Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.

 

1 MALAYSIAINTANJABATAN KESIHATAN NEGERI PERAKJPAKERAJAAN NEGERI PERAKMAMPUMSCMY GOVERNMENTKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAMyHEALTHSPASPA PERAKCRC PERAK