1 2 3 4 5



SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PARA PEMBEKAL ADALAH DIPELAWA UNTUK MENYERTAI SEBARANG URUSAN SEBUTHARGA DAN PEMBELIAN BAGI PEMBEKALAN, PERKHIDMATAN, KERJA DAN KATERING DI HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN, IPOH.
Dimaklumkan borang permohonan boleh dimuat turun pada link di bawah.:
BORANG PENDAFTARAN PEMBEKAL
NOTIS PEMBERITAHUAAN



PERMOHONAN PENAMBAHAN KATIL TIDAK RASMI DALAM SPP
Dimaklumkan borang permohonan penambahan katil tidak rasmi dalam Sistem Pengurusan Pesakit(SPP) boleh dimuat turun pada Borang Muat Turun folder Warga HRPB atau,klik pada:
BORANG PENAMBAHAN KATIL TIDAK RASMI DALAM SPP

PEKELILING TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA SELEPAS WAKTU PEJABAT BAGI PEGAWAI PERUBATAN
Pekeliling boleh dimuat turun dari Laman Web HRPB mulai sekarang. MEMO HEBAHAN

MOBILE WEB HRPB
Kini anda boleh melayari laman web rasmi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh menerusi telefon bimbit atau PDA anda di http://hrpb.moh.gov.my


ARAHAN KESELAMATAN BIL.1/2013
Pematuhan Pemakaian Pas Pekerja/Kad Pengenalan Jabatan Bagi Semua Kakitangan HRPB, Ipoh dan Kakitangan Penyelenggaraan

Dimaklumkan, pentadbiran Hospital Raja Permaisuri Bainun akan menguatkuasakan pemakaian Pas Pekerja/Kad Pengenalan Jabatan bagi semua pegawai & Kakitangan HRPB, Ipoh. Penguatkuasaan turut melibatkan semua pekerja sokongan dibawah seliaan Edgenta Medi-Serve Sdn. Bhd dan pengawal keselamatan.


BORANG IR1.1
Format Incident Reporting (IR1.1) boleh dimuat turun dari Laman Web HRPB mulai sekarang. Borang


PERTUKARAN FORMAT BARU BORANG TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA
Tuan/Puan boleh muat turun pada Borang Muat Turun di Warga HRPB atau link dibawah:

Borang ELM1
Borang baru ELM2


Perniagaan

 

                                                                                                                                                                                
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Print

Jenis Perkhidmatan Farmasi

Written by Yusof Pauzi pada 11 May 2015. Di dalam bahagian Perkhidmatan

JABATAN FARMASI

PENGENALAN

Di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), perkhidmatan pembekalan ubat kepada pesakit luar dijalankan 24 jam sehari melalui kaunter Farmasi Klinik Pakar (FKP) dan Farmasi Mini.

Lokasi

Waktu Operasi

Hari Bekerja

Sabtu, Ahad & Hari Cuti

Farmasi Klinik Pakar

7.30am – 5.30pm

Tutup

Farmasi Mini

24 jam

(Waktu Rehat:

Isnin-Khamis: 1pm-2pm

Jumaat: 12.15pm-2.45pm)

24 jam

 

Pesakit luar dengan preskripsi jangka panjang biasanya dibekalkan ubat untuk tempoh sebulan sahaja dan bekalan seterunya diambil pada bulan berikutnya. Sebilangan pesakit mengalami masalah untuk mendapatkan bekalan ubat di Jabatan Farmasi setiap bulan disebabkan oleh faktor-faktor berikut:-

  • Masa (pesakit tidak dapat menunggu lama atau sukar mencari tempat letak kereta)
  • Fizikal (pesakit warga emas/kurang upata)
  • Logistik (pesakit tinggal jauh atau sukar mendapatkan pengangkutan ke hospital)
  • Kos (tambang pengakutan terlalu mahal)

Jabatan Farmasi telah mengambil tindakan khususnya untuk mengurangkan masa menunggu:-

Preskripsi untuk pesakit warga emas / kurang upaya / mengandung ditandakan dan diberi keutamaan untuk diisi dan dibekalkan melalui kaunter mesra.

  • Menyediakan kaunter “unclaimed” untuk pesakit yang lewat memungut ubat supaya tidak mengganggu urusan pendispensan yang serdang dijalankan untuk pesakit lain.
  • Menjalankan “staff mobilization” semasa waktu puncak.

Pesakit juga boleh memilih cara pembekalan ubat ulangan melalui system temujanji atau kaunter khas yang menjimatkan masa dan memudahkan pesakit.

 

OBJEKTIF PERKHIDMATAN

  • Meningkatkan kebolehcapaian kepada penjagaan kesihatan (“access to healthcare”) untuk pesakit yang sukar mendatang ke hospital.
  • Mengurangkan masa menunggu dan kesesakan di kaunter farmasi.

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN PEMBEKALAN UBAT

1.  Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)

SPUB adalah system pembekalan ubat-ubatan ulangan oleh kaunter farmasi melalui system rujukan. Selepas dibekalkan ubat untuk kali pertama di HRPB, pesakit boleh memohon untuk mendapatkan bekalan ubat seterusnya di hospital / klinik kesihatan yang dipilih. Preskripsi pesakit mesti dicop dengan cop rujukan SPUB. Pesakit akan mendapatkan bekalan ubat ulangan apabila preskripsinya dibawa ke kaunter farmasi di hospital / klinik kesihatan yang dirujuk.

SPUB adalah sesuai sebagai cara pembekalan ubat ulangan melalui hospital / klinik kesihatan terdekat untuk pesakit yang tinggal jauh daripada HRPB.

2.  Perkhidmatan Kad Temujanji (Easy Pharmacy)

Pesakit diberikan kad temujanji yang dicatatkan tarikh temujanji untuk datang mengambil bekalan ubat ulangan. Ubat-ubatan pesakit untuk bulan berikutnya akan diisikan dan dibungkus terlebih dahulu. Pesakit dinasihati untuk mematuhi tarikh temujanji yang diberikan. Preskripsi asal pesakit disimpan oleh Farmasi Klinik Pakar (FKP) untuk tujuan pengisian uabat manakala pesakit diberi salinan fotostat preskripsi sebagai rujukan sekiranya doctor memerlukan sejarah pengubatan pesakit.

Farmasi Klinik Pakar mempunyai beberapa jenis kad temujanji pembekalan ubat ulangan iaitu:-

  • Kad kuning (Easy Pharmacy) memudahkan pesakit mengambil bekalan ubat susulan di kaunter  “Easy Pharmacy” Farmasi Bekalan Wad tanpa menunggu lama. Ubat-ubatan pesakit adalah disediakan terlebih dahulu sebelum menerimanya melalui kaunter “Easy Pharmacy”.

 

  • Kad ‘pink’ memudahkan pesakit mengambil ubat sirap ‘extemporaneus’ yang perlu sentiasa dibancuh kerana mempunyai tarikh luput yang pendek (beberapa hari sehingga seminggu). Ubat tersebut tidak ditambah bahan pengawet dan perlu disimpan di dalam peti sejuk. Ubat-ubatan pesakit adalah disediakan terlebih dahulu dan pesakit hanya perlu menunggu semakan ubat oleh pegawai farmasi sebelum menerimanya. Pada tarikh temujanji, pesakit boleh terus mendapatkan ubat sirap melalui kaunter mesra Farmasi Klinik Pakar tanpa menunggu kama.

 

  • Kad ‘SMS & Ambil’ memudahkan pesakit mengambil ubat susulan di kaunter Farmasi SMS & Ambil mengikut tarikh temujanji. Ubat-ubatan pesakit adalah disediakan terlebih dahulu sebelum tarikh temujanji  pesakit untuk mengambil ubat. Peringatan melalui SMS atau telefon akan dihantar kepada telefon bimbit pesakit beberapa hari sebelum tarikh temujanji. Disebabkan kaunter tersebut terletak di Stor Integrasi berada di tepi jalanraya, pesakit mudah mencari tempat letak kereta. Pendaftaran untuk perkhidmatan kad temujanji perlu dilakukan di Farmasi Klinik Pakar.

 

 

3.  Perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1Malaysia

     Perkhidmatan UMP 1Malaysia merupakan penghantaran ubat melalui Poslaju ke lokasi pilihan pesakit di seluruh negara. Melalui sistem ini, pesakit tidak perlu datang ke hospital untuk mengambil bekalan ubat ulangan. Bekalan ubat pesakit akan disediakan, disemak dan dibungkus sebelum diserahkan kepada pihak Poslaju untuk penghantaran sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum tarikh bekalan ubat pesakit kehabisan.

Ciri-ciri Pesakit yang Sesuai Menggunakan UMP

  • menghidap penyakit kronik dengan tahap penyakit yang stabil
  • patuh dan memahami terapi pengubatan
  • telah diberi khidmat kaunseling ubat-ubatan
  • tidak meggunakan perkhidmatan temujanji yang lain
  • atas permintaan pesakit, pesakit memenuhi terma dan syarat UMP
  • lokasi penghantaran mesti ada penerima pada jangka penghantaran (1-2 hari selepas tarikh serahan poslaju)

Ciri-ciri Ubat yang boleh dihantar melalui UMP

  • Bentuk ubat pepejal yang ditelan (tablet/kapsul)
  • Bukan jenis ubat dadah merbahaya / psikotropik
  • Tidak sensitive kepada perubahan suhu (bukan jenis simpanan peti sejuk)
  • Ubat bukan jenis asas pertukaran (“non exchange basis”) seperti ubat sedut dan ubat mata

Pesakit yang didapati sesuai untuk menggunakan UMP perlu ,mengisi borang UMP 1Malaysia. Sebelum pulang, pesakit juga diberikan satu salinan fotostat preskripsi manakala preskripsi asalnya akan disimpan di Farmasi Klinik Pakar. (untuk tujuan pengisian ubat). Bekalan ubat pesakit akan disediakan, disemak dan dibungkus sebelum diserahkan kepada pihak Poslaju untuk penghantaran sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum tairkh bekalan ubat pesakit dijangka kehabisan. Biasanya  kuantiti ubat adalah cukup untuk penggunaan sebulan akan disediakan untuk setiap penghantaran.

Caj Penghantaran

Caj untuk setiap penghantaran adalah bergantung kepada destinasi dan berat kiriman ubat. Bayaran adalah secara tunai (‘cash on delivery’) kepada anggota Poslaju yang menyerahkan ubat di alamat yang dimnta oleh pesakit.

Pnghantaran antara kawasan

Caj penghantaran (RM)

<500gm

<1000gm

Semenanjung Malaysia

Semenanjung Malaysia

5.00

6.00

Sabah/ Sarawak

Sabah/ Sarawak

5.00

6.00

Semenanjung Malaysia

Sabah/ Sarawak

8.00

10.00

 

Jaminan penghantaran adalah 1 -2 hari untuk penghantaran di dalam negeri Perak (sehari selepas pengambilan ubat berjadual oleh Poslaju kecuali hari minggu dan cuti am) dan bagi yang berada di luar kawasan Perak adalah bergantung kepada ketersediaan perkhidmatan PosLaju Malaysia.

Penghantaran ubat melalui UMP bergantung kepada hari dan waktu operasi Poslaju di negeri berkenaan. Untuk memastikan ubat telah sampai kepada pesakit dengan sempurna, pegawai farmasi akan mengesahkannya dengan pesakit melalui telefon.  Walaupun perkhidmatan ini memudahkan pesakit, terdapat ubat tertentu yang tidak dapat diposkan disebabkan faktor logistik (seperti ubat peka suhu/kelembapan) atau undang-undang (seperti ubat psikotropik).

4. Perkhidmatan Ubat Melalui Farmasi ‘SMS & Ambil’

Perkhidmatan ‘SMS & Ambil’ merupakan perkhidmatan pembekalan ubat ulangan kepada pesakit secara temujanji melalui kaunter Farmasi SMS & Ambil di Stor Integrasi. Jabatan Farmasi Hospital Raja Permaisuri Bainun telah memulakan perkhidmatan ini mulai bulan Oktober 2010. Preskripsi pesakit akan disaring oleh pegawai farmasi untuk memasktikan kesesuaian perkhidmatan ini untuk pesakit.

Ciri-ciri Pesakit yang Sesuai Menggunakan Farmasi ‘SMS & Ambil’

  • menghidap penyakait kronik dengan tahap penyakit yang stabil
  • patuh dan memahami terapi pengubatan
  • telah diberi khidmat kaunseling ubat-ubatan
  • tidak menggunakan perkhidmatan temujanji yang lain
  • pesakit memenuhi terma dan syarat, khususnya mematuhi tarikh temujanji
  • mempunyai telefon bimbit yang boleh dihubungi dan tahu menggunakan SMS

Pesakit yang didapati sesuai untuk menggunakan perkhidmatan ini perlu mengisi Borang Permohonan ‘SMS & Ambil’.Tarikh temujanji untuk pengambilan ubat akan detetapkan dengan persetujuan pesakit. Selain daripada sekeping kad temujanji ‘SMS & Ambil’, pesakit juga diberikan satu salinan fotostat preskripsinya. Preskripsi asalnya akan disimpan di Farmasi Klinik Pakar (untuk tujuan pengisian ubat).

Sekurang-kurangnya 2 hari bekerja sebelum tarikh temujanji, peringatan melalui SMS atau telefon akan dihantar kepada telefon bimbit pesakit. Sekiranya tiada pindaan tarikh temujanji oleh pesakit, bekalan ubat pesakit (biasanya kuantiti ubat yang cukup untuk penggunaan sebulan) akan disediakan dan disemak.

Pada waktu temujanji yang ditetapkan, pesakit boleh menerima ubat tersebut melalui kaunter Farmasi ‘SMS & Ambil’. Tarikh temujanji seterusnya ditetapkan dengan persetujuan pesakit dan direkodkan di dalam kad temujanji ‘SMS & Ambil’. Disebabkan kaunter tersebut di tepi jalanraya, pesakit mudah mencari tempah letak kereta.

 

Pembekalan ubat ulangan adalah tergantung kepada waktu operasi fasiliti berkaitan.

Jenis Perkhidmatan

Waktu Operasi

SPUB

Hari & waktu bekerja untuk hospital/klinik yang dirujuk (mengikut negeri)

Kad Temujanji

Kad Kuning (Easy Pharmacy)

8am - 9pm (hari bekerja)

8am - 12pm (hujung minggu & Hari Kelepasan Am)

Kad ‘pink’

Waktu operasi Farmasi Klinik Pakar sahaja

Kad ‘SMS & AMBIL’

Selasa dan Khamis (hari bekerja) 2.30-5.00pm

(mengikut temujanji yang ditetapkan)

UMP 1 Malaysia

Hari & waktu operasi PosLaju (mengikut negeri)

** Pesakit yang berminat untuk memilih perkhidmatan ini boleh mendapatkan keterangan lanjut daripada pengawai farmasi di kaunter mesra Farmasi Klinik Pakar.

 

 

 

1 MALAYSIAINTANJABATAN KESIHATAN NEGERI PERAKJPAKERAJAAN NEGERI PERAKMAMPUMSCMY GOVERNMENTKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAMyHEALTHSPASPA PERAKCRC PERAK