Print

Jenis Perkhidmatan Farmasi

Written by Yusof Pauzi pada 11 May 2015. Di dalam bahagian Perkhidmatan

JABATAN FARMASI

PENGENALAN

Di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), perkhidmatan pembekalan ubat kepada pesakit luar dijalankan 24 jam sehari melalui kaunter Farmasi Klinik Pakar (FKP) dan Farmasi Mini.

Lokasi

Waktu Operasi

Hari Bekerja

Sabtu, Ahad & Hari Cuti

Farmasi Klinik Pakar

7.30am – 5.30pm

Tutup

Farmasi Mini

24 jam

24 jam

 

Pesakit luar dengan preskripsi jangka panjang biasanya dibekalkan ubat untuk tempoh sebulan sahaja dan bekalan seterunya diambil pada bulan berikutnya. Sebilangan pesakit mengalami masalah untuk mendapatkan bekalan ubat di Jabatan Farmasi setiap bulan disebabkan oleh faktor-faktor berikut:-

  • Masa (pesakit tidak dapat menunggu lama atau sukar mencari tempat letak kereta)
  • Fizikal (pesakit warga emas/kurang upata)
  • Logistik (pesakit tinggal jauh atau sukar mendapatkan pengangkutan ke hospital)
  • Kos (tambang pengakutan terlalu mahal)

Jabatan Farmasi telah mengambil tindakan khususnya untuk mengurangkan masa menunggu:-

Preskripsi untuk pesakit warga emas / kurang upaya / mengandung ditandakan dan diberi keutamaan untuk diisi dan dibekalkan melalui kaunter mesra.

  • Menyediakan kaunter “unclaimed” untuk pesakit yang lewat memungut ubat supaya tidak mengganggu urusan pendispensan yang serdang dijalankan untuk pesakit lain.
  • Menjalankan “staff mobilization” semasa waktu puncak.

Pesakit juga boleh memilih cara pembekalan ubat ulangan melalui system temujanji atau kaunter khas yang menjimatkan masa dan memudahkan pesakit.

 

OBJEKTIF PERKHIDMATAN

  • Meningkatkan kebolehcapaian kepada penjagaan kesihatan (“access to healthcare”) untuk pesakit yang sukar mendatang ke hospital.
  • Mengurangkan masa menunggu dan kesesakan di kaunter farmasi.

 

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN PEMBEKALAN UBAT

1.  Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)

SPUB adalah system pembekalan ubat-ubatan ulangan oleh kaunter farmasi melalui system rujukan. Selepas dibekalkan ubat untuk kali pertama di HRPB, pesakit boleh memohon untuk mendapatkan bekalan ubat seterusnya di hospital / klinik kesihatan yang dipilih. Preskripsi pesakit mesti dicop dengan cop rujukan SPUB. Pesakit akan mendapatkan bekalan ubat ulangan apabila preskripsinya dibawa ke kaunter farmasi di hospital / klinik kesihatan yang dirujuk.

SPUB adalah sesuai sebagai cara pembekalan ubat ulangan melalui hospital / klinik kesihatan terdekat untuk pesakit yang tinggal jauh daripada HRPB.

2.  Perkhidmatan Kad Temujanji (Easy Pharmacy)

Pesakit diberikan kad temujanji yang dicatatkan tarikh temujanji untuk datang mengambil bekalan ubat ulangan. Ubat-ubatan pesakit untuk bulan berikutnya akan diisikan dan dibungkus terlebih dahulu. Pesakit dinasihati untuk mematuhi tarikh temujanji yang diberikan. Preskripsi asal pesakit disimpan oleh Farmasi Klinik Pakar (FKP) untuk tujuan pengisian uabat manakala pesakit diberi salinan fotostat preskripsi sebagai rujukan sekiranya doctor memerlukan sejarah pengubatan pesakit.

Farmasi Klinik Pakar mempunyai beberapa jenis kad temujanji pembekalan ubat ulangan iaitu:-

  • Kad kuning (Easy Pharmacy) memudahkan pesakit mengambil bekalan ubat susulan di kaunter  “Easy Pharmacy” Farmasi Bekalan Wad tanpa menunggu lama. Ubat-ubatan pesakit adalah disediakan terlebih dahulu sebelum menerimanya melalui kaunter “Easy Pharmacy”. Untuk mendapatkan kad temujanji “Easy Pharmacy”, pesakit boleh membuat pendaftaran di kaunter 8 di Farmasi Kompleks Pakar. Pesakit hanya perlu meyerahkan preskripsi asal kepada Pegawai Farmasi untuk difotostat. Pesakit akan diberikan salinan preskripsi dan no siri untuk kad temujanji tersebut. Kini, Farmasi “Easy”terletak di Bangunan Utama, tingkat bawah bersebelahan Farmasi Mini.

 

  • Kad ‘pink’ memudahkan pesakit mengambil ubat sirap ‘extemporaneus’ yang perlu sentiasa dibancuh kerana mempunyai tarikh luput yang pendek (beberapa hari sehingga seminggu). Ubat tersebut tidak ditambah bahan pengawet dan perlu disimpan di dalam peti sejuk. Ubat-ubatan pesakit adalah disediakan terlebih dahulu dan pesakit hanya perlu menunggu semakan ubat oleh pegawai farmasi sebelum menerimanya. Pada tarikh temujanji, pesakit boleh terus mendapatkan ubat sirap melalui kaunter mesra Farmasi Klinik Pakar tanpa menunggu kama.

  

3.  Perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1Malaysia

     Perkhidmatan UMP 1Malaysia merupakan penghantaran ubat melalui Poslaju ke lokasi pilihan pesakit di seluruh negara. Melalui sistem ini, pesakit tidak perlu datang ke hospital untuk mengambil bekalan ubat ulangan. Bekalan ubat pesakit akan disediakan, disemak dan dibungkus sebelum diserahkan kepada pihak Poslaju untuk penghantaran sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum tarikh bekalan ubat pesakit kehabisan.

Ciri-ciri Pesakit yang Sesuai Menggunakan UMP

  • menghidap penyakit kronik dengan tahap penyakit yang stabil
  • patuh dan memahami terapi pengubatan
  • telah diberi khidmat kaunseling ubat-ubatan
  • tidak meggunakan perkhidmatan temujanji yang lain
  • atas permintaan pesakit, pesakit memenuhi terma dan syarat UMP
  • lokasi penghantaran mesti ada penerima pada jangka penghantaran (1-2 hari selepas tarikh serahan poslaju)

Ciri-ciri Ubat yang boleh dihantar melalui UMP

  • Bentuk ubat pepejal yang ditelan (tablet/kapsul)
  • Bukan jenis ubat dadah merbahaya / psikotropik
  • Tidak sensitive kepada perubahan suhu (bukan jenis simpanan peti sejuk)
  • Ubat bukan jenis asas pertukaran (“non exchange basis”) seperti ubat sedut dan ubat mata

Pesakit yang didapati sesuai untuk menggunakan UMP perlu ,mengisi borang UMP 1Malaysia. Sebelum pulang, pesakit juga diberikan satu salinan fotostat preskripsi manakala preskripsi asalnya akan disimpan di Farmasi Klinik Pakar. (untuk tujuan pengisian ubat). Bekalan ubat pesakit akan disediakan, disemak dan dibungkus sebelum diserahkan kepada pihak Poslaju untuk penghantaran sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum tairkh bekalan ubat pesakit dijangka kehabisan. Biasanya  kuantiti ubat adalah cukup untuk penggunaan sebulan akan disediakan untuk setiap penghantaran.

 

Caj Penghantaran

Caj untuk setiap penghantaran adalah bergantung kepada destinasi dan berat kiriman ubat. Bayaran adalah secara tunai (‘cash on delivery’) kepada anggota Poslaju yang menyerahkan ubat di alamat yang dimnta oleh pesakit.

Pnghantaran antara kawasan

Caj penghantaran (RM)

<500gm

<1000gm

Semenanjung Malaysia

Semenanjung Malaysia

5.30

6.30

Sabah/ Sarawak

Sabah/ Sarawak

5.30

6.30

Semenanjung Malaysia

Sabah/ Sarawak

8.30

10.30

 

Jaminan penghantaran adalah 1 -2 hari untuk penghantaran di dalam negeri Perak (sehari selepas pengambilan ubat berjadual oleh Poslaju kecuali hari minggu dan cuti am) dan bagi yang berada di luar kawasan Perak adalah bergantung kepada ketersediaan perkhidmatan PosLaju Malaysia.

Penghantaran ubat melalui UMP bergantung kepada hari dan waktu operasi Poslaju di negeri berkenaan. Untuk memastikan ubat telah sampai kepada pesakit dengan sempurna, pegawai farmasi akan mengesahkannya dengan pesakit melalui telefon.  Walaupun perkhidmatan ini memudahkan pesakit, terdapat ubat tertentu yang tidak dapat diposkan disebabkan faktor logistik (seperti ubat peka suhu/kelembapan) atau undang-undang (seperti ubat psikotropik).

 

Pembekalan ubat ulangan adalah tergantung kepada waktu operasi fasiliti berkaitan.

Jenis Perkhidmatan

Waktu Operasi

SPUB

Hari & waktu bekerja untuk hospital/klinik yang dirujuk (mengikut negeri)

Kad Temujanji

Kad Kuning (Easy Pharmacy)

8am - 9pm (hari bekerja)

8am - 5pm (hujung minggu & Hari Kelepasan Am)

Kad ‘pink’

Waktu operasi Farmasi Klinik Pakar sahaja

UMP 1 Malaysia

Hari & waktu operasi PosLaju (mengikut negeri)

** Pesakit yang berminat untuk memilih perkhidmatan ini boleh mendapatkan keterangan lanjut daripada pengawai farmasi di kaunter mesra Farmasi Klinik Pakar.

 

 

FaLang translation system by Faboba