1 2 3




WALK A THON BERMESEJ
Dimaklumkan Pusat Sumber Organ HRPB Ipoh akan mengadakan program Walk A Thon Bermesej. Untuk maklumat lanjut berkaitan program dan borang pendaftaran klik pada
MUAT TURUN

PEKELILING TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA SELEPAS WAKTU PEJABAT BAGI PEGAWAI PERUBATAN
Pekeliling boleh dimuat turun dari Laman Web HRPB mulai sekarang. MEMO HEBAHAN

MOBILE WEB HRPB
Kini anda boleh melayari laman web rasmi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh menerusi telefon bimbit atau PDA anda di http://hrpb.moh.gov.my


ARAHAN KESELAMATAN BIL.1/2013
Pematuhan Pemakaian Pas Pekerja/Kad Pengenalan Jabatan Bagi Semua Kakitangan HRPB, Ipoh dan Kakitangan Penyelenggaraan

Dimaklumkan, pentadbiran Hospital Raja Permaisuri Bainun akan menguatkuasakan pemakaian Pas Pekerja/Kad Pengenalan Jabatan bagi semua pegawai & Kakitangan HRPB, Ipoh. Penguatkuasaan turut melibatkan semua pekerja sokongan dibawah seliaan Faber Medi-Serve Sdn. Bhd dan pengawal keselamatan.


BORANG IR1.1
Format Incident Reporting (IR1.1) boleh dimuat turun dari Laman Web HRPB mulai sekarang. Borang


JADUAL CME 2014
Jadual Mesyuarat Klinikal Mingguan CME boleh dimuat turun pada bahagian Warga HRPB


KEMASUKAN KE WAD

Semasa pendaftaran masuk ke wad, sila kemukakan dokumen berikut :

  • Kad Pengenalan/ Sijil Kelahiran Anak / Passport atau Sijil Pendaftaran lain yang sah
  • Surat Jaminan Masuk Wad dari majikan/ Kad pesara/ Buku Berhenti Perkhidmatan  Tentera/ Surat dari Sekolah atau lain-lain surat atau Sijil (Contoh: Buku atau Kad Pendermaan darah)
  • Kad Pranatal Ibu dan Kesihatan Bayi untuk kes bersalin

Sila maklumkan maklumat berikut kepada petugas kaunter semasa pendaftaran masuk ke wad :

  • Alamat terbaru dan nombor telefon sekiranya ada
  • Nama waris, alamat dan nombor telefonnya atau lain-lain maklumat yang perlu

 

Sila sediakan wang yang secukupnya untuk membayar deposit masuk wad :

SURAT JAMINAN

Anggota Kerajaan dan Keluarga :
Anggota kerajaan dan keluarga berkenaan perlu mengemukakan Surat Jaminan Masuk Wad dari ketua jabatannya, yang telah lengkap diisi dan sempurna untuk menentukan kelayakan kelas wad. Sila kemukakan Kad Pengenalan pemegang GL untuk penggunaan E-GL (GL On-Line).

Kakitangan Syarikat Swasta :
Kakitangan Syarikat Swasta dikehendaki mengemukakan Surat Jaminan Masuk ke Wad dari majikannya. Hanya surat dari syarikat swasta yang telah mempunyai JAMINAN BANK dengan KEMENTERIAN KESIHATAN sahaja diterima.

Bagi Pesakit yang bukan anggota kerajaan dan kakitangan syarikat swasta surat berkenaan seperti Surat Akaun Pelajar, Kad Penderma Darah dan sebagainya boleh digunakan.

Semua kes akan dimasukkan ke dalam wad kelas 3 kecuali bila ada surat jaminan atau membayar wang deposit mengikut kadar yang ditetapkan.
Wang deposit dikehendaki dibayar sekiranya tiada surat jaminan.

**Surat Jaminan sah laku 3 bulan dari tarikh keluaran.
Surat Jaminan boleh difaks ke hospital (05-2531541)

 

 

 

 

BLOG KKM1 MALAYSIAINTANJABATAN KESIHATAN NEGERI PERAKJPAKERAJAAN NEGERI PERAKMAMPUMSCMY GOVERNMENTKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAMyHEALTHSPASPA PERAKCRC PERAK