Panduan Pengguna — Penyelaras / Urusetia

Pengurusan kursus, kehadiran, sijil, dan aktiviti berkala (CME, perhimpunan, taklimat).

Muat turun PDF Versi cetak — Jun 2026

1. Ringkasan peranan

Penyelaras / Urusetia (level 2) bertanggungjawab mengurus program latihan di jabatan/unit masing-masing:

Akses hanya untuk akaun level 2. Jika log masuk dengan akaun peserta, menu penyelaras tidak tersedia.

2. Log masuk

Log masuk
  1. Log masuk dengan No. K/P dan kata laluan di login.php.
  2. Sistem mengalihkan ke penyelaras/dashboard.php.
  3. Nama anda dipaparkan di bar atas kanan. Klik ikon keluar untuk log keluar.

Butiran log masuk & ralat →

4. Aliran kursus (penyelaras)

Mohon / Daftar Kursus + muat naik memo PDF ketua jabatan
    ↓
[ Jika kelulusan diaktifkan ] Menunggu semakan Unit Latihan (HR) — SLA X hari bekerja
    ↓
Diluluskan → Cetak QR (PDF) + edarkan borang peserta
    ↓
Peserta daftar hadir (QR / borang / manual)
    ↓
Semasa / selepas program: semak Senarai Kehadiran & Laporan
    ↓
Peserta jawab maklumbalas → muat turun sijil

5. Daftar / Mohon kursus

Dari Daftar Kursus atau butang + Mohon / Daftar Kursus dalam Senarai Kursus:

  1. Isi nama program (3 baris jika perlu), lokasi, anjuran, tarikh mula/tamat.
  2. Untuk kursus satu hari, isi bilangan jam (1–24).
  3. Muat naik memo kelulusan ketua jabatan (PDF, wajib).
  4. Hantar permohonan — notifikasi dihantar ke Unit Latihan jika kelulusan diaktifkan.

Selepas kursus diluluskan

Dari Senarai Kursus, untuk setiap kursus yang diluluskan:

Penyelaras dengan kebenaran backdate boleh masukkan tarikh lampau. Kebanyakan penyelaras perlu hubungi Unit IT untuk ubah tarikh selepas kelulusan.

6. Status kelulusan kursus

Jika mod kelulusan diaktifkan oleh pentadbir, setiap permohonan mempunyai status:

StatusWarnaMaksudTindakan penyelaras
DiluluskanHijauBoleh operasi penuh (QR, kehadiran, sijil)Teruskan urusan program
Menunggu KelulusanKuningMenunggu semakan Unit Latihan (HR)Tunggu; tidak boleh cetak QR
KuiriBiruPerlu pembetulanKlik Kemaskini & Hantar Semula; baca catatan semakan
DitolakMerahPermohonan ditolakKlik Mohon Semula atau hubungi pentadbir

Catatan semakan Unit Latihan dipaparkan dalam warna merah di bawah maklumat kursus.

Cuba akses operasi sebelum diluluskan akan alihkan dengan mesej ?kursus=belum_diluluskan.

7. Maklumat kehadiran

Senarai Kehadiran (per kursus)

Dari Senarai Kursus → pautan kehadiran untuk program tertentu:

Maklumat Kehadiran (carian)

Halaman carian merentas semua program anda untuk semakan rekod peserta.

Mesej ralat kehadiran

MesejPenyelesaian
No. KP sudah berdaftar untuk sesi iniPeserta telah daftar — semak senarai
Kehadiran manual berjaya disimpanBerjaya — tiada tindakan
Tetingkap daftar dilanjutkan X minitBerjaya — beritahu peserta

8. Maklumat sijil & QR

Gunakan Maklumat Sijil untuk carian status sijil peserta dalam program anda.

Cara semak sijil awam →

9. Aktiviti & kehadiran berkala

Menu Program Tanpa Sijil mengurus program tanpa sijil:

Aliran aktiviti:
  1. Klik + Siri Aktiviti Baharu — isi nama, jenis, kod (pilihan), CPD lalai (untuk CME).
  2. Siri dikongsi dalam jabatan yang sama. Semua siri dan sesi kini diuruskan dalam paparan Satu Akordion (Accordion UI) yang bersepadu.
  3. Gunakan Penapis Tahun untuk menyaring paparan siri/sesi bagi tahun tertentu.
  4. Buka panel siri (akordion) untuk tambah sesi mengikut tarikh, atau lakukan tindakan kemaskini, padam, dan arkib.
  5. Peserta daftar hadir melalui borang sesi — rekod masuk ke Rekod Saya peserta (CPD/perhimpunan).

Mesej ralat aktiviti

MesejPenyelesaian
Sila isi nama dan jenis aktivitiLengkapkan borang siri
Jabatan penyelaras tidak dijumpaiHubungi Unit IT kemas kini profil pengguna (jabatan)
Siri aktiviti berjaya didaftarkanBerjaya — teruskan tambah sesi

Jika mod kelulusan dimatikan oleh pentadbir IT, kursus aktif selepas hantar — memo ketua jabatan tetap wajib.

11. Laporan

Menu Laporan (/penyelaras/laporan/) — data program di bawah penyelaras anda sahaja:

Sub-laporanFungsi
DashboardRingkasan kursus, pending, isu pelaksanaan, sijil tertunggak
Kursus sayaSenarai program yang anda koordinasi
KehadiranStatistik kehadiran peserta
MaklumbalasStatus maklumbalas peserta
Sijil tertunggakPeserta belum lengkap maklumbalas/sijil
AktivitiRekod aktiviti CME/perhimpunan/taklimat

Pilih tahun dari penapis; eksport CSV tersedia (?export=csv).

12. Tukar kata laluan

Menu Tukar Kata Laluan (reset_password.php):

  1. Masukkan kata laluan lama.
  2. Masukkan kata laluan baharu dan pengesahan.
  3. Simpan.
MesejMaksud
Katalaluan Berjaya dikemaskini!Berjaya
Pastikan Katalaluan baru dan pengesahan katalaluan adalah samaPengesahan tidak sepadan
Sila masukkan Katalaluan lama yang betulKata laluan lama salah

13. Semak sijil

Semak sijil

Penyelaras boleh mengesahkan sijil peserta melalui halaman awam Semak Sijil atau imbas QR pada sijil yang dicetak peserta.

14. Mesej ralat penyelaras

MesejPuncaTindakan
Kursus diluluskan. Tarikh hanya boleh diubah oleh Unit IT Cuba ubah tarikh selepas kelulusan tanpa kebenaran backdate Hubungi Unit IT
Format tarikh tidak sah. Gunakan DD/MM/YYYY Format tarikh salah Betulkan format tarikh
Tarikh Mula kecil dari Tarikh Daftar Tarikh tidak konsisten Semak urutan tarikh
Permohonan tidak dijumpai / tidak boleh dikemaskini ID program salah atau status bukan Kuiri/Ditolak Semak status dalam Senarai Kursus
login.php?invalid Sesi tamat atau bukan level penyelaras Log masuk semula dengan akaun penyelaras

Bantuan

E-mel: hrpb_ict@moh.gov.my · Tel: +05 208 5337

← Kembali ke Bahagian Umum