JEMPUTAN PENYERTAAN KE 9th NATIONAL CONFERENCE OF MEDICAL ASSISTANT (NCMA 2025)
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
-
Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (CPPPP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia akan menganjurkan 9th National Conference of Medical Assistant (NCMA 2025) seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 3 hingga 6 Julai 2025 (Khamis - Ahad)
Tempat : Oriental Crystal Hotel, Kajang Selangor
Tema : Revolusi Digital: Evolusi Pembantu Perubatan Pintar
3. Persidangan ini berfungsi sebagai platform perkongsian pengetahuan dan ilmu saintifik di kalangan profesion Penolong Pegawai Perubatan/Pembantu Perubatan daripada sector awam dan swasta. Persidangan NCMA 2025 merangkumi pelbagai topik termasuk:
-
Digital Revolution in Healthcare
-
Impact of Digital Technology on Humanity & Professionalism
-
Managing Medical Ethics and Professionalism Towards Autonomy
-
Professional Boundaries and Autonomy
-
Simulation in Paramedic Education
-
International Interfacility Evacuation
-
Facing National & Global Challenges
-
Internationalization of the Medical Assistants Profession
-
Skill-based workshop
4. Sehubungan itu, pihak NCMA 2025 dengan sukacitanya menjemput para Penolong Pegawai Perubatan/Pembantu Perubatan, badan bukan kerajaan, dan ahli akademik untuk menyertai IBC 2025. Kami amat mengalu-alukan penghantaran abstrak bagi pembentangan oral dan poster yang merangkumi topik-topik berkaitan. Bersama ini dilampirkan surat sokongan Ketua Pengarah Kesihatan dan brosur NCMA 2025 untuk makluman.
5. Maklumat lanjut mengenai persidangan, penyertaan serta penghantaran abstrak boleh dilakukan melalui pautan http://pppmalaysia.com.



